![]() |
| Daphne Iking bersama anak |
Wednesday, August 15, 2012
Daphne jahit baju raya sendiri 2012
Monday, April 2, 2012
'Super Spontan' : Daphne Iking Tarik Diri Bukan Kerana Afdlin Shauki

PETALING JAYA: Pengacara dan pelakon Daphne Iking terpaksa menarik diri daripada menyertai program terbaru terbitan Astro Warna iaitu Super Spontan pada saat-saat akhir kerana masalah peribadi.
Daphne atau nama Islamnya, Daphne Dahlia Iking berkata, pada dasarnya dia begitu berat hati untuk meninggalkan program berkenaan sebelum ia bermula tetapi keputusan itu dibuat selepas melakukan perbincangan dengan pihak produksi dan ahli keluarganya.
"Saya bukan sengaja untuk meninggalkan program itu secara tiba-tiba kerana semasa sesi pertemuan lagi pihak produksi telah maklum dengan masalah yang saya dihadapi.
"Keputusan ini cukup berat untuk dilakukan bagaimanapun Alhamdulillahlah semua pihak menyokong saya dan memahami bebanan yang dilalui ketika ini," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.
Daphne bagaimanapun enggan mendedahkan masalah yang dihadapi sehingga membuatkan dia menarik diri daripada menyertai program itu.
Super Spontan telah pun menemui peminat secara langsung bermula 30 Mac lalu menerusi dua saluran serentak iaitu Astro Warna (132), Ria (104) dan SingTel Mio TV di Singapura setiap hari Jumaat pada pukul 10 malam.
Tempat Daphne juga telah digantikan dengan bekas penyampai radio ERA iaitu Nana Mahzan.
Tambah Daphne, dia pada awalnya enggan menarik diri daripada Super Spontan tetapi bimbang tidak dapat memberikan komitmen kepada jadual program dan pasukan produksi yang akan menimbulkan masalah di kemudian hari.
Daphne berkata, dia juga telah menjalani pelbagai latihan bagi memantapkan persembahannya nanti dan begitu teruja untuk bekerjasama dengan semua pelawak dan pelakon terkenal yang terlibat.
Dalam pada itu, Daphne turut menolak dakwaan penarikan dirinya daripada program terbitan Vision Works milik pelakon dan penerbit, Afdlin Shauki itu adalah disebabkan percanggahan pendapat di antara mereka.
Daphne memberitahu, tidak timbul sebarang konflik di antara mereka dan peserta sebaliknya ia adalah keputusan muktamad daripada dirinya.
"Kami semua bagaikan satu keluarga jadi perkara itu adalah merepek kerana hubungan kami semua sungguh rapat. Malah saya rasa bersalah kerana terpaksa meninggalkan mereka," katanya.
Daphne turut meluahkan perasaan sedih kerana tidak dapat bersaing dengan seorang lagi peserta wanita dalam program itu iaitu pelakon Yasmin Hani.
Katanya, mereka sering menghabiskan masa dengan membuat pelbagai kajian dengan menonton pelbagai persembahan komedi selain berlatih bersama-sama sebagai persediaan.
"Sedih sangat tak dapat berentap dengan Hani tetapi saya akan terus menyokongnya dalam program itu nanti," ujarnya.
Sebelum ini, Daphne memberitahu, dia tidak berfikir panjang saat dipelawa oleh pihak penerbit kerana sudah lama ingin melakukan sesuatu yang berbeza dalam kerjayanya terutama sekali untuk bergelar pelawak.
Monday, February 28, 2011
Daphne Iking Nikah Selepas Peluk Islam, Dira-Zizan Hos Baru Melodi

PENGACARA Daphne Iking telah bernikah dengan ahli perniagaan Azmi Abdul Rahman atau dikenali sebagai Joe selepas memeluk agama Islam dengan nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking.
Majlis pernikahan tersebut berlangsung pada 8 Januari lalu di kampung halamannya di Penampang Sabah yang turut dihadiri oleh keluarga dan teman rapat sahaja.
Dira & Zizan pengganti Fara & Wahid
Pada Selasa lalu, pihak TV3 mengumumkan kebenaran pengacara Zizan Raja Lawak dan Dira Abu Zahar akan menggantikan pengacara Fara Fauzana dan Wahid (Senario) berkuatkuasa April ini.
TV3 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Selasa memberitahu, selari dengan tempoh tamat kontrak Wahid dan Fara Fauzana pada penghujung Mac ini, pihak TV3 dengan sukacita memperkenalkan gandingan Zizan dan Dira selaku pengacara ataupun pemangkin baru Melodi.
Menurut penerbit Melodi, Azman Abd Ghafar, pihak TV3 tidak menafikan keserasian dan kehebatan Wahid dan Fara selama hampir enam tahun memikul tanggungjawab sebagai pengacara Melodi.
Namun, selepas perbincangan dalaman dan berdasarkan sesi pemilihan calon pengantara yang telah dilakukan beberapa bulan sebelum ini, pertukaran pengacara Melodi adalah satu langkah strategik dan wajar dilakukan.
Sebelum dikenali sebagai pelakon, Dira telah pernah menjadi pengacara untuk program Beat TV, Pulus Mania dan Jom Ronda.
Dia juga pernah menjadi penyampai radio Xfress FM pada tahun 2007 manakala Zizan merupakan pengacara program Gelanggang Raja Lawak di Astro Prima (saluran 105).
Bapa mertua belum restu Raisuddin Hamzah sebagai menantu
Walaupun peristiwa penyanyi popular tahun 80-an, Raisuddin Hamzah bernikah kali kedua di Selatan Thailand telah empat tahun berlalu, bapa wanita terbabit masih tidak merestui perkahwinan itu yang dibuat tanpa pengetahuannya.
Suberi Abdullah, 51, berkata, Raisuddin yang dikenalinya sejak tahun 2002 apabila sering datang ke kedai makan yang diusahakannya juga tidak pernah memaklumkan hasrat untuk berkahwin dengan anaknya, Siti Fatimah.
Sunday, February 27, 2011
Bicara seorang mualaf Daphne Iking @ Dahlia


"NAMA saya kini Dahlia," si cantik Daphne Eleanor Iking membuka bicara. Sebuah ikrar bahawa dirinya kini sudah bergelar Muslim dan memeluk Islam. Dahlia melafazkan dua kalimah syahadah pada tarikh bersejarah, 8 Januari 2011. Tarikh itu juga menyaksikan dia sekali lagi menyarung status isteri.
"Jangan segan untuk terus menggunakan nama Daphne," sambungnya.
Wanita keturunan Kadazan ini sudah lali apabila dirinya menjadi bahan bualan. Kisah rumah tangganya yang terdahulu terbuka luas, umpama buku yang dibuka lembar demi lembar.
Dia mahu menakluk privasi. Mahu menjadikan kehidupan peribadinya tidak terlalu terbuka. Dia seolah-olah mahukan segala ketenangan yang dulu seperti tidak melekat pada dirinya. Kini dia membuka buku baru, bergelar isteri dan rusuk kiri buat lelaki bernama Azmi.
Takdir menjadi mualaf
Mungkin ada yang berfikiran skeptikal, berkahwin dengan seorang Muslim bernama Azmi Abdul Rahman atau mesra disapa Joe membuatkan Daphne terpanggil memeluk Islam. Namun dia punya sebab tersendiri, punya rasa tersentuh dengan kemurniaan Islam dan menjadi salah seorang umat Nabi Muhammad S.A.W. Ini kisah bagaimana Daphne atau Dahlia akhirnya bergelar mualaf.
"Saya bertukar agama bukan kerana sesiapa. Saya lakukan dengan ketulusan hati, demi diri dan masa depan saya. Alhamdulillah, ia adalah pengalaman yang paling indah," tegasnya yang membikin kejutan kepada penonton Anugerah Sri Angkasa 2010 apabila melafazkan ungkapan 'MasyaAllah' dan 'Assalamualaikum' pada malam tersebut.
"Saya selalu berminat terhadap agama lain. Malah, saya datang daripada keluarga yang gemar membaca. Bahan bacaan ilmiah berbentuk kerohanian menjadi pengisi rak buku di rumah kami.
"Keluarga ibu saya juga merupakan campuran yang unik, datang daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama. Ia membuatkan kami sentiasa saling menghormati terhadap kepercayaan agama-agama lain," katanya.
Dia menamakan takdir sebagai titik yang mendekatkan dirinya terhadap Islam, bertemu rakan-rakan mualaf yang gemar bercakap indah tentang agama. Mendalami apa yang diperdengarkan di telinganya, Daphne secara semula jadi mendekati Islam dan sering mengutarakan soalan demi soalan kepada ustaz apabila berhadapan dengan keraguan.
"Kebetulan, pembantu rumah saya juga Muslim dan menunjukkan kepada anak saya cara kehidupan Islam. Langsung saya tidak terganggu dengan caranya. Malah bersikap terbuka terhadap pelajaran yang positif dan membangun," terangnya tentang buah hatinya Isobel yang juga sering membuat dirinya bahagia dan bercahaya.
Ujar Daphne, Isobel yang merangkak ke usia empat tahun merupakan anak yang cukup gembira, sihat walafiat dan cukup pintar.
"Dia terlalu muda untuk memahami semua ini tetapi apabila dia memerhatikan pembantu rumah saya solat dan cuba meniru dengan sejadah mininya, itu adalah momen yang cukup manis," terang ibu berusia 32 tahun ini.
Thursday, February 24, 2011
Sah, Daphne Iking Sudah Peluk Islam & Berkahwin!

Hampir seminggu ura-ura Daphne Iking memeluk Islam sudah menjadi buat mulut orang ramai, terutamanya di kalangan followers kami. Hari ini, kami menerima berita yang mengesahkan status agama & status perkahwinan Daphne Iking, atau nama barunya Dahlia Eleanor Iking.
Semalam dia berkesempatan menemui Daphne Iking di Actor Art Studio bertempat di Lot 10 sempena pementasan teater. Kehadiran Daphne Iking bersama seorang jejaka Melayu yang hensem menimbulkan pelbagai persoalan.
Kesempatan ini diambil oleh KakIna untuk bertanya mengenai status agama Daphne Iking.
Daphne Iking mengakui bahawa dia sudah memeluk Islam & kini memegang status sebagai seorang isteri. Dalam senyap, sebenarnya Daphne Iking sudah pun melangsungkan pernikahannya bersama seorang jejaka Melayu sekitar awal tahun ini. Kalau diikutkan, ini merupakan perkahwinan kali kedua Daphne Iking.
Sumber kami yang lain ada memaklumkan bahawa suami kepada Daphne Iking bernama Azmi, atau lebih dikenali sebagai Joe. Azmi merupakan bekas Managing Director untuk Redberry Group.
Selama ini, kehadiran mereka berdua dalam mana-mana acara dilihat sebagai pasangan kekasih, rupa-rupanya sudah pun menjadi suami isteri. Kami ucapkan tahniah kepada Daphne Iking, semoga dia tabah menjadi saudara baru Islam, dan seorang isteri yang baik buat Azmi. Doakan yang terbaik buat mereka berdua!
Thursday, November 11, 2010
Henry, Daphne temui jiwa sebenar

SENANG dan lancar berbicara dengan dua figura ini. Tanpa perlu banyak disoal, tutur kata mereka laju berjalan ditambah dengan keselesaan yang mereka tebarkan. Itu pesona yang terpahat pada diri Daphne Iking dan Henry Golding, dua individu yang sudah sebati dengan kotak kaca televisyen.
Kembara perjalanan mereka dalam melakari himpunan portfolio mereka bukan sehari dua. Bukan mudah untuk membina nama selesa seperti sekarang. Hasil segala usaha dan kerja keras yang jitu, nah hari ini mereka disenaraikan dalam kategori Personaliti TV Kegemaran dalam sebuah acara anugerah urban - Anugerah Shout! yang bakal berlangsung 20 November ini. Anugerah yang diilhamkan oleh 8TV yang memasuki musim kedua itu masih mengekalkan lokasi sama iaitu di Stadium Putra, Bukit Jalil dan bakal bersiaran secara langsung pada pukul 8.30 malam di 8TV.
Santai berbicara tentang tugasan mereka sebagai pengendali program, kedua hos terkenal ini sempat berbicara perkembangan terkini dan evolusi diri yang sedang dilakar perlahan-lahan dalam diri mereka. 
Daphne kembara kerohanian
Lucu kata Daphne Eleanor Iking apabila usai dirinya dianugerahkan Pelakon Wanita Harapan di FFM23 lalu, perspektif sesetengah orang terhadap dirinya sedikit berubah. "Ada yang sudah menyangka saya sudah menaikkan harga, walhal perkara itu tidak terbit langsung dalam pemikiran," ujarnya yang bakal muncul dengan sebuah filem etnik berlandaskan suku kaun Kadazan tahun hadapan.
Pelakon filem Belukar berusia 31 tahun ini kemudian membuka cerita, mahu membawa diri dan perasaan jauh ke negara India. Terinpirasi keras dengan buku tulisan Elizabeth Gilbert yang bertajuk Eat, Pray, Love, Daphne memanjangkan langkahnya ke India. "Satu kembara kerohanian di samping menziarahi teman saya yang bakal mengadakan resepsi perkahwinannya di sana,"ujarnya yang bakal bercuti pada 11 Disember kelak dan mahu menikmati indah dan spiritulism negara India.
Sebelum sibuk dengan agenda kerohaniannya, ibu kepada Isobel Daniella, 3 tahun, ini terlebih dahulu akan terlibat dengan Anugerah Shout! dan membawa tugasan sebagai pembaca nominasi. Dia yang merupakan bunga di antara kumbang yang tercalon dalam kategori Personaliti TV Paling Digemari berasa berbesar hati dibariskan dengan Ally Iskandar, Aznil Haji Nawawi, Henry Golding dan Zizan Raja Lawak.
"Mereka yang berada dalam kategori yang sama dengan saya merupakan raja segala raja bagi program televisyen. Itu yang membuatkan saya berbesar hati dan teruja," ujarnya yang dicalonkan melalui program The Breakfast Show.
"Saya juruskan soalan kepada kriteria personaliti TV di mata Daphne yang sudah lama bergelumang dalam persekitaran itu. Dia menjawab lancar, seakan menonton dirinya di kaca TV.
"Seorang personaliti TV itu perlu ada attitud yang betul. Tidak diva dan juga tidak sombong. Dia harus mencari program yang sesuai dengan karakter dirinya. Saya lihat, Aznil dan Ally serta diri saya, kami mempunyai pengetahuan dan latar belakang berasaskan jurnalism. Ini menyenangkan kerja kami sebagai hos program kerana sudah tahu banyak aspek seperti kamera, edit dan belakang tabir.
"Seorang personaliti TV juga sepatutnya tidak terlalu lantang dengan vokal yang kuat. Mungkin kerana saya diajar dalam cara sedikit konservatif tetapi bagi saya, hos juga tidak sepatutnya mempunyai pergerakan tanda dagang yang kelak akan menghalangnya daripada mengambil program lain," ujar Daphne yang kagum dengan pesona yang melekat pada diri Henry, Aznil dan Ally.
Selesai dengan penggambaran bersama Mejar Dr. Faiz Khaled melalui program Idea: Malaysian Inventors' Challenge, Daphne tidak berhenti-henti mengucapkan rasa syukur kerana arus rezekinya masih bertali. Walau dihimpit pelbagai kontroversi, dia tenang dan tahu ada hikmah yang bakal menjengah diri. Tidak segan-segan juga dia mengaku sedang mengenali seseorang dan senyuman di wajahnya tidak menipu apatah lagi sinar matanya.
"Saya melalui evolusi diri. Dulu saya terlalu mempedulikan pandangan dan hati ramai pihak. Tetapi saya sedar bahawa bukan semua hati boleh disenangkan. Dulu saya asyik membela diri saya dan di penghujung hari, orang masih menyalahkan saya dalam banyak hal. Kini saya lebih relaks. Saya percaya bermula dengan niat yang baik, kita bakal didatangi dengan perkara-perkara yang berunsur kebaikan juga akhirnya," ujar Daphne melemparkan aura positif di seluruh persekitarannya.
Lima peratus Henry Golding
"Sedap dan cantik," ujar Henry diselangi ketawa besar. Itu merupakan dua perkataan bahasa Melayu yang lancar di bibirnya. Jujurnya dia baru menguasai bahasa tersebut dalam lingkungan lima peratus dalam durasi masa dua tahun menetap di Malaysia. Bukan tidak mahu atau enggan mencuba tetapi mindanya agak lambat untuk mencerna patah perkataan bahasa itu. Tetapi untuk ditanyakan dalam bahasa kebangsaan tersebut, dia selesa.
"Menjadi masalah juga sewaktu saya mengendalikan program 8TV iaitu Welcome To The Rail World. Saya perlu berkomunikasi dengan orang-orang di desa tetapi saya banyak dibantu oleh krew produksi dan saya mencuba serta belajar," ujarnya yang teruja dengan kecantikan semula jadi Malaysia terutamanya di sebelah utara. Dia juga menamakan kampungnya, Sarawak mempunyai tempat yang istimewa di hatinya.
