![]() |
| Diana Daniell ayu |
Wednesday, September 5, 2012
Diana Danielle Lalui 'Percubaan' Sebagai Tunang Orang
Thursday, April 5, 2012
Diana Danielle ligat di pentas nyanyian

Artis kacukan Melayu-Inggeris Diana Danielle sememangnya dikenali sebagai pelakon, namun Diana juga sempat bergelar seorang penyanyi apabila dia muncul dengan lagu single berjudul Tak Pernah Ada.
Selain itu, kekasih kepada aktor Farid Kamil ini juga pernah berkolaborasi bersama Mawi menerusi lagu Penyembuh Rindu dan lagu Radio duet bersama Imran Ajmain serta pelawak terkenal, Nabil.
Disebabkan bakat yang ada pada Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 20, dia menjadi pilihan pihak penganjur, Dirich Vision Sdn. Bhd. untuk menjayakan persembahan sempena Festival Pengantin Malaysia ke-11 yang akan berlangsung pada 6 hingga 8 April ini di Dewan Tun Razak 2, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Selain Diana, festival yang bermula pukul 10 pagi hingga 9 malam itu turut mengundang penyanyi lain seperti Alif Satar, Ila Damia dan Altimet. Diana dan Alif dijangka menghiburkan bakal pengantin pada hari Sabtu iaitu 7 April, pada pukul 2 petang.
Penyanyi rap Altimet dan Ila Damia pula akan berkongsi pentas menghiburkan ribuan pengunjung pada keesokannya (Ahad), pada pukul 3 petang.
Diana berkata, inilah kali pertama dia menerima undangan Festival Pengantin Malaysia dengan kunjungan lebih 15,000 orang pengunjung setiap kali diadakan sekitar Lembah Klang.
“Mungkin saya lebih dikenali sebagai pelakon, tetapi saya juga meminati bidang nyanyian. Saya sudah memiliki dua lagu single, Penyembuh Rindu dan Radio. Menerusi dua lagu berkenaan, saya kerap menerima undangan pentas nyanyian.
“Saya juga pernah diundang sebagai artis pembuka tirai konsert peniup saksofon antarabangsa, Kenny G, tahun lalu. Alhamdulillah, rezeki nyanyian semakin terbuka luas,” ujarnya.
Diana mengakui cukup terharu apabila diundang sebagai salah seorang penyanyi pada Festival Pengantin Malaysia. Undangan itu sebagai bukti bakat nyanyian diakui oleh pihak penganjur.
“Saya terharu diundang ke festival pengantin. Bagi saya, festival pengantin ini memudahkan bakal pengantin membuat pilihan dalam merancang majlis bersejarah mereka.
“Festival khas untuk mempelai itu juga akan menampilkan pakar dalam bidang perkahwinan bersatu di bawah bumbung yang sama untuk menyediakan perkhidmatan kepada bakal pengantin, sekali gus memudahkan mereka untuk merancang persediaan majlis yang bakal berlangsung secara gemilang kelak.
“Apa yang menarik, mereka boleh mendapat tawaran harga yang istimewa sepanjang festival pengantin ini berlangsung, yang tidak boleh dinikmati pada hari-hari biasa. Ini adalah peluang keemasan untuk mereka merancang perkahwinan mereka serta boleh berjimat,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Dirich Vision Sdn Bhd, Nor Sharlina Abdul Rashid, berkata Festival Pengantin Malaysia, salah satu platform untuk usahawan yang terbabit dalam industri perkahwinan untuk menyertainya.
Dalam festival berkenaan, pihak penganjur menyediakan ruang pameran yang lengkap bagi pengusaha mempamerkan hasil reka cipta secara terus kepada bakal pengantin.
“Antara perkhidmatan disediakan ialah andaman pengantin, perancang perkahwinan, fotografi dan videografi, kad kahwin, cenderamata, perhiasan, aksesori, dewan majlis perkahwinan, ejen perancang industri perkahwinan, pusat penjagaan kecantikan dan perkhidmatan katering.
“Selain itu, penganjuran festival ini dapat dijadikan platform untuk usahawan tempatan mengembangkan lagi perniagaan mereka, yang mana pengusaha butik perkahwinan dapat memberikan khidmat nasihat di gerai pameran masing-masing, sekali gus menambah bilangan pelanggan.
Bagi keterangan lanjut, mereka yang berminat boleh layari laman sosial Facebook Festival Pengantin Malaysia.
Saturday, March 5, 2011
Diana Danielle Belajar Berlakon Di Los Angeles April Ini

PETALING JAYA: Pelakon Diana Danielle, 20, (gambar) bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang lakonan di Sekolah Filem & Lakonan Akademi Filem New York di Los Angeles pada bulan depan.
Menurut Diana yang tidak sabar memulakan pengajiannya di akademi terkenal itu, dia merasakan keputusan itu merupakan idea yang bagus untuk menggilap kemahiran lakonannya.
“Walaupun kita sudah menjadi pelakon berbakat, beberapa teknik lakonan mampu membantu untuk meningkatkan penghayatan lakonan kita," kata pelakon cantik berdarah Inggeris ini.
Dia baru menyelesaikan pengajian matrikulasi dalam jurusan Biosains di Universiti Nottingham, Semenyih, Selangor.
Diana akan terbang ke Los Angeles pada 5 April ini untuk memulakan kursus intensif selama sebulan sebelum meneruskan kursus lakonan pada jangka masa panjang.
“Saya cuba berunding dengan pihak pengurusan untuk mengikuti pengajian mengikut masa yang fleksibel. Jadi, saya boleh pulang ke Malaysia selepas beberapa bulan untuk menyelesaikan kerja di sini.
“Saya masih terikat untuk menyelesaikan beberapa penggambaran produk yang menaja saya,” kata duta Nano White, Public Gold dan Sunsilk itu.
Tambahnya: "Kebanyakan pelakon hebat terlibat dengan latihan lakonan. Saya mahu menjadi seperti mereka. Ia sangat berguna kepada saya apabila mendapat watak yang lebih mencabar. Sekurang-kurangnya saya mendapat beberapa teknik lakonan untuk dibawa pulang ke sana."
Menariknya, kelas lakonan di akademi itu hanya mempunyai enam hingga lapan pelajar dalam sebuah kelas.
Menurut ibu Diana, Norsiah Ramli, program di akademi itu menyediakan teknik-teknik lakonan kamera moden di samping asas berlakon teater kepada para pelakon. Tenaga pengajar profesional terdiri dari pelakon, penulis, pengarah, penerbit dan individu berpengalaman di Hollywood, filem indie dan televisyen.
Semua pelajar akan mendapat latihan peribadi dan disiplin ketat sebelum memulakan karier dalam filem dan televisyen.
Bagi pelakon filem Magika itu, pengalaman belajar di Sekolah Filem New York bakal melengkapkan kemahiran lakonannya.
“Saya akan terdedah dengan banyak perkara baru dan belajar banyak perbezaan seni lakonan filem, drama dan teater serta peluang bekerja dalam dunia dan produksi filem sebenar.
“Saya berharap apabila pulang nanti, saya menjadi pelakon yang lebih bagus kerana itulah yang saya impikan iaitu melakukan yang terbaik dalam setiap kerja yang dilakukan,” kata pelakon filem Hanyut dan … Dalam Botol ini.
Menyentuh tentang peluangnya memenangi anugerah Pelakon Filem Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABP) 2010 di samping pesaingnya iaitu Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Maya Karin dan Scha Alyahya, Diana berkata, "peminat akan membuat keputusan terbaik."
"Saya jangka Lisa Surihani tetapi calon lain juga mempunyai peluang besar untuk memenangi anugerah itu. Saya gembira dengan siapa sahaja pilihan peminat untuk menang," kata model dan pelakon yang mula diperkenalkan menerusi filem Idola.
Diana juga akan memulakan karier nyanyiannya pada tahun ini. Dia bakal menerbitkan single pertamanya bergenre rock balada akustik berjudul Tak Pernah Ada sebelum hujung tahun ini.
Sunday, February 13, 2011
Diana Danielle sah putus cinta dengan Farid Kamil

Sedang kita dihangatkan dengan kisah perpisahan Fasha Sandha dan Jejai, Kini timbul pula cerita yang Diana Danielle juga sudah berpisah dengan Farid Kamil.. Kisah putus cinta Diana Danielle dengan Farid Kamil ni bermula apabila tweet daripada @cuitsikit membuatkan ramai orang tertanya-tanya kesahihan cerita tersebut..
Tweet yang berbunyi “Farid Kamil dah dump Diana Danielle! LoL. Deserves her right!” membuat ramai orang tertanya-tanya adakah benar gosip yang diperkatan itu.. Tapi akhirnya Diana Danielle sendiri telah membuat pengakuan melalui ohbulan yang mereka sememangnya sudah putus cinta dan Diana Danielle menegaskan punca perpisahan mereka tiada kena-mengena dengan orang ke-3..
“Saya dah buat keputusan untuk putus dgn Farid Kamil. FYI, saya tegaskan, tiada orang ke-3, tiada sebab-sebab “luar” & terlalu personal untuk dibincangkan.”
CeritaSyok harap Diana Danielle dan Farid Kamil tabah menghadapi dugaan ini.. Tapi kami rasa apa ada hal kalau mereka berdua ni putus pun.. kedua-duanya sedang hot sekarang ni.. sekali petik jari, beribu-ribu yang datang..
Monday, July 27, 2009
Diana Danielle


Nama Penuh : Diana Danielle Danny Beeson
Tempat Lahir : Houston, Texas membesar di Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 22 November 1991
Mix : American-Malay
Drama : Sembilu Kasih, Janji Diana, Takbir Terakhir, Cinta Rembulan dan Mentari, Air Mata Maria, Gol dan Gincu The Series, Rahsia Di Sebalik Wajah, Farah Syakira
Filem : Malaikat Maut, Evolusi KL Drift, Bohsia(Belum Tayang), Setem(Belum Tayang)
Email : dianadanielle91@yahoo.com
