Showing posts with label Cinta Laura. Show all posts
Showing posts with label Cinta Laura. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

Cinta Laura Tolak Pembedahan Plastik


BIARPUN pembedahan plastik menjadi trend di kalangan selebriti, namun perkara tersebut ditolak beberapa selebriti seperti pelakon jelita Indonesia, Cinta Laura.

Kata Cinta, dia tidak bersetuju dengan segelintir artis yang sanggup membuat pembedahan plastik untuk menjadikan diri mereka lebih cantik.

"Saya sangat tidak setuju dengan orang yang melakukan pembedahan plastik kerana mahu menjadi lebih cantik," katanya seperti dipetik dari Inilah.com.

Bagaimanapun kata Cinta, dia tidak menolak jika pembedahan plastik dilakukan jika berlaku situasi tertentu seperti kemalangan.

"Jika pembedahan tersebut dibuat akibat berlakunya kemalangan, ia tidak menjadi masalah.

"Tetapi sekiranya sekadar ingin membuat rahang, membesarkan payudara, menjadikan hidung lebih mancung kerana mahu nampak cantik, ia akan mendatangkan kesan sampingan dan amat bahaya,” tuturnya.

Saturday, January 29, 2011

Duet Cinta Laura, Guy Sebastian


WALAUPUN sibuk dengan dunia lakonan, artis muda yang juga baru muncul dengan album perdananya, Cinta Laura, kini tidak menunggu lama untuk sukses sebagai penyanyi.

Dia kini muncul dengan duet bersama juara Australian Idol 2003, Guy Sebastian menerusi lagu Who's That Girl yang menurut Laura, lagu tersebut sedang hit di negara kanggaru itu.

Menurut Laura, lagu tersebut berkisah tentang Guy yang sedang keluar bersama teman-teman terpaut hati dengan seorang gadis, dan gadis tersebut adalah Laura.

Selain berduet, mereka juga merencana untuk membuat video klip. Namun hingga sekarang video klip lagu tersebut masih belum dapat dilakukan kerana Guy terlalu sibuk. Mereka merencana video klip itu dibuat di Bali.

"Guy sekarang tinggal di Los Angeles dan dia sangat sibuk. Jadi apabila dia punya masa, begitu juga saya, barulah kami boleh melakukan video klip tersebut di lokasi yang kami rancang iaitu di Bali.

"Mungkin jika bukan bulan depan, klip ini akan dibuat pada bulan Mac. Kita tengok nanti macam mana," kata Cinta.