Showing posts with label Ummi Nazeera. Show all posts
Showing posts with label Ummi Nazeera. Show all posts

Saturday, March 5, 2011

Gambar Ummi Nazeera seksi dengan lurahnya


Ummi Nazeera yang sudah lama kita tidak dengar berita mengenai dia, tiba-tiba muncul dengan gambar seksi Ummi Nazeera yang menampakan lurah di dada dia.. MyGosip juga tidak pasti samaada Ummi Nazeera perasan atau tidak yang gambar ini menampakan lurahnya, sehingga gambar ini diupload sendiri oleh tuan punya badan ke dunia internet..

Sunday, February 6, 2011

Gambar Seksi Ummi Nazeera


PROFIL/BIODATA: Ummi Nazeera

  • Name: Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin
  • Commercial Name: Ummi Nazeera
  • Date of Birth: 20 August 1990
  • Place of Birth: Kuala Lumpur
  • Height: 165sm
  • Weight: 50 kilogram
  • Drama: Pesona Bintang, Dinasti Bilut, Takdir Yang Terindah, Takdir Sedang Berbisik, Awan Diana and Nur Kasih.

Belahan jiwa Ummi & Yusry


ADA adegan usik-mengusik dalam pertemuan dua nama yang jarang benar disatukan ini. Jika tidak mengenal manikam, tidak mustahil ada yang beranggapan terselit sesuatu di sebalik pandangan mereka.

Pada rembang petang Isnin lalu, bertuah rasanya apabila dapat melihat warna pelangi daripada raut lelaki berusia 38 tahun itu.

Itu warna yang membuka ruang percakapannya menjadi ramah dan bergurau senda. Sesuatu yang jarang diperoleh daripada Yusry Abdul Halim.

Tanpa segan, kerapkali dia mencelah, mengusik si bunga yang baru terbang dari kejauhan.

Ummi Nazeera banyak tersenyum mempamerkan sisi serius dan menyerlahkan kematangannya setelah semusim menjadi anak rantau di Melbourne, Australia.

Ujar Yusry, dia segan untuk turun padang kerana kerjanya lebih banyak di belakang tabir.

Cuma menjadi pengarah dan bukan wajah yang wajar mempromosikan filem keempat arahnannya, Hikayat Merong Mahawangsa yang bakal ditayangkan pada 10 Mac mendatang.

Mitos Merong Mahawangsa

Bila menyentuh soal kerja, Yusry memang boleh bersuara. Tambah lagi ini adalah hasil kerjanya yang ditunggu-tunggu khalayak.

Daripada judulnya sahaja, Hikayat Merong Mahawangsa sudah meremangkan bulu roma.

Menonton treler filem tersebut di laman YouTube seperti membakar keterujaan untuk menjadi antara orang pertama yang menyaksikannya di pawagam kelak.

Jujur Yusry, dia sebenarnya sedang membikin sejarah buat satu mitos. Ditelek-telek kembali, hikayat yang sudah divisualkan ini memang tiada sebuah fakta yang sahih.

Melihat hikayat ini lebih terarah sastera, kata Yusry, dia cuba merapatkan khalayak dengan elemen realiti berbanding mitos dalam filem dengan bajet RM8 juta itu.

Barangkali Yusry juga layak digelar penglipurlara versi milenium. Di tangannya, hikayat beratus tahun lampau itu mahu diberi sentuhan sendiri.

Elemen Hinduisme dan Buddhisme yang cukup menebal pada zaman itu dikurangkan sehabis baik bagi mengelak pertembungan sensitiviti masyarakat Islam.

"Filem ini mempunyai asas yang longgar. Saya cuba untuk membuatkan ia dipercayai. Masih merujuk kepada hikayat yang sebenar tetapi dikeluarkan mitos yang tidak boleh diguna pakai dalam budaya kita.

"Secara asasnya saya sedang 'mensejarahkan' sebuah mitos," ujar pengarah yang menjalankan kajian bersama penulis skripnya, Amir Hafizi.

Di sebalik ketelitian mencari keseimbangan antara fakta, mitos dan sejarah, Yusry mengakui terlalu besar kesukaran ditempuh sepanjang pembikinan filemnya ini.

"Pernah juga kapal yang kami bina pecah dihentam omba