Sunday, December 12, 2010

Miera Leyana


Pengarah yang sorang ni tersangatlah kontroversinya. Siapa? Shuhaimi Lua lah, si pengarah Chukang tu. Satu-satu masalah datang menimpanya. Terbaru berdepan dengan artis wanita yang tak ada disiplin dan menyusahkan orang.

Dah elok-elok janji sedia berlakon dalam sebuah drama bersiri, tiba-tiba menghubunginya (melalui abang sebagai wakil) sehari sebelum penggambaran di luar Kuala Lumpur bermula. Katanya tak dapat menerima tawaran tersebut. Boleh macam itu? Siapa pelakon tu? Bekas finalis Pilih Kasih musim pertama rupa-rupanya.

Macam ini ceritanya. Shuhaimi yang dilantik sebagai pengurus produksi terpaksa mencari seorang pelakon wanita bagi menggantikan tempat Sazzy Falak yang tidak dapat turut serta kerana ada hal tertentu. Setelah ditanya dengan rakan-rakan media yang rapat dengannya, nama pelakon baru itu yang naik.

Pada mulanya dia dah bersetuju. Tapi dek kerana produksi sudah mahu memulakan penggambaran untuk watak lain, maka tak sempat untuk bertemunya untuk menandatangani kontrak dan memberikan bayaran pertama.

"Adakah patut... abang dia mengatakan mereka tak mahu bekerja dengan saya kerana cara saya menguruskan tawaran itu tidak profesional. Saya dah uruskan banyak pelakon popular sebelum ini tapi tak ada masalah pun.

Memang kami tak sempat nak menyediakan kontrak sebab sedang sibuk menguruskan penggambaran. Saya dah suruh dia ke pejabat untuk menandatangani kontrak dan menerima bayaran pertama di pejabat. Tapi tiba-tiba saja dia tarik diri. Tak apalah saya tak rugi pun. Apatah lagi saya dapat pengganti yang lebih glamor dan berbakat daripada dia, iaitu Miera Leyana.

"Miera hanya dihubungi melalui telefon setelah saya mandapatkan nombor telefonnya daripada seorang wartawan majalah hiburan dan kebetulan dia tengah free. Dia terus datang ke lokasi untuk penggambaran satu babak sahaja. Selepas ini babak melibatkannya akan dijalankan di tempat lain.

"Di lokasi itulah Miera tandatangani kontrak dan menerima bayaran pertamanya. Sekarang siapa yang rugi? Saya puji cara Miera yang tidak banyak songeh itu walaupun namanya semakin popular," puji Shuhaimi.

Mentor 5: Erra Masih Wajah Ekslusif Astro


KUALA LUMPUR: Pelakon Erra Fazira mengakui masih lagi wajah ekslusif stesen televisyen Astro biarpun dipilih menyertai program realiti Mentor musim ke-5 terbitan TV3.

Jelasnya, peranannya sebagai wajah ekslusif adalah sebagai pelakon sahaja dan tidak melibatkan komitmen lain.

“Wajah Ekslusif ialah sebagai pelakon sahaja, yang mana komitmen saya hanya berlakon di stesen televisyen tersebut.

“Bagaimanapun, sebelum menerima tawaran sebagai mentor ini saya sudah berbincang dengan pihak Astro terlebih dahulu samaada ianya boleh atau tidak,” ujarnya yang ditemui di Majlis Sidang Media Mentor musim ke-5, di sini, Jumaat.

Selain itu, bercerita tentang bidang lakonan filem yang lama ditinggalkannya, Erra memberitahu dia masih menunggu watak yang benar-benar sesuai dengannya sekarang.

“Bukan saya tidak mahu berlakon filem lagi tetapi saya masih menunggu filem yang benar-benar memberi impak kepada penonton.

“Bukan tiada tawaran tetapi saya menolak kerana saya rasakan watak tersebut terlalu biasa dan jika saya tidak berlakon dalam filem tersebut pun tidak mencacatkan filme tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, dia tidak terkilan jika menolak tawaran yang dirasakan tidak sesuai buatnya.

Menyentuh bidang nyanyian, Erra memberitahu dalam perancangan untuk menerbitkan album sendiri pada tahun depan.

“Terlalu banyak kisah tentang album saya yang tidak keluar sampai sekarang, jadi saya ambil keputusan untuk terbitkannya sendiri.

“Sekarang masih lagi merancang dan saya harap tahun depan dapat kumpul metarial dan lagu yang betul-betul sesuai dengan saya,” katanya.

Sementara itu, Erra memberitahu kesanggupan dia menenrima tawaran menyertai Mentor kerana sudah bersedia untuk mencurahkan pengalaman yang dimilikinya kepada seseorang yang layak bergelar bintang.

“Program ini bagus kerana saya dapat berkongsi pengalaman saya kepada seseorang yang saya rasa layak untuk menjadi seorang anak seni.

“Saya juga tidak hanya menekankan aspek vokal semata-mata tetapi mencari seorang penghibur yang serba boleh,” katanya.

Saturday, December 11, 2010

Sarimah Terpengaruh Fesyen Jepun




Muncul comel dan bertenaga, Sarimah berpenampilan baru menerusi rancangan kelolaannya 1.2..3... tukar! Jauh berbeza dengan imejnya sebelum ini, Sarimah mengakui terpaksa menjelajah ke Jepun, Hong Kong dan Thailand demi memenuhi tuntutan fesyen yang terbit dalam dirinya.

Menolak imej seksi sesuai dengan peningkatan usia, bagi Sarimah fesyen dan budaya selalunya berkiblatkan Barat.

"Saya menukar gaya rambut dan fesyen untuk program terbaru Astro berjudul 1.2..3... tukar!. Program ini berkisarkan impian dan saya bertanggungjawab mengubah penampilan peserta dan menunaikan harapan mereka. Saya akan muncul bersama Fitri yang ditugaskan sebagai perunding imej dan kami mempunyai van sendiri.

"Imej ini diinspirasikan daripada pengalaman saya di Jepun. Banyak budaya menarik dan pelik di sana yang kebanyakannya mengenai kegembiraan. Jika kita lihat program mereka, semuanya ceria dan penuh bertenaga dan itu yang cuba saya bawa dalam program terbaru ini.

"Saya try mix and match fesyen Jepun yang sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Selalunya kita lebih melihat fesyen di barat yang kebanyakannya seksi. Apa salahnya jika kita alihkan pandangan dengan melihat fesyen masyarakat Asia yang dekat dengan budaya kita," ujarnya yang menggemari fesyen

Scha Al Yahya Minta Maaf




Belum pernah terdengar jelitawan seorang ini menimbulkan isu hangat atau reputasi buruk apabila berkaitan kerjayanya. Namun baru-baru ini kecoh apabila Scha dikatakan telah melabelkan wartawan hiburan sebagai monkey melalui laman twitter miliknya.

When a production run by a bunch of monkeys, you will get peanuts. Ayat itulah yang dikatakan Scha kepada wartawan. Terkejut dan terkilan atas apa yang berlaku, Scha mengakui ayat tersebut ditulis di laman twitter miliknya, namun menafikan ianya ditujukan kepada wartawan. "I'm so sorry. Memang Scha tweet ayat itu namun tak tahu bagaimana orang boleh kaitkannya dengan wartawan. Mana ayat yang menunjukkan Scha tuju perkataan tersebut kepada wartawan.

"Perkara ini terjadi kerana ada yang kata Scha retweet dan reply kepada pelakon wanita yang sedang marah kepada wartawan sedangkan Scha tak follow pun pelakon wanita itu.

"Pasti ada yang salah interpretasi dengan ayat tersebut. Scha tak berselindung di sebalik perkataan tersebut dan tak faham bagaimana perkara ini boleh berlaku.

"Mungkin orang yang menyebarkannya tak faham maksud Scha kerana ia tak sepatutnya menjadi isu. Tak mungkin Scha akan gali kubur sendiri dan bermusuh dengan wartawan kerana mereka yang menaikkan Scha.

"Tapi tak dinafikan hubungan Scha dengan mereka terjejas gara-gara perkara ini," jelasnya kecewa.