Saturday, December 11, 2010

Nana-Sein 'Sehati Berdansa' Bercerai

Apakah benar Sehati Berdansa ada badi? Bukan sedikit pasangan yang pernah beraksi bersama dalam Sehati Berdansa memutuskan untuk membawa haluan masing-masing.

Terbaru pasangan Sein dan Nana, juara Sehati Berdansa musim ketiga disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam.

Difahamkan pasangan tersebut berpisah secara baik selepas tidak mempunyai persefahaman dalam rumah tangga yang dibina Julai 2006 dan hak penjagaan anak diserahkan kepada Nana atau nama sebenarnya Noor Diyana Muhammad. Pasangan ini dikurniakan dua anak, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1.

Emma Watson Bingung Terlalu Banyak Wang

PELAKON Emma Watson mengakui bingung dan tidak tahu bagaimana untuk menghabiskan wang hasil pendapatan kutipan filem Harry Potter.

Katanya sudah banyak barang keperluan yang dibeli dari hasil pendapatannya sejak berlakon dalam filem tersebut.

“Saya punya terlalu banyak wang sehinggakan tidak tahu untuk dihabiskan ke mana. Saya sudah membeli sebuah komputer riba dan kereta Toyota Prius selepas mendapat lesen memandu.

"Selebihnya saya gunakan untuk perbelanjaan kuliah,” ujar gadis yang sedang menuntut di Brown Universiti, Amerika Syarikat ini.

Selain bingung dengan wang yang ada, Emma juga mengakui tidak biasa berada di tempat umum kerana sering diperhatikan.

“Lucu bila orang memandang sambil bercakap tentang saya sebagai gadis Harry Potter, namun beberapa orang lain pula menganggap ia tidak benar kerana tidak mempercayai saya akan menggunakan pengangkutan awam.

Sarimah Ibrahim Mengaku Tidak Boleh Menyanyi Lagu Sendiri

PETALING JAYA: Pengacara dan penyanyi Sarimah Ibrahim mengakui tidak boleh menyanyikan semula lagu-lagu dari album pertamanya berjudul Kini Kau Tiada.

Menurut Sarimah, setelah 10 tahun meninggalkan bidang nyanyian suaranya kini sudah berubah menjadi lebih matang.

“Saya tidak boleh membawa lagu-lagu lama kerana suara saya kini sudah berubah menjadi lebih besar. Lagu-lagu lama memerlukan saya menjerit dan bernada tinggi

“Mungkin dengan peningkatan umur menyebabkan suara saya turut berubah. Jika ada permintaan menyanyi saya lebih selesa membawakan lagu-lagu nyanyian penyanyi lain,” ujarnya.

Jelas Sarimah, dia juga sedang mengikuti kelas vokal daripada Siti Hajar bagi mendapatkan teknik nyanyian yang betul.

“Saya juga ada mendapat undangan nyanyian dari situ saya rasa perlu menghadiri kelas vokal. Justeru saya mengikuti kelas vokal dari cikgu Siti Hajar.

“Dari situ juga saya mengetahui teknik nyanyian yang betul dengan suara kini,” katanya yang sedang dalam perancangan untuk kembali menyanyi.

Bagaimanapun, Sarimah memberitahu ramai peminatnya yang mahu dia kembali semula ke bidang nyanyian. Malah dia sendiri sedang dalam perancangan ke arah itu.

“Walaupun sudah 10 tahun berlalu, masih ada yang meminta saya menyanyikan lagu-lagu seperti Kini Kau Tiada dan Damai.

“Peminat juga sering bertanyakan tentang lagu baru saya, tapi sejak 10 tahun lalu saya rasakan terlalu banyak penyanyi baru yang muncul dan rezeki saya bukan di bidang tersebut.

“Namun Insya-Allah saya akan keluar dengan lagu baru bagi mengubati peminat dan secara tidak langsung saya juga boleh menyanyikan lagu sendiri apabila menerima undangan nyanyian,” katanya.

Diusik dengan pertanyaan mengenai jodoh, Sarimah memberitahu dia kini lebih selesa bersendiri.

“Saya rasa saya bukan seorang yang bertuah dalam sebuah hubungan percintaan. Bukan saya tidak mahu tetapi ada sahaja dugaannya.

“Buat masa ini biarlah saya bercinta dengan diri sendiri dan kerjaya sahaja,” jelasnya.

Fesyen Show GUESS Hebat!










Glamor dan seksi, itulah yang dapat ManggaOnline (MO) ungkapkan di majlis fesyen show GUESS yang mula bertapak di Malaysia sejak 1992. Gemerlapan model dan bintang ternama memeriahkan lagi majlis yang berlangsung di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur pada 6 Disember lalu.

Diterbangkan khas dari New York semata-mata memenuhi jemputan jenama terkenal ini, aura Shontelle Layne memenuhi segenap ruang. Suara gemersik cukup memukau dan sikap mesra Shontelle nyata memuaskan hati. Menghiburkan hadirin dengan lagu popular seperti T-Shirt, Impossible, Perfect Nightmare dan Say Hello To Goodbye.

Mizz Nina turut tampil dengan gaya lincah membawakan What You Waiting For. Hadir di pentas catwalk, Amber Chia mendapat tepukan gemuruh peminat yang nyata terpaku dengan tubuhnya yang kembali langsing walau baru melahirkan anak. Tidak ketinggalan, Erra Fazira, Nurul, Tengku Azura dan Elaine Daily turut memeriahkan pentas catwalk pada malam itu.

Turut serta di pentas catwalk, bekas ratu cantik Hong Kong 2004, Kate Tsui tampil jelita dan elegan dengan persalinan Guess.