Showing posts with label Farawahida. Show all posts
Showing posts with label Farawahida. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Farawahida Hasilkan Lagu Hari Raya


PETALING JAYA: Penyanyi Farawahida mengakui teruja apabila impian untuk mempunyai lagu Hari Raya nyanyiannya sendiri terlaksana selepas siap merakamkan lagu berjudul Hayati Raya Sejati.

Menurut Fara, rezeki untuk merakamkan lagu tersebut datang tanpa disangka apabila komposer bernama Tot meminta untuk dia menyanyikan lagu tersebut.

"Saya sudah lama inginkan mempunyai lagu Hari Raya sendiri dan tanpa disangka Tot meminta untuk merakamkan lagu berkenaan.

"Pada awalnya saya hanya mahu mendengar sahaja lagu itu tetapi selepas itu saya rasa tersentuh dan setuju untuk merakamkannya," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Tambah Fara, proses rakaman berserta klip video telah siap dan bersedia untuk dikeluarkan kepada umum.

"Proses pembikinan telah siap sepenuhnya pada bulan lepas termasuk menghasilkan klip video sekali.

"Sementara dari segi promosi sempat saya nyanyikan ketika rakaman-rakaman program Hari Raya untuk tahun ini," katanya.

Jelasnya lagi, dia gembira dan tidak sabar untuk menyanyikannya pada majlis Hari Raya nanti dan tidak perlu menyanyikan lagu artis lain.

"Sebelum ini jika dijemput ke program hari Raya tentu masalah utama saya untuk menyanyikan lagu orang lain, tapi sekarang saya tidak sabar untuk menyanyikan lagu sendiri," katanya yang baru keluar dengan “single” Jangan Tanya Aku Lagi dan lagu tema Supermak berjudul Kuasa Wanita.

Monday, April 18, 2011

'Jangan Tanya Aku Lagi' Tiada Kaitan Dengan Komposer Itu - Farawahida


PETALING JAYA: Penyanyi Farawahida, 26, menolak persoalan sesetengah pihak kononnya lagu Jangan Tanya Aku Lagi mempunyai kaitan kisah cintanya dengan komposer Julfekar sebelum ini.

Lagu ciptaan 6ixth Sense itu sedang popular di kalangan pendengar apabila ia menjadi lagu tema untuk drama bersiri Mata Ayer menerusi slot Legenda di TV3.

Drama terbitan Zeel Production itu disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis selama satu jam bermula pukul empat petang.

Menurut wanita yang mesra disapa nama Fara ini, dia sudah menduga pasti ramai yang mengaitkan dirinya dengan lirik dan tajuk lagu tersebut.

“Idea tajuk lagu itu saya fikirkan secara spontan. Ia tiada kena-mengena dengan diri saya dan komposer itu. Lagipun liriknya diilhamkan oleh ahli kumpulan 6ixth Sense.

“Bagaimanapun, semuanya terpulanglah kepada persepsi pendengar untuk menilai lagu berkenaan,” katanya kepada mStar Online Isnin.

Jelasnya, dia menyukai lirik lagu tersebut yang dirasakan mempunyai jalan cerita tersendiri.

“Sebenarnya sesuatu lagu yang baik bermula daripada lirik dan kemudiannya barulah melodi.

“Sesetengah orang sukakan lagu yang mempunyai persoalan atau cerita,” ujar Fara yang kembali aktif dalam industri seni.

Tambah Fara lagi, lagu tersebut merupakan lagu pertama yang dihasilkan dengan usaha dan modalnya sendiri sejak pertengahan tahun lalu.

Penyanyi lagu Tanpamu ini juga bakal muncul dalam filem Baik Giler yang telah selesai penggambaran pada Julai lalu.

Filem komedi terbitan Layar Dimensi tersebut turut dilakonkan oleh Zizan Raja Lawak, Sharifah Shahira, Awie dan Abon.