Showing posts with label Stacy AF. Show all posts
Showing posts with label Stacy AF. Show all posts

Sunday, May 6, 2012

Lelaki Muda Bukan Pilihan Cinta Stacy

PETALING JAYA: Penyanyi remaja Stacy meminta agar para peminat tidak menyalahertikan keintimannya dengan anggota kumpuan VIP iaitu Fadlan Hazim Anuwar (Fadlan) dengan menganggap mereka sebagai pasangan kekasih.
Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 22, berkata pada hakikatnya mereka hanya akrab sebagai sahabat kerana sudah saling mengenali sejak beberapa tahun lalu.
“Memang saya rapat dengan Fadlan. Secara kebetulan tiga anggota lain kumpulan tersebut iaitu Adam, Marlon dan Yandy berasal dari Sabah, maka sebab itu kami menjadi rapat dan serasi.
“Boleh tanya kepada anggota VIP yang lain kami rapat macam adik-beradik tetapi tidak sampai ke tahap bercinta seperti yang digembar-gemburkan,” katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.
Stacy menambah, dakwaan yang mengatakan dia bercinta dengan jejaka berusia 20 tahun itu adalah tidak logik kerana secara peribadinya dia lebih selesa menjalin hubungan dengan lelaki lebih matang.
“Dia terlalu muda untuk saya seperti pangkat adik. Kalau pun saya hendak bercinta, biarlah lelaki itu lebih tua. Paling tidak pun biarlah lebih tua setahun dua daripada saya.
“Terus-terang, saya kurang berminat dengan lelaki yang lebih muda,” jelasnya sambil menolak tuduhan kononnya Fadlan dikatakan punca hubungannya dengan Akim berakhir.
Dalam perkembangan lain, Stacy berkata penglibatan dalam program Mania (Astro Ria) sejak lebih sebulan lalu membantu perkembangan kerjayanya apabila dia berpeluang untuk merakamkan lagu dengan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani.
Katanya, lagu duet bersama penyanyi baru Indonesia, Alexa Key berjudul Kimia Di Antara Kita itu sudah dirakamkan di Jakarta, Indonesia pada hujung Mac lalu.
“Lagu itu berentak pertengahan, tidak terlalu rancak atau perlahan. Ia sebuah komposisi yang segar dan berbeza daripada lagu-lagu yang pernah saya rakam sebelum ini.
“Saya difahamkan lagu itu akan dimuatkan dalam projek album khas Ahmad Dhani iaitu Antara Kuala Lumpur dan Jakarta dan akan dipasarkan pada tahun depan,” kongsinya.

Saturday, April 23, 2011

Stacy Tak Larang Peminat Mahu Tahu Kisah Peribadi


KUALA LUMPUR: Penyanyi Stacy, 20, yang dikaitkan menjalin hubungan cinta secara rahsia dengan penyanyi Akim (AF7) mengakui tidak melarang peminat yang ingin mengambil tahu kisah peribadinya.

Kata Stacy: "Sejujurnya, saya suka dan amat menghargai keprihatinan peminat terhadap setiap perkara yang saya lakukan. Apabila orang ambil tahu, bermakna orang sayangkan kita.

"Bagi saya, lebih baik orang sentiasa ingin mengambil tahu tentang diri kita dan apa yang kita lakukan daripada orang tidak ambil peduli langsung."

Walaupun perkara itu mungkin mengundang kemarahan atau perasaan rimas bagi sesetengah artis, Stacy pula menganggap aspek itu perlu dikompromi apabila bergelar figura umum.

"Sebagai artis, kita adalah hak masyarakat. Sudah tentu, apa saja yang kita lakukan, dengan siapa kita berkawan dan ke mana saja kita pergi akan menarik perhatian ramai.

"Jadi, mengapa saya perlu berasa marah kalau peminat ingin tahu tentang saya? Selagi ia tidak melampau atau memberikan tekanan, saya tidak kisah untuk berkongsi kisah peribadi dengan orang ramai," katanya.

Berkongsi tentang kerjaya nyanyian pula, Stacy yang baru dilantik sebagai duta aiskrim Wall’s Cornetto di samping Akim berkata, dia sedang sibuk mengumpulkan lagu-lagu untuk album keduanya.

"Album kedua saya dijangka akan keluar pada sekitar bulan Jun depan. Sekarang ini, saya tengah sibuk mengumpulkan lagu-lagu untuk album itu.

"Dalam masa terdekat, saya akan keluarkan single daripada album itu iaitu Kisah Dongeng ciptaan Edry Abdul Halim. Kali ini, saya pilih lagu berentak balada pula sebagai pertaruhan," katanya.

Saturday, March 5, 2011

Stacy AF sudah semakin tembam



Wahh.. memang benar la apa yang diperkatakan sebelum ini.. Stacy AF6 memang sudah semakin gemuk la.. atau bahasa sopan nya sudah semakin tembam.. MyGosip pun kurang faham kenapa berat badan Stacy boleh jadi macam tu, sedangkan dia selalunya bergerak aktif diatas pentas.. Sepatutnya badan dia semestinya slim ala-ala model ubat kurus gitu.. Tapi sebaliknya pula yang jadi kan..