Showing posts with label Deejay Lin. Show all posts
Showing posts with label Deejay Lin. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

Deejay Lin Tidak Bangga Diri Jadi Ibu Tunggal


KUALA LUMPUR: Penyampai radio Suria FM, Deejay Lin mahu berkongsi pengalaman hidupnya sebagai ibu tunggal bukan kerana dia mahu berbangga diri dengan statusnya itu.

Sebaliknya deejay yang popular menerusi slot Suria Cinta itu nekad untuk memberikan semangat kepada para ibu tunggal yang tidak bernasib baik sepertinya.

“Sebelum ini, mungkin ada yang menganggap ibu tunggal seperti golongan yang lemah dan gagal membentuk keluarga yang bahagia. Mungkin ada di kalangan mereka merupakan wanita yang tidak berkerjaya dan tidak mempunyai punca pendapatan.

“Jadi, saya akan cuba menceritakan tentang bagaimana cara saya melalui hidup sebagai ibu tunggal bermula daripada tidak mempunyai aset tetap sehingga sekarang,” katanya yang telah melalui kehidupan sebagai ibu tunggal selama lima tahun.

Lin yang dilantik sebagai duta kempen Proton Persona - Sememangnya Lebih Sempurna akan berkongsi pengalamannya dengan ibu tunggal di kalangan orang Melayu dalam program 'Hari Memperkasakan Diri' pada 18 Jun depan.

Selain itu, dia akan menjadi mentor kepada tiga orang ibu tunggal yang akan dipilih kemudian. Untuk penyertaan, mereka yang berminat boleh melayari www.protonpersona.com.my.

Sementara itu, Lin juga masih belum membuat keputusan untuk rujuk semula dengan bekas suaminya yang tinggal selang tiga buah rumah dari rumahnya.

“Anak sulung saya ada bercakap tentang perkara ini dan meminta saya rujuk semula dengan bekas suami. Bagaimanapun saya perlu memikirkan perkara ini dengan semasak-masaknya.

“Jika saya terima pun, terus-terang sebab saya fikirkan tentang anak kerana mereka sangat mengharap,” jelasnya yang mempunyai dua orang anak berusia 10 tahun dan 8 tahun.

Friday, March 18, 2011

Deejay Lin Mahu Kahwin Bekas Suami


PETALING JAYA: Selepas lima tahun bergelar ibu tunggal, penyampai radio Suria FM, Deejay Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 35, sedang berfikir tentang permintaan anak-anak yang mahu dia berkahwin semula dengan bekas suaminya.

Kata Lin yang popular menerusi slot Suria Cinta, walaupun sebelum ini dua anaknya iaitu Nureen Areesye,10, dan Nazreen Asyran,8, pernah menyampaikan hajat tersebut, dia masih belum terbuka hati untuk merujuk semula dengan bekas suami yang juga merupakan jirannya.

"Memang pada lima tahun lalu, kami bercerai kerana masalah-masalah yang sudah tidak boleh ditanggung lagi. Tapi setiap manusia boleh berubah dan boleh diberi peluang kedua bukan?

"Tambah pula sebelum ini anak-anak dah banyak kali minta saya dan bekas suami kembali berbaik semula dan Alhamdulillah demi mereka juga, hati saya sedikit terbuka.

"Kami akan berjumpa serta berbincang apa yang patut. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin kami akan meluahkan semula tentang apa yang disukai serta tidak disukai mengenai perangai masing-masing," katanya.

Tambah Lin walaupun hatinya terbuka untuk berada di samping bekas suaminya, dia tetap akan berfikir panjang sebelum membuat keputusan.

"Insya-Allah saya akan mengerjakan umrah pada bulan April atau Mei depan dan akan berdoa serta meminta petunjuk-Nya. Bila pulang nanti mungkin saya boleh buat keputusan yang lebih jelas.

"Kalau nak tahu, sepanjang lima tahun berpisah, hampir setiap hari kami berjumpa kerana dia (bekas suami) tinggal selang beberapa pintu dengan rumah saya.

"Tambah pula, bila anak-anak mempunyai aktiviti sekolah membabitkan ibu bapa, kami akan turun padang bersama. Apa pun, saya doakan agar kami dapat membuat keputusan yang tepat demi masa depan anak-anak," ujarnya tersenyum.

Lin telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 ketika menjadi penyampai radio di Best 104.9 Johor Baru dan bercerai pada tahun 2006.