SUDAH lama tidak mendengar khabar aktres cantik Vanidah Imran, 39,
selepas dia tidak lagi terikat dengan program Nona. Wajah pelakon itu
juga tidak banyak menghiasi drama mahupun filem. Jika adapun sekadar
beberapa drama seperti drama 7 Gerhana arahan Hans Isaac dan juga filem
Misteri Jalan Lama arahan Afdlin Shauki.
Bertemu dengan Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-21
(2008) itu pada majlis pelancaran projek Inspirasi Selebriti bersama
Macy di Pusat Beli-Belah Citta, Kosmo! menemubual Vanida yang lebih
mesra disapa Vee itu sekali gus mengetahui keluh resah pelakon itu
terhadap dunia seni dan juga kegembiraannya menyambung kembali
pelajarannya yang sekian lama tergendala.
Boleh kongsi apakah perkembangan Vanidah dalam dunia seni sekarang?
Saya baru sahaja habis penggambaran drama Tanah Kubur terbitan Astro
Oasis. Saya menjayakan satu episod untuk drama itu iaitu Susuk. Selain
drama, saya juga akan muncul untuk filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin
Shauki pada September depan.
Sekali lagi anda berlakon di bawah arahan Afdlin. Kenapa Afdlin, tetapi tidak pengarah lain?
Saya selesa dengan arahan Afdlin begitu juga Hans Isaac. Bukan
bermaksud saya tidak selesa dengan pengarah lain tetapi Afdlin dan Hans
kerap menawarkan saya watak yang mencabar. Afdlin dan Hans bukan sahaja
faham dari segi jadual saya tetapi mereka tidak pernah cakap saya sudah
tua untuk membawa watak cinta. Filem Untuk Tiga Hari, saya akan berlakon
di samping suami, Rashidi dan membawakan watak hero dan heroin yang
bercinta.
Seperti kedengarannya anda kecewa dengan pengarah lain?
Pemikiran orang Asia tidak sama seperti di Hollywood yang mana mereka
lagi menghargai pelakon yang lebih berumur. Sebagai contoh, Datuk
Michelle Yeoh yang membawakan watak heroin dalam filem The Lady. Kenapa
dia dipilih? Kerana pengalaman dan kehebatannya dalam lakonan.
Kebanyakan pengarah kita pula lebih gemar mengambil muka-muka baharu
untuk menjadi hero dan heroin. Tetapi saya kena faham penerbit buat
filem untuk duit. Pasaran filem Malaysia juga kecil, tidak seperti di
Indonesia.
Sudah berapa lama anda berlakon dan sampai bilakah anda rasa akan meneruskan bidang lakonan ini?
Kebelakangan ini, saya sudah tidak terlalu tumpu kepada bidang
lakonan. Apa yang penting sekarang adalah keluarga dan pelajaran saya.
Saya terpaksa mengehadkan aktiviti seni kerana ingin memberikan tumpuan
lebih kepada pengajian saya di Universiti Terbuka Malaysia.
Kenapa anda mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran?
Saya perlu meningkatkan potensi diri demi masa depan anak-anak. Masa
muda dahulu, tidak mahu belajar sekarang baru terhegeh-hegeh hendak
sambung belajar. Saya juga mahu anak-anak saya iaitu Mikail Aimran, 8,
dan Mariyam Rashika, 7, yang sedang membesar mencontohi dan berbangga
dengan pencapaian saya. Malah, suami saya Rashidi juga sudah memiliki
segulung Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Pertanian
Malaysia (UPM).
Wednesday, May 30, 2012
Faizal Tahir Mengaku Gimiknya Telah 'Makan Diri'
KUALA LUMPUR: Penyanyi Faizal Tahir akhirnya mengakui gimik
yang pernah dilakukannya selama ini membawa padah kerana ia umpama
memakan diri sendiri.
Faizal, 34, berkata, hal tersebut membuatkan dia semakin kekurangan idea dalam mengadakan persembahan manakala peminat-peminat pula mengharapkan gimik yang lebih hebat berbanding persembahan yang sebelumnya.
"Kebanyakan orang mengenali Faizal Tahir kerana gimik yang dipersembahkan dan ia telah “memakan” diri saya.
"Jujur dikatakan, saya sampai dah kehabisan idea untuk berfikir apakah gimik seterusnya yang perlu dibuat. Ia membuatkan saya tertekan.
"Ini kerana orang nak saya “pecah rekod” daripada persembahan yang pernah saya buat sebelumnya," kata Faizal yang ditemui selepas sidang media Konsert Faizal Tahir, di Hard Rock Cafe, di sini Rabu.
Bagaimanapun, tambah Faizal, masalah yang berlaku itu membuatkan dia hanya perlu mengadakan aksi gimik pada persembahan yang melibatkan siaran televisyen (TV) sahaja.
Manakala pada persembahan yang tidak membabitkan siaran TV, Faizal akan memberi fokus kepada segi susunan muzik pada setiap lagu yang dipersembahkan.
Sementara itu, Faizal bakal mengubat rindu peminat menerusi konsert pertamanya di KL Live, Kuala Lumpur, pada 1 Julai depan.
Konsert yang dianjurkan oleh ZackkoolG dengan kerjasama The 8 Unit itu merupakan konsert kedua Faizal selepas persembahannya pada dua tahun lalu.
Beritahu Faizal, dia akan mempersembahkan sebanyak 10 buah lagu selama sejam dengan membawakan lagu-lagu popularnya seperti Karma, Bencinta dan Hanyut menggunakan susunan muzik yang berbeza.
"Ini merupakan sebahagian projek yang besar bagi saya dan apa yang penting, saya dapat menghiburkan para peminat sebaik mungkin.
"Malah lagu-lagu yang dibawakan akan disusun semula mengikut cita rasa saya. Beberapa lagu saduran turut akan dipersembahkan," ujarnya.
Kata Faizal, konsert tersebut juga merupakan sebagai sebahagian promosi bagi album ketiganya yang bakal muncul tidak lama lagi.
Tiket konsert yang berharga RM98, RM138, RM238 dan RM300 boleh dibeli menerusi laman web www.ticketpro.com.my dan akan dijual bermula Jumaat ini.
Dalam pada itu, bagi sesiapa yang membeli tiket sebelum tarikh 15 Jun, potongan harga sebanyak 20 peratus akan diberikan.

Pengikut Twitter Jaclyn Victor Meningkat 10,000 Dalam Masa Dua Hari
KUALA LUMPUR: Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor terkejut
dengan pertambahan pengikut laman sosial Twitter miliknya sebanyak
10,000 dalam masa dua hari ketika mengadakan promosi di Indonesia pada
23 Mei lalu.
Jaclyn berkata, dia tidak menyangka kemunculannya sebagai juri dalam program Indonesian Idol di Jakarta pada minggu lalu itu telah memberikan kesan kepada kerjayanya di negara tersebut.
"Sebagaimana yang kita tahu bukan mudah menembusi pasaran di Indonesia dan peningkatan jumlah pengikut Twitter yang kebanyakannya daripada rakyat negara itu adalah satu petanda baik untuk saya.
"Bagaimanapun itu tidak bererti saya boleh mendabik dada kerana tidak pernah ada jalan mudah untuk kita berjaya di luar sekiranya tidak disertakan dengan usaha," ujarnya.
Jaclyn ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran album runut bunyi filem 29 Februari di sini pada Rabu.
Tambah Jaclyn, sebelum berangkat ke Jakarta pada 23 Mei lalu, pengikut di Twitter miliknya adalah sebanyak 76, 567 dan selepas pulang ke tanah air pada 27 Mei lalu ia meningkat kepada 86,567.
Sementara itu menurut Jaclyn, selain Indonesian Idol dia juga turut diundang menjadi tetamu dalam program Love, Life & Music - Ahmad Dhani yang turut mempunyai peminat tersendiri.
"Kemunculan dalam program-program popular itu telah banyak membantu memperkenalkan nama saya sekali gus mendapat pengikut baru.
"Pelbagai pengalaman juga dapat saya kutip sepanjang berada di Jakarta dan nyata bukan mudah untuk mencipta nama di kalangan peminat muzik negara itu," ujarnya. Dalam pada itu Jaclyn memberitahu dia teruja dengan single terbarunya berjudul Jagalah Diri ciptaan Edry Abdul Halim yang turut dijadikan sebagai lagu tema filem 29 Februari lakonan Remy Ishak.
Walaupun pada mulanya sukar untuk merakamkan lagu tersebut namun dia berbangga dengan hasil karya itu dan berharap ia akan diterima oleh peminat.
"Sukar merakamkan lagu itu kerana jiwa saya seperti tidak sampai untuk mendalami lirik dan melodinya namun selepas menonton babak Remy menyanyikan lagu itu, saya sebak dan berjaya mendapatkan 'mood' seperti dikehendaki oleh Edry," ujarnya.

Sunday, May 27, 2012
Shisheido Ubah Misha Lebih Cantik dan Sihat
Tahniah diucapkan kepada Misha Omar di atas perlantikkannya sebagai jurucakap produk kecantikan Shideido bermula Mac lalu. Maklumlah, bukan mudah mendapatkan perhatian jenama antarabangsa ini kalau profil tidak membanggakan. Perlantikkan ini membuktikan Misha punya aura tersendiri dan diyakini personalitinya.
Mengulas tentang perlantikannya itu, Misha yang ditemui di sesi temubual istimewa bersama Shiseido baru-baru ini memberitahu yang dia sebenarnya masih sukar mempercayai perlantikkan itu.
“Saya macam tidak percaya perkara ini benar-benar berlaku. Maklumlah ini jenama antarabangsa jadi saya fikir bukan mudah untuk menjalinkan kerjasama dengan mereka. Namun, saya bersyukur kerana Shiseido percaya dengan saya dan akan cuba jalankan tanggungjawab ini dengan baik. Peluang keemasan ini akan saya gunakan sebaik-baiknya,” ulas Misha teruja.
Dalam masa yang sama, wanita berusia 30 tahun ini mengakui Shiseido telah mengubah perspektifnya dalam penjagaan kecantikan dan kesihatan.
“Selepas bersama Shiseido, saya mula mula mengambil berat dalam penjagaan kecantikan dan juga kesihatan. Kalau dulu saya lakukan tiga langkah penjagaan asas kulit sahaja iaitu membersih, melembap dan menyegarkan, tetapi kini saya mula sedar penggunaan serum juga penting. Terutama apabila seseorang itu sudah berumur 30 tahun ke atas.
Selain itu, saya juga sedar untuk memiliki kulit yang cantik kita juga harus menggunakan produk rawatan wajah yang sesuai, minum banyak air dan lakukan senaman secara rutin. Setelah beberapa bulan menggunakan produk rawatan wajah Shiseido, saya dapati kulit wajah saya semakin cerah dan berseri. Tidak ada lagi masalah warna kulit tidak sekata atau kulit kusam.
Saya paling suka dengan produk Shiseido White Lucent. Serum ini menjadikan kulit lebih berseri dan halus sehingga tidak memerlukan pemakaian bedak asas sebelum bersolek. Selain itu, saya juga suka dengan harumannya yang menenangkan fikiran. Satu lagi produk yang menjadi kesukaan saya ialah Shiseido Global Suncare Perfect UV Protector yang berfungsi melindungi kulit daripada sinaran sinaran UV yang boleh membuatkan kulit kusam. Saya dapati produk ini cukup efektif. Bahkan, boleh digunakan sebagai alas mekap,” ujar Misha lagi.
Sempena perlantikannya itu, Shiseido bakal melancarkan Set Pilihan Misha pada Julai hadapan. Set yang juga merupakan set promosi Hari Raya itu mengandungi enam produk serta satu cakera padat istimewa yang memuatkan single terbaru Misha berjudul ‘Angin Syurga’, satu lagu raya – ‘Aidilfitri’ dan tidak ketinggalan lagu ‘berhantu’ ‘Bunga-Bunga Cinta’. Set ini berharga RM300 (Semenanjung Malaysia) dan RM310 (Sabah & Sarawak).
Subscribe to:
Posts (Atom)