Showing posts with label Taylor Swift. Show all posts
Showing posts with label Taylor Swift. Show all posts

Saturday, January 28, 2012

Kedai Emas Ditutup Untuk Taylor Swift


PENYANYI Taylor Swift yang berkunjung ke kota London baru-baru ini untuk menghadiri tayangan perdana filem Les Miserables sempat berkunjung ke kedai emas di sana.

Menariknya, kehadiran penyanyi yang popular menerusi lagu Love Story di kedai tersebut adalah eksklusif untuk dirinya dan pihak pengurusan tidak membenarkan pengunjung lain berada di dalam kedai.

Portal contactmusic.com melaporkan, Taylor bagaimanapun membenarkan tiga orang gadis untuk masuk ke dalam yang ingin bergambar dengannya selain membeli beberapa utas rantai jenama Alice di kedai tersebut.

Selain ke kedai barang kemas, Taylor selepas itu juga dilihat sempat bersiar-siar di Hyde Park, Prince of Wales Memorial Fountain dan sebagainya.

Saturday, April 16, 2011

Taylor Swift Hadiah Rumah Lebih RM4 Juta Pada Orang Tuanya


PENYANYI country Taylor Swift (gambar) telah membeli sebuah rumah berharga RM4,228,000 untuk ibu dan bapanya di Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat.

Taylor Swift memang terkenal sebagai anak yang berbakti dan tidak lupa menghadiahkan sebuah rumah yang cukup besar untuk orang tuanya.

"Ini adalah rumah yang luar biasa," kata sumber terdekat dengan Taylor seperti dipetik dari Showbizspy, Sabtu.

Penyanyi lagu Love Story itu membelikan sebuah rumah dengan tiga bilik tidur berukuran 5,000 meter persegi.

Rumah berkonsep klasik itu dibina pada 1920. Namun, baru-baru ini rumah tersebut telah diubah suai supaya lebih cantik dan selesa.

"Taylor sudah mengunjungi orang tuanya di sana dan dia sangat bersemangat kerana mereka. Sekarang dia tinggal seorang diri di Los Angeles," cerita sumber itu lagi.