Tuesday, June 19, 2012
Mizz Nina Sedia Mengandung Pada Tahun Depan
Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 32, berkata tahun 2013 adalah waktu terbaik untuk dia memberikan tumpuan kepada urusan membina keluarga selepas setahun mendirikan rumah bersama vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh, 28.
“Selepas hampir setahun berkahwin kini saya baru benar-benar bersedia untuk bergelar ibu. Jika diizinkan, saya mahu mendapatkan anak pada tahun depan.
“Lagipun umur saya pun akan mencecah 33 tahun pada 2013, jadi saya rasa tahun depan adalah waktu terbaik untuk saya dan Noh membina keluarga,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Mizz Nina, Tan Sri Azman Hashim pada 1 Julai tahun lalu di kediaman keluarganya di Ukay Heights, Ampang dekat sini.
Penyanyi lagu Take Over itu berkata, walaupun dia sering diajukan pertanyaan mengenai isu anak di kalangan media dan peminat, ia tidak memberikan tekanan kerana dia tidak pernah didesak oleh keluarga untuk segera mendapatkan zuriat.
“Sebenarnya tiada apa yang perlu dikejar atau terburu-buru dalam soal memiliki anak. Bapa dan keluarga saya sudah mempunyai 10 orang cucu jadi soal mahu segera mendapatkan anak tidak menjadi tekanan kepada saya.
“Cuma mungkin Noh yang kadang-kadang meminta kami segera dapat anak. Saya jelaskan padanya, biar semua hal kerja diselesaikan dulu pada tahun ini agar kami boleh tumpukan pada keluarga pada tahun depan,” kongsinya.
Mengenai perkembangan kerjaya, Mizz Nina berkata dia sedang giat membuat persiapan untuk siri jelajah Asia pada hujung tahun ini bersempena promosi album keduanya, Take Over yang dilancarkan pada bulan lalu.
“Saya sedang sibuk dengan persiapan dan kertas kerja untuk siri jelajah bagi mempromosikan album Take Over di sekitar Asia pada hujung tahun ini.
“Berkemungkinan saya akan ke Singapura, Thailand, Jakarta, Indonesia dan Jepun kerana terdapat permintaan dari sana. Semuanya masih dalam proses perbincangan, Insya-Allah apabila sudah sah nanti saya akan maklumkan kepada khalayak,” katanya mengakhiri perbualan.
Thursday, August 11, 2011
Mizz Nina Sudah Pandai Memasak - Noh
KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh gembira dengan kehidupan barunya sebagai suami kepada penyanyi Mizz Nina, lebih-lebih lagi isterinya itu rajin memasak.
Kata Noh, selepas pulang daripada berbulan madu di beberapa negara Eropah pada awal bulan ini, Nina mula mempelajari pelbagai jenis masakan.
"Setakat ini, Nina dah mula memasak makanan kegemaran saya iaitu ayam masak kicap dan sambal tumis.
"Biasalah mula-mula masak, ada kurang sana sini dan masin sikit. Setakat ini, dia mengambil 'jalan selamat' dalam menu masakannya. Apa-apa pun, saya suka!" selorohnya.
Selain itu, bercerita mengenai pertama kali berpuasa bersama Nina, kata Noh dia berasa seronok berbanding ketika pada zaman bujangnya yang kerap bersahur dan berbuka puasa di studio sahaja.
"Biasalah, masa zaman bujang dulu, makan minum kita tak jaga sangat. Memandangkan saya sentiasa tak tidur malam, waktu malam selalunya sudah jadi seperti waktu sahur.
"Bila dah beristeri, barulah saya rasa pengalaman yang lain dan sentiasa pulang ke rumah secepat mungkin untuk makan bersama," ujarnya.
Sementara itu, Noh memberitahu, selepas pulang daripada berbulan madu, dia dan Nina terpaksa mengemas rumah apabila melihat baju-baju perkahwinan mereka merata-rata.
"Selepas melihat baju-baju kahwin yang merata itu, barulah kami sedar, banyak juga baju yang digunakan sepanjang majlis pernikahan dan resepsi diadakan bulan lepas.
"Sampaikan kami terfikir, mungkin kena jual beberapa daripadanya kot," seloroh Noh lagi.
Sunday, February 13, 2011
Mizz Nina + Justin Timberlake + Rihanna?

TERNGANGA juga apabila teman Diva menyampaikan cerita bahawa penyanyi berbadan cantik yang merupakan tunangan Noh Hujan ini berkolaborasi dengan dua penyanyi terkenal antarabangsa. Khabarnya selepas berpuas hati dapat berduet dan menimba ilmu bersama Colby O'Donis, Nina bakal bersatu dengan Justin Timberlake dan Rihanna.
"Betul, Va. Rasanya kalau betullah perancangan, semuanya akan berjalan lancar. Ku pun teruja melihat usaha anak muda tempatan yang mahu mencari ilmu dan memperkembangkan bakat ke luar negara dengan alternatifnya sendiri. Justin Timberlake dan Rihanna pulak tu, Va. Pasti meletup. Bukan calang-calang artis!," pujinya tentang penyanyi lagu What You Waiting For.
Ada juga teman yang berkata bahawa Nina punya jalan untuk memenuhi impiannya kerana dia anak orang berada. Tapi bagi Diva, berwang atau tidak yang penting adalah inisiatif dan kerja keras seseorang itu dalam merealisasikan impian. Diva sokong usaha Nina dan nanti kalau nak jumpa JT dan Rihanna, jangan lupa ajak Diva.
Ceritasyok: Tunggu konsert Justin Bieber di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, 21 April 2011 ini.
Saturday, November 13, 2010
Mizz Nina & Noh Sah Bertunang

PETALING JAYA: Pasangan yang dikatakan sedang hangat bercinta, vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh dan Mizz Nina atau Shazrina Azman sah bertunang pada 6 November lalu.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, majlis pertunangan tersebut diadakan secara ringkas dengan dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak sahaja.
"Alhamdulillah, majlis itu berjalan dengan lancar di rumah keluarga Mizz Nina di Ampang Jaya, Selangor.
"Tidak sampai 150 orang tetamu yang hadir kerana hanya keluarga rapat sahaja yang dijemput.
