Thursday, March 31, 2011

Mariah Carey Sambut Hari Lahir Dengan Tatu Di Punggung


LONDON: Penyanyi Mariah Carey (gambar) dilaporkan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-42 dengan cara yang pelik.

Penyanyi yang sarat mengandung itu dikatakan telah membuat tatu rama-rama pada bahagian punggungnya.

Carey yang dijangka bakal melahirkan bayi kembar iaitu lelaki dan perempuan itu mengakui sudah bersedia untuk menyambut kedatangan anak-anaknya ke dunia, demikian menurut laporan yang dipetik daripada laman web femalefirst.co.uk.

Freida Pinto Enggan Berlakon Dengan Dev Patel


AKTRES Freida Pinto yang mula menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Dev Patel sejak kedua-duanya membintangi filem Slumdog Millionaire nekad tidak mahu bergandingan dengan Dev lagi untuk mana-mana filem pada masa akan datang.

Ini kerana, Freida mendapati, keserasian dia dan Dev mula hilang. Mereka juga tidak sehangat seperti awal-awal bercinta dahulu.

"Saya tidak mahu bekerjasama dengannya. Bagaimanapun ini tidak bermaksud yang saya sudah tidak ada apa-apa lagi hubungan dengan dia.

"Sebelum ini, Dev juga pernah menyatakan tentang hal ini pada sebuah wawancara tetapi ia disalah ertikan.

"Keputusan ini dibuat ada sebabnya. Sejak digandingkan bersama dalam Slumdog Millionaire, kami menerima pelbagai tawaran yang mahukan kami berdua.

"Saya percaya, jika kami digandingkan lagi, watak yang dibawakan itu pasti tak akan hidup seperti yang diinginkan," katanya.

Tambah aktres berusia 26 tahun itu, dia tidak mahu kerjayanya dibayangi hubungan cintanya bersama Dev.

Sebelum ini, Freida akui, dia terasa amat terganggu dengan kehadiran paparazzi yang mengambil foto mereka.

"Saya kurang senang aqpabila mereka memburu kami semata-mata untuk mendapatkan gambar kami bersama. Lainlah kalau untuk promosi filem," ujarnya.

Berduet Dengan Sohaimi : Erra Fazira Tunggu Kata Putus SRC


PETALING JAYA: Pelakon Erra Fazira, 37, sedang menunggu 'lampu hijau' dari syarikat rakamannya, Suria Records (SRC) untuk berduet dengan penyanyi Sohaimi Mior Hassan menerusi lagu Dalam Berumah Tangga.

Beberapa akhbar sebelum ini melaporkan tentang hasrat Sohaimi untuk melakukan kolaborasi dengan penyanyi jelita itu setelah kejayaannya berduet dengan Ana Raffali dan Altimet menerusi lagu Kalau Berpacaran.

“Memang saya telah ditawarkan berduet dengan Abang Sohaimi dan saya berkenan dengan lagu tersebut kerana irama yang catchy.

“Tetapi disebabkan saya masih terikat kontrak dengan SRC sehingga bulan Ogos ini, jadi saya perlu berbincang dengan pihak pengurusan terlebih dahulu.

“Sekarang saya masih menunggu kata putus daripada mereka. Jika mereka bersetuju, baru saya boleh teruskan kepada proses seterusnya,” kata Erra kepada mStar Online.

Dalam perkembangan lain, Erra sedang sibuk dengan program Mentor untuk menggilap bakat protegenya bernama Salma.

Dia juga masih aktif termasuklah sebuah telefilem terbaru Sanggul Beracun untuk Astro Citra.

“Saya memegang watak seorang wanita cacat yang akhirnya mendapat kecantikan setelah membunuh 100 orang suami,” ujarnya lagi.

Erra lebih dikenali di layar perak menerusi filem Sembilu, Maria Mariana, Kuliah Cinta, Cinta Kolestrol, Anak dan 21 Hari Mencari Suami.

'Iparku Diva' : Produser Bayar Tinggi Pujuk Rozita Che Wan


PETALING JAYA: Syarikat produksi Zeel Production mengakui terpaksa mengeluarkan bayaran yang tinggi kepada Rozita Che Wan untuk memujuknya berlakon dalam drama komedi bersiri, Iparku Diva, selepas dia mengumumkan hasrat bersara daripada dunia lakonan.

Drama 13 episod tersebut akan disiarkan menerusi Astro Warna (saluran 132) pada malam Khamis (malam ini) selama setengah jam bermula pukul 9.30 malam.

Penerbitnya, Fadzil Teh berkata, bukan mudah memujuk Rozita kerana pelakon itu bimbang akan berhadapan dengan pelbagai implikasi buruk selepas dia membuat keputusan untuk tidak lagi berlakon pada tahun 2011.

“Kami memujuknya banyak kali untuk terlibat dalam drama ini tetapi dia tetap menolak.

"Akhirnya kami terpaksa menawarkan bayaran yang agak tinggi demi memujuk hatinya agar menyertai produksi ini,” katanya yang enggan menjelaskan jumlah bayaran yang diberikan untuk Rozita dalam drama tersebut.

Kata Fadzil lagi, semasa proses memujuk Rozita itu, pihaknya terpaksa melakukan penggambaran untuk adegan-adegan lain sementara menunggunya membuat keputusan sehinggalah pelakon itu memberi kata putus selepas habis perkahwinan adiknya, Ayu Raudhah pada 21 Januari lalu.

Ditanya apakah kehebatan Rozita berbanding pelakon lain sehingga pihaknya sanggup memberikannya bayaran yang tinggi ujar Fadzil, pelakon itu mempunyai pengaruh yang kuat khususnya peminat-peminat drama Melayu.

Tambahnya, Rozita juga berjaya menaikkan rating drama terbitan mereka sebelum ini iaitu Kiah Pekasam yang disiarkan pada pertengahan tahun lalu menerusi saluran yang sama

“Kami percaya kalau orang sanggup membayar kepada Astro untuk saluran itu, kami juga perlu membayar lebih kepada pelakon yang penonton suka agar rating drama terbitan kami mencapai sasaran serta memenuhi kehendak penonton,” ujarnya.

Fadzil berkata, Iparku Diva adalah drama pertama lakonan Rozita selepas dia membuat keputusan bersara dan ia merupakan satu kejayaan besar buat mereka kerana berjaya memujuk pelakon itu membatalkan hasratnya.

Malah katanya kerana drama itu juga membuatkan Rozita turut menjadi rebutan beberapa syarikat produksi lain yang masih mahu mendapatkan khidmatnya.

“Selain bayaran yang tinggi, kami percaya Rozita juga sudah biasa berlakon dengan drama-drama lain terbitan syarikat produksi kami dan dia mengakui selesa dengan layanan yang diberikan sehingga gagal menolak tawaran tersebut,” tambahnya.

Iparku Diva yang melalui penggambaran pada Februari lalu turut membariskan para pelakon seperti Norman Hakim, Sheera Iskandar, Reza Hasbi, Azlee Khairi, Azzarani, Delimawati, Kismah Johari dan pelakon baru, Syaff Shamim.

Ia diarahkan oleh Jamal Khan sementara skrip tulisan Hafizul.

Drama komedi ini mengisahkan kehidupan Munirah (Rozita Che Wan) yang berkahwin dengan Cikgu Hassan (Azharani) serta mempunyai seorang anak lelaki yang petah bercakap.

Munirah terkenal sebagai seorang biras dan kakak ipar yang garang, “queen control”, serta berlagak seperti diva sehingga mampu mengarahkan suami untuk melakukan kerja-kerja isteri termasuklah memasak dan mengemas rumah.

Perbuatan Munirah itu menimbulkan rasa tidak puas hati iparnya yang lain sehingga mereka sanggup mengata sesama adik-beradik dan ipar-duai ini.

Namun begitu, kesemua mereka sering bertemu di meja makan yang sama kerana Munirah tidak pandai memasak sementara ahli keluarga yang lain pula mempunyai pelbagai angan-angan yang mungkin tidak kesampaian.

Malek Noor Masuk ICU Rebah Semasa Main Bola

IPOH: Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor, dimasukkan ke sebuah hospital di sini malam Khamis selepas sesak nafas semasa menyertai perlawanan bola sepak Piala Amal Menteri Besar Perak di Stadium Perak di sini.

Malek, 54, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

Malek, yang menjadi penjaga gol, rebah secara tiba-tiba selepas lima minit perlawanan bermula, kata Pengerusi Jawatankuasa Piala Amal Menteri Besar Datuk Azhar Ahmad.

Perlawanan berkenaan menemukan pasukan pilihan Menteri Besar Perak dengan pasukan Lagenda Negara yang dibarisi beberapa bekas pemain kebangsaan seperti K. Gunalan, Hassan Sani, Karim Pin, Khalid Ali, Shahrin Majid, Ahmad Yusof, Shukor Salleh dan Bakri Ibni.

Malek, yang mewakili pasukan Lagenda Negara, pada mulanya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun sebelum dipindahkan ke Hospital Pantai.

"Kita sama-samalah berdoa supaya beliau cepat sembuh," kata Azhar.

Perlawanan persahabatan itu adalah antara bekas pemain kebangsaan era 60-an hingga 90-an menentang pasukan veteran Menteri Besar Perak yang diketuai oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Pasukan Lagenda Negara menang 1- 0 pada perlawanan itu hasil jaringan Sharin Majid.

Pasukan Menteri Besar dibarisi beberapa bekas pemain Perak seperti Azizul Abu Haniffa, Ramli Talib, A. Elangovan, Roafandi Yusof, Ahmad Shahrul Azhar, Chan Kok Heng dan P. Umaparam.

Album Kompilasi Terbaru Rossa Inspirasi Filem 'Notting Hill'


KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun sunyi tanpa album, kini penyanyi dari seberang, Rossa muncul dengan album baru, Harmoni: Jalinan Nada & Cerita.

Album yang memuatkan 14 buah lagu itu merupakan lagu-lagu kompilasi yang pernah popular serta dijadikan runut bunyi dalam filem dan drama yang antaranya lagu Tegar, Ayat-Ayat Cinta dan Hey Ladies.

Menurut Rossa, dia turut menampilkan sebanyak tiga buah lagu baru iaitu Memeluk Bulan, Jagad Khayalku dan Ku Menunggu, dan ketiga-tiga lagu tersebut merupakan hadiah buat peminat-peminatnya.

"Sebenarnya album ini diinspirasikan daripada filem kegemaran saya iaitu Notting Hill lakonan Julia Robert yang menampilkan lagu-lagu cinta popular.

"Justeru itu, saya pun nak kumpulkan kesemua lagu-lagu popular saya untuk disatukan dalam album ini.

"Bagaimanapun, tiga lagu baru yang dihasilkan pasti memikat hati para pendengar kerana konsep nyanyian yang pelbagai," katanya pada sidang media pelancaran album Harmoni:Jalinan Nada & Cerita di Restoran IlPrimo, di sini, Rabu.

Tambah Rossa, lagu Ku Menunggu yang dihasilkan dalam bentuk akustik itu mempunyai persamaan dengan lagu Ku Merindu, yang pernah dibawakan oleh Ella dan Shah. Ia menggunakan khidmat komposer yang sama iaitu Mery LC.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 32 tahun itu berharap agar tiada sebarang kontroversi yang tercetus hanya kerana persamaan lagu yang dibawakannya.

"Walaupun melodi lagunya sama, lirik dan susunan lagu ternyata berbeza. Saya dapat tahu tentang persamaan ini selepas merakamkan lagu tersebut. Ternyata saya serta Ella dan Shah mempunyai cita rasa yang sama.

"Saya harap lagu ini tidak akan menimbulkan masalah. Lagipun ia seronok untuk dinikmati. Saya merakam lagu ini bukan mahu timbulkan masalah, sebaliknya mahu para pendengar serta peminat senang dan gembira dengan lagu itu," tuturnya.

Tip tubuh seksi Son Dambi


BINTANG terkenal Korea Selatan, Son Dambi bukan sahaja telah menunjukkan bentuk tubuhnya yang seksi ketika membuat fotografi jenama pakaian sukan Decente baru-baru ini.

Malah aktres, penyanyi dan model itu juga telah memberi tip kepada peminatnya bagaimana untuk mendapatkan bentuk tubuh yang sihat dan mantap.

Pertama, dia menegaskan regim senaman perlu dimulakan dengan latihan angkat berat, sebelum diikuti dengan aerobik dan akhirnya regangan badan.

"Saya sangat berdisiplin dengan regim dan rutin senaman saya. Kalau pada hari saya tidak menjalani latihan di gim, saya akan berjoging di sekitar kawasan kejiranan saya," ujarnya.

Satu lagi regim bagi mengekalkan stamina dan bentuk tubuh yang mantap yang diamalkannya adalah dengan menari.

"Saya menari dan menari kerana ia bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh selain menjadikan bentuk tubuh kita mantap, tetapi ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan tekanan," ujarnya yang menyukai tarian hip hop dan jazz.

Wednesday, March 30, 2011

Agnes Monica Bikin Album Di Los Angeles


PENYANYI dan pelakon Indonesia, Agnes Monica (gambar) nampaknya sudah bersedia untuk mencapai impiannya untuk ke peringkat antarabangsa.

Bersama bintang legenda, Michael Bolton, dia sedang membikin album di Los Angeles.

"Saya sedang berada di Los Angeles untuk rakaman album di studio sekitar dua bulan," ujar Agnes, Selasa, menurut detikhot.com.

Bukan itu sahaja, Agnes juga memberikan kejutan menerusi lintas langsung video dari studio tersebut ketika bersama-sama Michael Bolton.

Mereka turut menghiburkan penonton program DahSyat dengan menyanyikan lagu Just One Love milik Michael Bolton.

Pengikut Twitter Lady Gaga Cecah 9 Juta


LONDON: Bintang pop Lady Gaga menjadi orang pertama yang mempunyai pengikut di laman Twitter sehingga mencecah 9 juta orang.

Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan populariti penyanyi pelik itu telah mengatasi Britney Spears sejak Ogos lalu.

Sebelum itu, kedua-dua bintang tersebut berkongsi kedudukan dengan 5.7 juta pengikut di akaun masing-masing.

Mula membuka akaun Twitter pada 2008, kemaskini status pertama Gaga memaklumkan dia sedang membuat latihan untuk klip video lagu Just Dance ketika itu.

Menyusul di belakang Gaga adalah bintang remaja sensasi Justin Bieber dengan 8.3 juta pengikut.

Sementara itu, lagu single terbaru Gaga iaitu Born This Way menduduki tempat pertama di carta Billboard Hot 100 dan tangga ketiga dalam carta di United Kingdom.

Intan Ladyana Nafi Bersekedudukan Dengan Kamal Adli


PETALING JAYA: Aktres Intan Ladyana Mohamad Yahaya, 28, menafikan dakwaan tinggal serumah atau bersekedudukan dengan kekasihnya aktor Kamal Adli di sebuah kondominium di Ampang, Selangor.

Kata pelakon yang mesra disapa Intan itu, dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana hakikatnya mereka tinggal berasingan.

"Dakwaan yang mengatakan saya tinggal serumah dengan Kamal adalah tidak betul sama sekali. Kamal tinggal bersama keluarganya.

"Memang tidak betul sangatlah kalau ada yang mendakwa kami tinggal bersama macam pasangan suami isteri," katanya kepada mStar Online, Selasa.

Mengakui Kamal kerap berkunjung ke rumahnya untuk berjumpa atau keluar bersama, Intan bagaimanapun berkata, aktor itu hanya menunggu di bawah dan jarang masuk ke rumah kecuali atas hal-hal tertentu atau kecemasan.

"Saya tidak menafikan Kamal selalu datang tetapi tidaklah sampai masuk ke rumah, apatah lagi untuk tidur bersama pula.

"Kebiasaannya dia akan tunggu di bawah sahaja. Kalau pun keadaan memaksa dia untuk masuk ke rumah, kami tidak akan berdua-duaan. Pasti ada pembantu peribadi saya atau rakan-rakan lain juga," katanya.

Tambah pelakon filem Kembar Siang itu, dakwaan tersebut mungkin timbul kerana jiran-jirannya sering melihat kelibat Kamal berkunjung di kawasan kediamannya.

Tanpa mengetahui cerita yang sebenar, segelintir pihak mudah membuat tanggapan dan andaian masing-masing dengan menyebarkan cerita tersebut.

"Inilah masalahnya apabila orang mudah membuat andaian masing-masing tanpa mengetahui cerita sebenar. Namun, saya tidak kisah sebab perkara itu tidak berlaku," katanya.

Menyentuh perkembangan terbarunya, Intan baru sahaja menyambung kontrak sebagai pengacara untuk musim baru program Chopp!!! yang bersiaran di TV9.

Sunday, March 27, 2011

Pelamin kedua Pasha, Kris


PASHA dan Kris Dayanti merupakan dua nama besar dalam perjalanan karier masing-masing sebagai anak seni. Kedua-duanya pernah melalui masa sukar dalam berumahtangga. Lebih sukar lagi apabila perjalanan peribadi itu menjadi tontonan umum.

Ia ditambah pula dengan pelbagai tohmahan serta gosip sehingga dunia luar seperti lebih mengenali mereka berbanding empunya diri. Kini mereka menempuh bahtera kedua.

Kris Dayanti (KD) selamat bergelar isteri Raul Lemos, pada 20 Mac lalu manakala Pasha bersanding bersama Adelia hari ini.

Menempuh bahtera baru untuk sebuah pelayaran segar, Pasha dan Kris seakan bakal melenyapkan kata-kata yang pernah dituding ke arah mereka.

Perkahwinan serta pelaminan kedua datang dengan harapan yang lebih besar. Selamat buat kedua-duanya.

Kris-Raul mahu satu zuriat

"Puji dan syukur, Alhamdulillah. Tidak lepas berpelukan dengan suami. Bahagia kerana semua beban terlepas dan melangkah kehadapan dengan suami tercinta," itu mesej yang disampaikan oleh Kris Dayanti sehari selepas dia sah menjadi Kris Lemos. Kebahagiaan terpancar penuh dalam susun kata-katanya.

Tampak gementar pada hari pernikahan yang dilangsungkan Sabtu lalu di Masjid Sahid Nurul Iman, Jakarta, wajahnya berbunga segar selepas segalanya selesai.

"Kesabaran akhirnya berbuah manis," ucap Kris Dayanti.

Sebuah kesabaran yang dikumpulkan dalam tempoh dia dicerca dan dilebel sebagai pemusnah rumah tangga Raul dan bekas isterinya, Atha.

Lumrahnya, asam di darat ikan di laut, dalam kuali bertemu juga. Dengan hanya sekali lafaz, Raul sah memperisterikan Kris Dayanti yang bakal mengikutnya ke Dili dan membiasakan diri dengan angin dan budaya Timor Leste.

Bermukimlah Kris dan suami di sebuah banglo indah yang dihadiahkan Raul buatnya di tepi pantai Dili dan di situlah dia mempersiapkan diri. Membiasakan status isteri usahawan terkenal di Dili.

Sebagai ayah, Trenggono merelakan pemergian Kris Dayanti ke Dili.

"Lega, sebagai orang tua kita masih bisa menyaksikan pernikahan anaknya. Ini adalah kebanggaan," ucap Trenggono usai ijab kabul anaknya di Hotel Grand Sahid Jaya.

Pesan ayah, agar suami isteri ini selalu rukun berumahtangga hingga ke anak cucu.

Kahwin bukan tutup kontroversi


BIARPUN tidak setenang air di kuala, barangkali ketika ini Faezah Elai sedang menghirup udara yang damai. Pandangannya sudah boleh dilontar jauh kerana banyak lagi landskap berwarna pelangi yang mahu dinikmati.

Menelaah ke dalam mata dan hatinya, dia lega, tidak gusar lagi oleh kejian atau fitnah yang pernah meracun benak fikir.

"Selepas surat peguam dihantar, cerita-cerita yang tidak masuk akal itu senyap dengan sendiri," luahnya spontan.

Kata Faezah, dia pernah lemas dek deru panas yang menghambat nafas. Pergaduhan dengan pelakon, Azat Jasmin yang kemudian bersulam gosip skandal bersama pengarah drama Heykal Hanifah, 37, yang bersatus suami membuatnya hampir lemas.

Semua itu menjadi bahan sensasi yang menjentik pencapaian Faezah Elai di persada lakonan.

"Semua itu saya anggap sebagai isu kecil yang sengaja diperbesar-besarkan. Itu kes salah interpretasi, ia hanya tajuk sebuah artikel yang tersiar di sebuah portal hiburan," keluh Faezah.

Ya, agak jengkel juga bila seorang pelakon yang sedang membina nama dikaitkan dengan perkara remeh-temeh apatah lagi lepas cakap tentang pekerjaan yang menjadi periuk nasi sendiri.

Namun, dari satu sisi, anak mami Pulau Mutiara itu harus sedar, terkait satu persatu kontroversi yang menjatuhkan itu, Faezah yang dulunya bukan sesiapa, semakin ingin didekati ramai.

September

"Sumpah! Saya tak pernah rasa yang saya popular. Saya masuk industri ini pun agak lambat. Tapi benda-benda yang jadi kepada saya di luar kawalan.

"Bila tiada gosip tak ada benda yang hendak dicakapkan, tapi bila berlaku kontroversi saya yang kena mengadap dan bercakap perkara itu berulang kali.

"Banyak lagi isu tak manis tentang saya, tapi fikirlah sendiri, saya masih tinggal bersama ibu dan ayah, tak sempat sebenarnya nak buat perkara tak senonoh.

"Memanglah orang akan cepat kenal seseorang artis bila artis itu ada kontroversi tapi kalau boleh saya tak nak dikenali kerana benda-benda bodoh begitu, ia lebih kepada menjatuhkan saya," luahnya menutup buku kontroversi.

Beralih ke buku lain, pelakon yang bakal memecahkan hilai panggung menerusi filem Cun! ini ada khabar bahagia yang ingin ditahan-tahan.

Masih berbekam di kerongkong, namun dia tidak mampu menepis terjahan hukum jodoh yang tersurat ke atasnya, September ini.

Seiring usianya yang menjengah 29 tahun pada 16 Ogos nanti, wanita berdarah campuran Punjabi daripada bapanya dan Thailand daripada ibunya ini sah sudah ada calon suami.

Masih teragak-agak berkongsi bahagia, mulanya dia sekadar memberikan sebuah bayangan.

"Ya, sebab itulah malam ini saya mahu balik Pulau Pinang, ada urusan penting," kata Faezah.

Tarikh 3 Disember 2011 dipilih sebagai hari majlis resepsi tepian pantai di Pulau Pinang, tiga bulan selepas majlis akad nikah yang akan dijadualkan di Masjid Pulau Pinang, September nanti. Perkara itu diputuskan selepas majlis merisik awal Mac baru-baru ini.

Menerjah lagi sedikit gambaran, mata bundarnya bersinar saat siapakah gerangan lelaki yang bakal bertuan di jiwa dipinta jawapan.

Jelas, anak sulung daripada tiga beradik itu, calon suaminya bukanlah orang seni, langsung tiada kaitan dengan bidang popular.

Kalau boleh, mahu disimpannya kemas-kemas dan bekas pramugari Malaysia Airlines (MAS) Bhd. itu masih dengan prinsip yang dipegang.

"Siapa calon suami saya, belum masanya untuk diberitahu, saya tak nak cerita buat masa ini," katanya menafikan lelaki itu ada kaitan dengan nama yang pernah dikaitkan dengannya.

Dalam soal jodoh juga, dia yang sedang menarik perhatian dengan drama bersiri Asmara 2 ini tidak menetapkan sebarang kriteria. Tidak mahu terlajak kata, memilih-milih si bujang idaman, menolak duda atau suami orang. Kerja kahwin dan jodoh itu kerja Tuhan, bukan juga agenda untuk menutup sebarang kontroversi, itu tegasnya.

"Soal kahwin tiada kena-mengena dengan kontroversi. Saya tak akan kahwin sebab gosip tetapi saya kahwin sebab sudah sampai seru. Kahwin bukan kerja main-main.

"Saya juga ada sasaran, mahu kahwin sebelum usia 30 tahun. Saya dah nekad dan sudah mula terfikirkan masa depan. Antara saya dan bakal suami, kami sebenarnya sudah lama kenal, tapi masa itu saya sudah bergelar pelakon," jelas Faezah, si pemain watak Tom, pembantu peribadi kepada Luna, lakonan Maya Karin dalam filem romantis komedi Cun!

Cun! basuh trauma

Sebelum cerita filem membumbui pembaca, Faezah digamit pengalaman 2007. Ketika itu dia muncul buat kali pertama menerusi filem Otai.

"Saya masih ingat, 'Faezah Elai perosak filem' itu habuan yang saya terima selepas berlakon filem Otai. Selepas itu, saya fobia untuk berlakon filem. Saya kena hentam dengan teruk sampai tawaran drama pun saya tak sanggup terima. Lebih enam bulan saya berdiam, rasa tak layak untuk berlakon tapi cuma buat kerja pengacaraan sahaja. Sampailah saya berlakon semula untuk drama Cinta dan Keadilan.

"Akhirnya saya terima tawaran filem Cun! sebagai filem kedua saya. Syukurlah, respons yang saya terima jauh berganda-ganda lebih baik daripada lakonan saya sebelum ini," luahnya sambil membandingkan kepuasan berlakon antara filem dan drama.

Bagi Faezah, drama bersiri lebih banyak membuka ruang penghayatan. Cun! bakal ditayangkan kepada umum menjelang 31 Mac nanti.

Sekali lagi terperosok ke dunia tomboi seperti kebanyakan lakonan terdahulu, bagaimanapun karakter Tom sedikit sebanyak satu bonus buatnya.

"Watak Tom sebagai budak perempuan dari Kedah, saya sendiri berasal dari Pulau Pinang, jadi dari segi dialek, langsung tiada masalah walaupun loghat Pulau Pinang dan Kedah ada bezanya.

"Pasal karakter tomboi, juga bukan satu masalah kepada saya. Biarlah ada orang nak kata stereotaip, saya tetap percaya bahawa seseorang pelakon harus ada keistimewaan. Jika karakter tomboy dikatakan sesuai untuk saya, saya terima dengan hati terbuka," katanya yang pernah menarik perhatian dengan watak tomboi menerusi drama Sutera Maya.

Sambil jarinya ralit mengulit nasi kandar sebagai hidangan tengah hari, Faezah yang bertubuh langsing itu penulis perhatikan. Wanita berkulit cerah itu sangat sederhana tapi tutur yang diluahkan adakalanya sedikit tidak bertapis.

"Saya cuma bercakap apa yang dirasa, sebab itu ada yang kata saya jenis cakap lepas. Tapi saya pun kena faham budaya, kadang-kadang ia boleh disalah tafsir, jadi saya kena lebih berhati-hati," bicaranya ditutup sambil menghabiskan menu yang sememangnya menepati cita rasa keutaraannya itu.

Saya tidak pernah menangis - Erra


SEPUTAR daripada 360 darjah sudut hidupnya, Erra Fazira barangkali masih berbaki satu pertiga nafas lelah yang harus ditelan. Banyak yang telah dimuntahkan dan diperdagangkan sebagai publisiti mahupun promosi dan ketika bidang seni sudah satu kesinambungan buatnya, dia masih berdepan getir yang cukup hebat.

Mendapat jolokan primadona filem Melayu, bukan lagi soal kredibiliti kerjanya yang mahu diselongkar sebaliknya, wanita berstatus ibu dan isteri berusia 37 tahun harus gagah mempertahankan taufan sensasi yang bergulung tanpa henti ke pintu mahligainya.

Perkahwinan kedua bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin membenihkan Engku Aleesya. Mahligai mereka tidak henti-henti dibidik kontroversi. Pernah dikhabarkan goyah ekoran orang ketiga, baru-baru ini Erra sekali lagi dicucuk selumbar berbisa berikutan timbul pula khabar angin yang lebih dahsyat. Kali ini bukan 'main-main cinta' lagi tetapi suami yang dinikahi pada Oktober 2007 itu didakwa sudah mengahwini seorang lagi wanita.

Sensasi Bintang: Pernah merasa kecewa gara-gara rumah tangga asyik menjadi bahan sensasi?

ERRA FAZIRA: Saya sedikitpun tidak tergugat kerana saya tahu dakwaan itu tidak berasas. Saya rentan kerana terpaksa menjawab pertanyaan semua dan berdepan ucapan tahniah atas salah interpretasi sebuah artikel mengatakan bahawa saya hamil anak kedua. Mana-mana saya pergi soalan itu yang ditanyakan, masing-masing sibuk mengucapkan tahniah padahal saya tidak hamil. Saya cuma bersedia untuk hamil.

Khabar angin mendakwa Emran sudah bernikah lain tetapi kalau tiada angin bagaimana pokok bergoyang?

Dalam mana-mana rumah tangga pun mesti ada salah faham, itu bukan perkara mustahil dan perkara begitu juga berlaku dalam rumah tangga rakan-rakan artis. Mungkin orang boleh kata, saya mungkin tak tahu sebab suami kahwin sembunyi-sembunyi, tapi saya yang hari-hari tengok muka suami dan hari-hari juga dia pulang ke rumah, bila masa dia kahwin. Mungkinlah dia ada bergaul dengan kakitangan wanita di pejabat dan perkara itu disalah erti oleh mata-mata yang memandang.

Pernah menangis akibat isu yang tak sudah-sudah?

Tak pernah, buat apa nak membazirkan tenaga menangis tentang perkara yang tidak betul. Mungkin saya masih kuat berdepan semua ini dan saya belum merasa kesakitan yang digembar-gemburkan itu.

Perlukah Erra meyakinkan umum tentang kebahagiaan yang sedang dikecapi bersama Emran sekarang?

Rasanya tak perlu tapi respons yang saya terima kata, saya perlu berbuat begitu. Saya tetap percaya bahawa suatu hari nanti kebenaran akan disedari semua.

Apa reaksi Emran apabila didakwa sudah bernikah lain?

Sebenarnya, saya yang jadi penyampai berita kepadanya apabila ada gosip-gosip yang ditanyakan kepada saya. Kami tidak pernah ambil serius perkara itu, bercakap pun dalam nada berjenaka dan bergelak ketawa sahaja. Saya pernah usik Emran, 'kalau dia dah kahwin, saya akan dapat madu' dan Emran ketawa.

Merujuk kes fotografi sebuah majalah hiburan membabitkan Ziana Zain dan Ning Baizura yang dikecam hebat oleh editor majalah berkenaan. Kalian dilihat sebagai 'diva' yang tidak boleh menerima pendapat orang. Siapa bersalah dan Erra di pihak mana?

Saya yang berada di tempat kejadian dan situasi itu berlaku depan mata saya. Saya tidak boleh kata siapa betul atau siapa salah tapi moralnya, semua orang sama ada artis atau media, masing-masing kena hormat kerja masing-masing. Mustahil kami nak tabur pasir dalam periuk nasi sendiri dan itu bukan pertama kali kami buat fotografi.

Ada sebab kenapa Ziana tinggalkan studio fotografi tempoh hari, kalau dia tidak setuju dengan konsep fotografi itu, awal-awal lagi dia tolak ajakan itu. Saya dan Ning yang habiskan fotografi itu juga kena kutuk sampa tiga muka surat. Artikel itu sangat berat sebelah dan kami tidak dipanggil atau diajak berbincang. Nampak sangat apa yang tertulis adalah permainan emosi penulis berkenaan.

Tapi, sampai sekarang kami tidak tergugat, buat apa nak buat sidang media atau saman-menyaman, industri ini kecil. Perkara itu harus dilihat secara matang.

Penyakit selebriti dikatakan menyerang artis yang berstatus 'diva', komen Erra?

'Diva' ada dua maksud, 'diva' daripada pencapaian yang positif dan 'diva' yang dilihat dari sudut negatif. Ikut pengalaman saya, semakin tinggi pencapaian seseorang artis itu, semakin dia merendah diri dan semakin dia tahu menyayangi pencapaian yang dibina berbelas tahun yang sudah. Ada masanya artis yang baru melonjak naik yang lebih 'diva' perangainya berbanding artis yang sudah sukses. Artis yang terkena 'penyakit selebriti' mungkin ada tapi jangan cepat pukul rata, bagi saya itu justifikasi yang silap. Dan jangan salah guna perkataan 'diva' itu sesuka hati.

Bagaimana dengan kepanasan persaingan dalam Mentor?

Sekarang baru saya tahu, betapa sengitnya persaingan dalaman dalam program itu, ingatkan secara luaran sahaja.

Kim Kardashian Cuci Kereta Pakai Hujan


JIKA kebanyakan orang agak tertekan bila hujan turun kerana mengganggu perjalanan mereka, lain pula bagi personaliti Kim Kardashian yang cukup gembira dengan kemunculan hujan.

Ini kerana, Kim tidak perlu bersusah payah untuk mencuci kereta kerana hujan telah membantunya untuk membersihkan kereta tersebut.

Hal ini telah diungkapkandalam laman Twitternya yang menyatakan dirinya agak malas jika mahu membersihkan keretanya. Justeru itu, air hujan boleh dikira sebagai penyelamat daripada kelihatan kotor.

"Saya suka jika hujan turun ketika kereta saya kotor. ia membuatkan saya tidak terlalu terasa dengan kotoran yang melekat pada kereta saya. Air hujan mampu membersihkan kereta ini," katanya.

Bagi Kim, daripada mahu mencuci keretanya, dia lebih gemar jika dapat meluangkan masa dengan memerhatikan gelagat orang ramai di sekitarnya.

"Ia lebih bermakna bila melihat sepasang suami isteri yang sudah tua masih lagi hangat bercinta ataupun melihat burung-burung berterbangan di keliling saya," katanya.

Penyampai Ikon RTM, Aina Suzaily Kongsi Khasiat Herba


PETALING JAYA: Pengacara Radio Televisyen Malaysia (RTM), Aina Suzaily bakal mengendalikan sebuah program yang memberi informasi tentang dunia herba di negara kita berjudul Herba Dapur.

Program tersebut disiarkan pada setiap Sabtu bermula dari 19 Mac lalu, pukul 10.30 pagi, di saluran TV1.

Rancangan majalah 13 episod itu memaparkan cara pembuatan landskap rumah dengan menggunakan pokok-pokok herba atau lebih dikenali dengan landskap herba.

Pokok–pokok herba yang dipilih untuk setiap episod boleh digunakan untuk perubatan dan masakan.

Aina turut ditemani oleh seorang pereka landskap bagi setiap episod dan menariknya sebanyak tiga hingga lima jenis pokok herba akan digunakan untuk dipaparkan dalam setiap episod.

Dalam episod pengenalannya, pokok herba Nenas Kerang dan Kacip Fatimah telah dipilih untuk digunakan.

Program ini mempunyai segmen pakar herba dimana seorang pakar dalam bidang herba akan menerangkan kepada penonton mengenai khasiat dan kegunaan pokok herba.

Selain itu program ini menjurus kepada perkenalan mengenai pokok herba ati-ati dan sambung nyawa yang sememangnya popular di kalangan masyarakat kampung yang mementingkan kesihatan tradisional.

Seterusnya pengetahuan tentang bentuk rupa pokok herba Tongkat Ali, Bakung, Kaduk ,Lidah buaya, Paku pakis (Langsuir), pokok Bunga raya , Puding, Tapak leman, Misai Kucing dan Pudina juga dipaparkan.

Tidak ketinggalan penonton turut didedahkan dengan pengetahun terhadap pokok Senduduk ungu, Mas cotek, Daun pandan, Selasih, Rumput bulu, Hempudu bumi dan Akar yang berkemungkinan sebilangan besar kita ada yang tidak mengetahui tentang khasiatnya dalam bidang perubatan.

Sementara itu, Herba dapur merupakan program pertama yang dikendalikan oleh AIna selepas bergelar juara Penyampai Ikon RTM 2009.

Thursday, March 24, 2011

Norman, Memey enggan tertekan


TIDAK mahu lagi menoleh ke belakang mengenangkan ribut kontroversi yang pernah menggoncang kehidupan mereka, pasangan ini sebaliknya mengakui sedang bahagia dalam meniti episod cinta dengan tenang.

Selepas menamatkan spekulasi dengan mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu, Norman Hakim, 34, dan Suhaiza Suhaimi, 22 atau Memey sudah pasti sedang giat merancang untuk hari bahagia mereka berdua.

“Persediaan betul-betul belum lagi, tetapi (sedang) menuju ke arah itu adalah sikit-sikit. Buat masa ini, kami masih belum tetapkan masa dan tarikh yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan.

“Bila sudah betul-betul bersedia dan semua persiapan sudah lengkap, kami akan beritahu tarikh tersebut,” ujarnya sambil melemparkan senyuman.

Meneruskan bicara, Memey meluahkan ada sebab kenapa dia dan Norman enggan meletakkan sebarang tarikh atau tempoh masa untuk melangsungkan perkahwinan mereka.

“Bila sudah letak tarikh atau tempoh masa untuk ke arah itu (berkahwin) dan akhirnya ia tidak berlaku, orang pasti akan bertanya. Jadi, lebih baik kami tidak berbuat demikian.

“Saya tidak mahu nanti ia akan jadi isu dan buah mulut orang. Kami akan memberi pengesahan tarikh selepas semuanya sudah betul-betul pasti,” ujar pelakon kelahiran Johor itu.

Bukan tidak mahu hari bahagia itu menjelma dengan kadar segera, tetapi Memey mahu membuat persiapan yang kemas dan rapi untuk dirinya sendiri sebelum bergelar isteri.

Tambahnya, dia perlu mempersiapkan diri 100 peratus sebelum bergelar raja sehari.

“Banyak persediaan yang perlu dilakukan. Bukan hanya luaran, tetapi dalaman diri saya untuk bergelar isteri juga perlu diambil kira. Selepas semuanya okey, barulah akan ke tahap itu (berkahwin).

“Secara jujurnya, saya juga belum lagi memikirkan konsep serta tema perkahwinan secara terperinci. Saya tidak mengharapkan perkahwinan kami akan menjadi Wedding of the Year.

“Biarlah ia meriah dan sederhana kerana apa yang paling penting ialah ikatan yang sah itu sendiri,” katanya yang mengenakan busana rekaan Hazwani Osman pada malam gala Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Apabila diajukan soalan mengenai kontroversi lampau, Memey yang pada mulanya hanya tersenyum dan diam seketika ibarat sedang mengumpul semangat untuk memulakan bicara.

“Buat masa ini alhamdulilah. Semua berjalan dengan baik. Saya tidak mahu lagi memandang ke belakang. Saya juga akui karier saya bertambah baik.

“Perjalanan hidup semakin tenang dan apabila sudah termeterai ikatan, saya harap semuanya akan bertambah baik dan sempurna,” luahnya yang akan meletakkan karier di tangga kedua kerana mahu fokus kepada keluarga.

Selepas agak lama berdiam diri dan hanya tersenyum mendengar bicara si jantung hatinya itu, Norman akhirnya bersuara menjelaskan situasi tentang isu persandingan mereka.

“Sebelum-sebelum ini menjelang pertemuan dengan media, daripada 10 soalan, satu soalan akan menjurus kepada benda yang sama (berkahwin) terutama selepas kami telah selamat bertunang.

“Kami pun faham dan reda, malah sudah tetapkan minda kami bahawa soalan sedemikian akan kerap ditanya. Kami tidak mahu terlalu tertekan dengan sentimen bila akan berkahwin.

“Jujurnya kami seperti orang lain juga mahukan privasi, tetapi pada masa yang sama, saya tahu ia sudah menjadi rencah artis. Perkara sudah termaktub dan bila sampai jodoh, kahwinlah kami,” jelasnya tanpa berselindung.

Mengenai karier Memey selepas bergelar isteri, Norman mengakui dia seorang yang fleksibel dan tidak akan menyekat kehendak bakal isterinya itu.

“Dia sudah besar panjang. Semuanya bergantung kepada kesesuaian dan keserasian. Bila sampai masa nanti, dia sendiri boleh fikir dan perkara itu akan lahir secara sendiri,” luahnya yang kelihatan segak mengenakan persalinan rekaan butik terkenal, Lord’s Tailor.

Elizabeth Taylor Meninggal Dunia Pada Usia 79 Tahun

LOS ANGELES: Bintang filem Hollywood, Elizabeth Taylor yang terkenal dengan mata ungunya meninggal dunia di Hospital Cedars-Sinai di sini, Rabu pada usia 79 tahun.

Aktress tersebut di masukkan ke hospital berkenaan beberapa minggu lalu akibat mengalami komplikasi jantung yang dihidapinya sejak sekian lama.

Pelakon itu mempunyai 10 orang cucu dan empat cicit. Saat kematiannya di hospital, dia dikelilingi oleh anak-anaknya iaitu Michael Wilding, Christopher Wilding, Liza Todd dan Maria Burton.

Taylor pernah lapan kali bernikah termasuk dua kali dengan pelakon Richard Burton.

Selama kerjaya lima dekad dia memenangi dua Anugerah Akademi bagi pelakon terbaik, termasuklah menerusi “Who’s Afraid of Virginia Woolf”.

Bagaimanapun sejak beberapa tahun kebelakangan ini keadaan kesihatannya kurang mengizinkan membuatkan dia terus bersara daripada tatapan awam sehinggalah dia muncul pada majlis pengebumian Michael Jackson pada 2009.

Lahir di London pada 27 Februari 1932, dia dibesarkan di California dengan keluarganya adalah orang Amerika Syarikat.

Pada tahun 1942. Taylor muncul dengan filem pertamanya There’s One Born Every Minute.

Pada tahun 1944 dia diangkat sebagai bintang National Velvet, sebuah filem yang mengisahkan seorang gadis yang menunggang kuda lalu menyamar sebagai lelaki.

"Sebelum kasih saya kepada lelaki, cinta saya kepada haiwan," katanya pada ketika itu.

Perkahwinan pertamanya pada 1950 ketika berusia 18 tahun dengan pewaris rangkaian hotel Nicky Hilton. Perkahwinan tersebut bertahan selama 203 hari.

Pada tahun 1952, dia telah bertemu jodoh dengan warga British, Michael Wilding yang 19 tahun lebih tua daripadanya. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai dua orang anak iaitu Michael Jr dan Christopher.

Walaupun Taylor mengatakan Wilding membuatkan hidupnya bertambah stabil, ia tidak mencukupi baginya sehinggalah dia memfailkan penceraian pada tahun 1956.

Beberapa hari perpisahan itu, penerbit Michael Todd, 49, datang meminangnya.

Kata wanita itu, perkahwinan tersebut adalah cinta pertamanya yang amat besar. Hasil perkahwinan berkenaan dia dikurniakan seorang puteri, Frances Elizabeth, pada bulan Ogos 1957.

Sayangnya selepas tujuh bulan perkahwinan tragedi menimpa Todd dalam satu kecelakaan pesawat di New Mexico.

Keadaan itu menyebabkan sahabatnya, penyanyi Eddie Fisher dan isteri iaitu pelakon Debbie Reynolds yang tinggal di Carlifornia mengambil berat terhadap anak-anak Taylor.

Sayangnya Taylor telah mengganggu rumah tangga rakannya itu apabila merampas Fisher daripada Reynolds. Peristiwa itu menyebabkan kemarahan peminat-peminatnya sehingga menggugat kerjayanya sebagai seorang artis hebat. Mereka berkahwin pada 1959.

Pada tahun berikutnya, beliau memenangi Anugerah Oscar pertama sebagai pelakon terbaik membawa watak sebagai “call girl” dalam filem Butterfield 8. Taylor dikatakan telah membenci filem itu.

Kemudian dia berlakon dalam Cleopatra (1962) bersama Richard Burton sebagai teraju utama.

Menerusi filem itu mereka telah jatuh cinta dan berkahwin pada Mac 1964 di Montreal dan akhirnya bercerai pada Jun 1974.

Atas dasar cinta yang membara mereka bertemu jodoh semula dan bercerai dua tahun kemudian.

Perkahwinan ketujuhnya dengan seorang Senator Virginia iaitu John Warner yang hanya bertahan enam tahun (1976-1982).

Pada tahun 1991, Taylor mengejutkan dunia hiburan apabila melangsungkan perkahwinan kelapannya dengan Larry Fortensky, seorang pekerja pembinaan berusia 40 tahun.

Keadaan kesihatan Taylor semakin teruk sehinggalah pada tahun 1997 dia menjalani pembedahan untuk membuang tumor otak.

Pada tahun 2006 dia muncul di televisyen Amerika Syarikat dengan menafikan khabar angin yang dia sedang menderita penyakit Alzheimer.

Pada bulan Julai 2008, Taylor dirawat di hospital namun jurucakapnya, Sally Marrison menafikan kononnya Taylor sedang nazak.

Bagaimanapun pada awal Februari lalu, dia telah dimasukkan ke hospital akibat kegagalan jantung. - AFP

Erra Fazira Tepis Gosip Suami Kahwin Lain

Add Image

PETALING JAYA: Pelakon Erra Fazira, 37, menganggap gosip terbaru yang mendakwa suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin, 36, bakal berkahwin lain sebagai sesuatu yang lucu dan tidak benar.

Menjawab desas-desus terbaru mengenai Ketua Pegawai Eksekutif saluran berita Bernama TV itu, Erra mengakui terkejut dan baru pertama kali mendengar gosip tersebut.

"Saya sendiri sebagai isterinya pun tidak pernah pula mendengar cerita ini. Sebelum ini sudah banyak cerita tentang rumah tangga kami diperkatakan.

"Saya menerima dakwaan ini sebagai sesuatu yang lucu dan menganggap ia tidak benar sama sekali," katanya yang ditemui selepas terlibat dalam program TV3, Wanita Hari Ini di Sri Pentas, Bandar Utama, Selasa.

Mengulas lanjut mengenai cerita negatif yang melanda rumah tangganya kebelakangan ini, Erra berkata dia percayakan Emran dan sekiranya perkara itu berlaku, tentulah dia orang pertama yang akan mengetahuinya dahulu.

"Sudah banyak kes yang berlaku apabila rumah tangga artis yang aman damai pun didakwa ada masalah. Jadi saya sudah tidak kisah dengan cerita sebegini," katanya.

Cerita terbaru mengenai rumah tangga pelakon jelita itu kembali diperkatakan baru-baru ini apabila timbul pula kekecohan di kalangan petugas Bernama TV yang mendakwa Engku Emran merancang untuk berkahwin lagi.

Faezah Elai Bersanding Di Tepi Pantai Disember Ini

PETALING JAYA: Model dan pelakon Faezah Elai,29, memilih bulan Disember depan untuk melangsungkan majlis persandingan tepian pantai di negeri kelahirannya di Pulau Pinang.

Faezah berkata, pada mulanya dia bercadang untuk mengadakan majlis resepsi itu pada 3 Disember tetapi malangnya pada tarikh itu semua dewan dan hotel di Pulau Pinang telah penuh.

"Tak sangka pula pada tarikh itu ramai orang nak kahwin. Maklumlah tengah musim cuti sekolah.

"Jadi saya bercadang untuk menunda tarikh berkenaan tetapi ia tetap akan diadakan pada bulan Disember juga,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Bekas pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) ini berkata, majlis akad nikah akan diadakan tiga bulan lebih awal iaitu pada bulan September depan yang dijadualkan di Masjid Negeri Pulau Pinang.

Katanya konsep resepsi perkahwinan tepian pantai itu merupakan satu kelainan yang ingin diketengahkan memandangkan dia merupakan anak sulung yang pertama mendirikan rumah tangga dalam keluarganya.

Faezah turut memberitahu, majlis bertunang akan diadakan serentak dengan majlis akad nikah. Bagaimanapun majlis merisik telah diadakan kira-kira tiga minggu lalu di Kuala Lumpur dengan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Ditanya mengenai bakal suaminya, Faezah berkata dia mahu merahsiakan hal itu buat sementara waktu atas permintaan keluarga pihak lelaki.

“Saya berjanji saya akan memaklumkan bakal suami saya apabila kad jemputan perkahwinan saya sudah siap nanti,” katanya yang turut enggan mengesahkan sama ada lelaki berkenaan adakah individu yang dikaitkan dengannya selama ini ataupun tidak.

Mengenai kontroversi yang melandanya selama ini termasuklah tuduhan merampas rumah tangga orang lain, Faezah tidak mahu memikirkan perkara tersebut sebaliknya menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat andaian.

Katanya, tidak semua orang tahu apa yang sudah berlaku melainkan dirinya sendiri.

“Orang nak kata apa pun, katalah. Depa (mereka) bukan tahu pun apa-apa pun. Saya dah telan semua benda yang orang dok kata pada saya selama ini,” ujarnya dalam loghat Utara.

Bintang Popular Pakai Set Barang Kemas RM230,000


KUALA LUMPUR: Pelakon Erra Fazira, Fathia dan Miera Leyana memperagakan mutiara Rafflesia berjumlah RM230,000 di Hotel Park Royal, di sini, Rabu.

Tiga artis cantik itu memakai barangan kemas bertema klasik yang bakaldimenangi oleh pemenang bertuah semasa Anugerah Bintang Popular yang akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, pada 3 April depan.

Erra yang mendapat jolokan primadona mengenakan aksesori termahal iaitu set primadona klasik merangkumi rantai dan gelang tangan berharga RM180,000 untuk dihadiahkan kepada Artis Paling Popular.

Sementara Fathia, bintang yang baru menyinar dalam industri hiburanmemakai set mutiara berharga RM20,000 yang bakal dimenangi oleh pembaca bertuah ABP.

Miera pula menyarungkan dua jenis rantai mutiara berharga RM10,000 dan RM20,000 untuk dimenangi oleh pemenang setiap kategori yang dipertandingkan dalam ABP.

Menurut jurucakap Rafflesia, Bill Bora, set mutiara yang ditaja oleh Rafflesia ini dihasilkan daripada mutiara asli berkonsepkan klasik memandangkan pakaian yang disarungkan oleh artis-artis pada malam itu bertemakan klasik.

Pemilihan Erra menepati gelaran primadona yang diberikan lebih-lebih lagi dia telah tujuh kali dinobatkan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular.

Tuesday, March 22, 2011

Shahid rayu Priyanka


AKTOR Shahid Kapoor sejak kebelakangan ini dilihat cuba untuk berbaik semula dengan bekas kekasihnya Priyanka Chopra.

Dia telah cuba melakukan pelbagai perkara supaya aktres jelita itu kembali ke pangkuannya.

Disahkan oleh sumber terdekat Shahid, selepas Priyanka kembali dari Malaysia kerana penggambaran filem Don 2, aktor itu tidak berhenti menghantar pesanan khidmat ringkas (SMS) dengan menulis, 'rindu kamu' dan 'kita boleh jayakan hubungan ini'.

Ketiadaan Priyanka pada majlis hari lahir Shahid yang berlangsung pada 25 Februari lalu dikatakan benar-benar telah mengguris hatinya. Namun, Shahid tetap terus menghantar bunga dan SMS kepada Priyanka.

"Disebabkan pergaduhan yang kerap serta berbeza pendapat mengenai beberapa perkara telah menyebabkan hubungan mereka terputus.

"Priyanka tidak mahu berada di Mumbai ketika majlis hari lahir Shahid berlangsung. Sebab itu, Priyanka membuat perancangan untuk bercuti di Amerika Syarikat pada tarikh yang sama.

"Malah, dia pergi bercuti dengan rakan-rakan yang langsung tiada kaitan dengan industri hiburan," ujar sumber terdekat pasangan itu.

Selepas percutian itu, Priyanka terus terbang ke Malaysia untuk menjalani penggambaran Don 2. Priyanka berbuat demikian kerana dia mahu putus cinta secara bersih dengan Shahid.

Shahid pula tidak dapat menerima keputusan bahawa hubungannya dengan Priyanka telah berakhir. Sedar, hubungan mereka putus disebabkan oleh kesalahannya sendiri, Shahid bersedia untuk meminta maaf tetapi Priyanka belum bersedia untuk memaafkan bekas kekasihnya itu.

"Apabila dia dilamun cinta, dia tidak pernah menoleh ke belakang. Dengan Shahid, dia membuat keputusan untuk membawa hubungan itu lebih jauh dan menjayakannya, tetapi nampaknya, apa diharapkan tidak menjadi kenyataan," kata sumber itu lagi.

Menurut teman-teman rapat Shahid dan Priyanka, ini bukanlah perpisahan mereka yang pertama kali, tetapi kali ini yang paling menyakitkan buat mereka berdua.

Sehingga kini, Priyanka tidak memberi sebarang respons terhadap panggilan dan mesej. Meskipun begitu, ramai teman-teman rapat mereka cuba untuk menyatukan mereka kembali.

Konsert Melda bersama idola


ELLA, Hujan, Yuna dan One Nation Emcess! Itu semua adalah ‘habuan’ kepada siri 13 episod yang telah dijayakan oleh gadis kelahiran Kuala Lumpur itu sejak 11 Januari lalu.

Semakin hampir kepada penghujung perjalanan Melda Gadis Semasa Sunsilk, gadis kelahiran Kuala Lumpur itu sekali lagi disuakan dengan satu peluang untuk melempiaskan bakat nyanyiannya untuk tatapan umum.

Sebagai penutup tirai drama realiti tersebut, sebuah konsert akan diadakan pada 16 April ini. Melda yang terkenal menerusi lagu Putus yang dimuat turun melalui laman YouTube akan berganding dengan idola-idolanya itu dalam konsert tersebut.

Menurut Pengurus Jenama (Sunsilk), Unilever Malaysia Holdings Sdn. Bhd., Emily Chong, penganjuran sebuah konsert merupakan satu bukti bahawa seseorang itu benar-benar merupakan seorang penyanyi.

“Konsert itu adalah sebahagian daripada tanda bahawa Melda merupakan seorang penyanyi. Bagaimanapun, apa yang paling penting ialah tahap keyakinan yang ada dalam dirinya dan persediaan untuk dia membuat persembahan.

“Bagaimanapun, selepas berakhirnya konsert itu dan drama tersebut, ia terpulang kepada Melda untuk meneruskan apa yang telah dikutip selama ini memandangkan kami bukan sebuah syarikat rakaman,” ujar Emily.

Menjawab persoalan itu, Melda tidak segan mengaku dia bercita-cita untuk memiliki sebuah album untuk mencurahkan kreativitinya mencipta lirik dengan bantuan beberapa pakar muzik termasuk Ajai yang telah membimbingnya sepanjang terlibat dalam Gadis Semasa Sunsilk.

Berbicara lanjut mengenai konsert sulungnya yang akan dijalankan secara rakaman di sebuah tanah lapang berhampiran Kelab Orange, Kuala Lumpur, Melda tidak dapat menyembunyikan rasa teruja apabila diberi peluang sedemikian.

“Saya tidak sangka akan menerajui konsert sendiri kerana inilah satu-satunya peluang untuk orang ramai mengenali diri saya. Saya akan cuba yang terbaik.

“Tidak dinafikan saya memang gementar, tetapi dengan masa yang ada, saya akan lakukan persiapan dengan sebaik mungkin,” tuturnya yang kini sedang mengikuti pengajian dalam Diploma Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Selain lagu Putus yang telah disuntik dengan elemen baru oleh Ajai, Melda akan melantunkan lagu terbarunya berjudul Aku Adalah Aku semasa berlangsungnya konsert itu nanti.

Bagi yang ingin menyaksikan Melda dalam konsert pertamanya itu, mereka boleh mendapatkan tiket di jelajah Gadis Semasa Sunsilk yang akan diadakan di empat lokasi iaitu di Pantai Timur Hype, Kota Bharu, Kelantan (18 dan 19 Mac), Tunas Manja, Kuantan, Pahang (26 dan 27 Mac), Mydin, Kuala Terengganu (1 dan 2 April) dan Giant Batu Caves (2 dan 3 April).

Sebarang maklumat lanjut, boleh layari www.facebook.com/GadisSemasaSunsilk untuk mengikuti perkembangan drama tersebut dan maklumat tiket konsert.

KD, Raul mohon restu kekal


ENAKNYA menjadi orang yang sabar adalah ia akan berakhir dengan sebuah kemanisan. Bukan sedikit halangan, cercaan, cacian serta pandangan skeptikal yang terpaksa ditempuh oleh Kris Dayanti sepanjang dia menjanda sejak 2009.

Waktu terbongkar kisah dia sudah bercerai dengan suami yang telah hidup bersamanya selama lebih 15 tahun, Anang Hermansyah, angin liar yang ikut bertebaran pada waktu itu adalah penyanyi yang senang disapa KD ini curang dengan lelaki lain.

Berita liar itu juga turut diakui mantan suaminya, Anang dan dua orang anak mereka, Titania Aurelie, 13, dan Azriel Akbar, 11. Kononnya KD sudah mempunyai kekasih baru (secara terlarang) dengan seorang usahawan daripada Timor Leste. Lantas, nama Raul Lemos, yang sebelum ini tidak pernah dikenal umum dikaitkan sebagai lelaki baru yang telah membuat cinta KD mekar semula.

Untuk setahun pertama hubungan mereka cuba dicungkil media, KD bertahan untuk tidak membocorkannya begitu sahaja. Rapi ia menyimpan cerita duka dan menelan segala tohmahan dengan senyum tawar yang sentiasa terukir di bibir.

Namun hari demi hari, KD mula membuka cerita cintanya dengan lelaki tersebut, Raul Lemos atau nama sebenarnya, Raul Dos Ries Lemos, itulah lelaki yang telah membuat dia gila bayang dan jatuh cinta untuk kali kedua selepas usia 30 tahun.

Memang ia nampak 'kurang manis' apabila jatuh cinta saat diri sudah terikat dengan pasangan lain. Namun sebagai hal yang bukan tabu, dan kuasa Tuhan, cinta KD dan Raul bukan cinta sembarangan. Cinta mereka, cinta duka yang kini berakhir bahagia.

"Untuk hal yang satu ini (berkahwin), saya tidak memerlukan pandangan orang lain. Apa yang penting, saya gembira dan mudah-mudahan kehidupan kami diberkati," ujar KD sewaktu pertemuan dengan Kosmo! minggu lalu.

Kata-kata itu adalah semangat yang dipupuk KD dengan jitu agar dia tidak kalah dengan peluru-peluru jahat yang tidak merestui hubungannya dengan KD. Malah tepat pukul 9.05 pagi Ahad lalu, semangat cinta KD disimpul dengan ikatan yang sah apabila Raul melafazkan akad memperisterikan dirinya.

Tampak sedikit berdebar sebelum bernikah dalam persalinan kebaya tradisional Indonesia, KD bagaimanapun tidak putus senyuman sebaik sah menjadi isteri Raul dengan hanya sekali lafaz.

Majlis pernikahan mereka berjalan dengan sederhana seperti yang diberitahu Raul sebelum ini. Diadakan di Masjid Sahid Nurul Iman, ia hanya dihadiri oleh lebih 100 tetamu yang terdiri daripada keluar, saudara dan sahabat terdekat mereka.

Keluarga KD diwakili oleh ayahnya, Trenggono yang juga bertanggungjawab telah menikahkannya dan ibunya, Rachma Widadiningsih, kakaknya, Yuni Shara dua anaknya, Titania Aurelie dan Azriel Akbar serta sanak saudara yang lain.

Sementara Raul diwakili oleh abangnya, Leopold Lemos dan ibunya, Esmeralda serta saudara-mara yang diterbangkan daripada Timor Leste.

Raul yang memberi sepersalinan kelengkapan solat sebagai mas kahwin buat isterinya itu melafazkan: "Kepada isteriku tercinta, mas kahwin ini merupakan sepersalinan alat solat. Semoga ia memberi manfaat kelak buatmu."

Ia kemudian dijawab KD dengan lafaz: "Suamiku tercinta Raul Lemos, Alhamdulillah, saya terima mas kahwin ini. Semoga Allah merestui kita."

Lantas sebaik sah menjadi suami isteri KD mengaku biar ini adalah perkahwinan kali kedua baginya, namun ia umpama satu pengalaman baru bagi dirinya. Menurut KD dia kini akan kembali masuk ke dalam fasa lama iaitu rumah tangga, namun semuanya serba baru.

"Saya berasa perkahwinan ini seperti satu pengalaman baru kerana selepas lebih setahun, saya kini akan kembali berperanan sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak kami," katanya.

Ditanya apa yang membuat cintanya begitu utuh terhadap dua beranak dua itu, KD menjelaskan dengan penuh puitis: "Semua nilai seorang Raul itu tidak dapat saya jelaskan dengan fizikalnya sahaja, tetapi saya mencintai dia zahir dan batin.

Sementara Raul yang terlihat cukup romantik apabila tidak segan-segan menzahirkan rasa kasihnya dengan mengucup bibir isteri tercinta itu pula memohon semua pihak agar mendoakan keberkatan perkahwinan mereka.

Katanya: "Biarlah kali ini perkahwinan saya dan Kris kekal hingga ke akhir hayat kerana pengalaman kami berdua yang lalu (bercerai) benar-benar menjadi pedoman."

Harley Davidson Iringi Konsert Wings & Superfriends



KUALA LUMPUR: Vokalis Wings, Awie dijangka akan mendendangkan lagu-lagu popular kumpulan itu sambil bersama tiga buah motosikal kuasa tinggi Harley Davidson di pentas Konsert Wings Opera HidupSuperfriends di Istana Budaya, di sini.

Konsert yang turut menampilkan ikon-ikon rock legenda popular digelar Superfriends itu akan dipentaskan bermula 28 April hingga 1 Mei depan.

Antara ikon tersebut termasuklah Man Kidal, Kid Search, Yazit Search, Rosli Mohalim, Hillary, Yan, Edrie Hashim, Ujang, Nash, Hattan, Ramli Sarip, Mus May, Azlan The Typewriter, Yantzen, Lola dan M. Nasir.

Menurut Awie, motosikal itu merupakan simbolik kepada malam persembahan yang akan dihadiri oleh pihak Harley Davidson pada 1Mei selaku salah seorang penaja konsert.

"Saya rasa cukup bertuah kerana nama-nama besar bertaraf antarabangsa seperti jenama Harley Davidson berbesar hati untuk menaja Wings.

"Sebelum ini, pihak Harley Davidson pernah menaja saya seorang semasa menjalani program jelajah satu Malaysia selama empat hari.

"Kali ini syarikat itu mengintai Wings pula. Ini menunjukkan nama Wings diletakkan pada tahap tersendiri dan tambahan pula Istana Budaya membuka peluang kepada kami," kata Awie, Isnin.

Selain dari itu, Awie yang juga ahli Harley Davidson berkata pertunjukan beberapa buah kereta Ferrari ditampilkan sempena konserttersebut sebagai lambang eksklusif yang tiada tolok bandingnya.

Bercerita tentang konsert berkenaan, ia terbahagi kepada dua persembahan dalam sehari.

Mereka akan mendendangkan kurang dari 20 buah lagu rock popular yang menjadi siulan sejak tahun 80-an hingga sekarang.

Persembahan pada pukul 3 petang itu menampilkan gabungan Wings danSuperfriends berkonsepkan semi-akustik dengan susunan muzik terbaru pada 30 April dan 1 Mei.

Sementara persembahan bermula pukul 8.30 malam menampilkan orkestra melibatkan kumpulan Wings sahaja.

"Apabila Wings bergabung dengan Superfriends, setiap penyanyi yang di undang akan menyanyikan dua hingga tiga buah lagu kerana kami terlalu ramai.

"Oleh itu, saya boleh menyimpan tenaga dan suara untuk membuat persembahan pada waktu malam.

"Saya akan pastikan Wings & Superfriends memakai pakaian yang lebih sopan semasa membuat persembahan agar lebih menghormati tetamu yang hadir.

"Kami akan melantik seorang penasihat imej untuk memastikan imej kami tidak kelihatan compang-camping," ujar Awie lagi yang kurang sihat kerana sibuk dengan penggambaran filem terbarunya serta pementasan Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal.

Sementara itu, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani yangturut hadir pada majlis tersebut mengumumkan jualan tiket Konsert Wings Opera Hidup Superfriends laris dijual.

Tambahnya, tiket berharga antara RM65 hingga RM125 telah habis dijual.

Monday, March 21, 2011

Anak Tak Mahu Krisdayanti Berhenti Menyanyi


JAKARTA: Puteri sulung Krisdayanti (KD), Aurelle turut gembira dengan pernikahan ibunya dengan usahawan Timur Laste, Raul Lamos pada Ahad lalu.

Malah dia turut berharap agar ibunya bakal melahirkan cahaya mata secepat mungkin.

Menurut Aurelle, dia sudah mengenali Raul, malah semakin rapat dengan keempat-empat anak Raul dari perkahwinan terdahulu.

"Saya harap Mimi (KD) bahagia dengan perkahwinan ini sehingga ke akhir usianya.

"Saya juga sudah biasa dengan pakcik Raul dan sudah dua kali bertemu anak-anaknya," ujar Aurelle seperti dipetik detikhot.com.

Dalam pada itu, Aurelle mengaku akan berasa sedih jika ibunya memilih untuk meninggalkan Indonesia dan tinggal bersama Raul di Timor Laste.

"Kalau Mimi ke Dili, Timor Laste sudah tentu saya akan rindu sama dia, saya tidak mahu dia berhenti dari industri ini kerana dia sudah menjadi seorang yang sangat terkenal dan dihormati," ujarnya.

KD dan Raul telah melangsungkan majlis pernikahannya di Masjid Sahid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya, Ahad.

Manakala majlis resepsi akan berlangsung pada 25 Mac ini (Jumaat) di Hotel Mulia, Senayan.

Dalam upacara pernikahan mereka KD menerima sepasang alat solat sebagai mas kahwin. Selepas sah menjadi pasangan suami isteri, Raul mengucup bibir KD sebanyak tiga kali.

KD juga turut menukar namanya sebagaai Kris Lemos gabungan namanya dengan suami.

Sementara itu, dalam majlis pernikahan tersebut, bekas suami Krisdayanti, Anang Hermansyah tidak hadir dengan alasan mempunyai masalah kesihatan.

Perkara tersebut diberitahu oleh Aurelle bahawa bapanya tidak hadir kerana sedang mengalami demam selesema.

Liyana Jasmay Buat Praktikal Di Tayangan Unggul


KUALA LUMPUR: Pelakon Liyana Jasmay (gambar) sedang melakukan latihan praktikal di syarikat penerbitan filem Tayangan Unggul Sdn Bhd bermula Isnin.

Liyana yang sedang menuntut peringkat diploma jurusan Seni Persembahan & Media di Kolej Sunway, turut tidak sabar untuk menjalani latihan amali di produksi milik penerbit Gayatri Su-Lin Pillai itu.

Menurut Liyana, dia memilih untuk membuat praktikal syarikat tersebut kerana telah lama bekerjasama di bawah Tayangan Unggul menerusi filem Castello, Maut, Duhai Si Pari-Pari, Histeria dan Papadom.

“Saya tidak sabar untuk memulakan latihan itu kerana selepas ini saya bakal menempuhi pelbagai cabaran dan sudah tentu saya gemarkan sesuatu yang mencabar.

“Saya juga tidak sabar untuk bekerja dalam suasana yang baru kerana sebelum ini saya hanya menjadi pelakon di bawah syarikat itu tetapi berlainan pula kali ini apabila saya bekerja di belakang tabir dan belajar cara-cara untuk membikin sebuah filem,” ujarnya kepada mStar Online.

Sementara sibuk dengan latihan amali selama tiga bulan ini, Liyana terpaksa menolak mana-mana tawaran lakonan buat sementara waktu kerana menjadi kesalahan sekiranya dia bekerja dalam tempoh tersebut.

Selain itu, dia juga berkobar-kobar untuk menamatkan pengajiannya sebelum hujung tahun ini selain berhasrat menyambung pengajiannya peringkat lebih tinggi dalam bidang seni.

Liyana pernah memasang cita-cita untuk melanjutkan pelajaran di Sydney, Australia dalam bidang persembahan muzikal.

Masih Belum Muflis, Linda Jasmine Anggap Ada Orang Dengki


PETALING JAYA: Pereka tari Linda Jasmine yang juga isteri pelakon Que Haidar menjelaskan studio miliknya iaitu Linda Jasmine Studio belum muflis seperti yang didakwa oleh sebuah akhbar, Ahad lalu.

Linda mengakui studio miliknya yang ditubuhkan sejak tujuh tahun lalu itu masih beroperasi seperti biasa.

Malah, koreografer itu juga menafikan dakwaan tidak membayar gaji pekerja sehingga beberapa bulan.

“Kadangkala pelanggan saya membayar lambat, jadi kami perlu menunggu sehingga wang tersebut diberikan kepada kami. Ada juga sehingga setahun kami terpaksa menunggu bayaran tersebut dilunaskan.

“Tetapi lambat bagaimanapun, kami tetap akan mendahulukan pembayaran gaji kepada pekerja. Lagipun, kebanyakan pekerja saya di situ merupakan pekerja sambilan dan tidak mengikat apa-apa kontrak dengan kami,” kata Linda kepada mStar Online.

Linda akui memang perniagaannya mempunyai pendapatan turun dan naik dan musim-musim tertentu mereka mendapat keuntungan yang lebih dan kadangkala agak kurang.

“Cerita tentang saya tidak membayar gaji pekerja itu tidak betul. Saya agak terkejut apabila membaca cerita seperti itu kerana saya tidak pernah mempunyai musuh sepanjang bekerja lebih 20 tahun dalam industri ini.

“Mungkin ada orang dengki dengan saya sehingga sanggup mereka cerita seperti ini tetapi saya enggan menuduh sesiapa,” tambahnya lagi yang sedang sibuk mengendalikan dua projek besar dengan Astro.

Nana & Sein Buat Kenduri Kerana Rujuk Semula


PETALING JAYA: Pasangan artis Sein dan Nana akan mengadakan majlis kesyukuran selepas mereka kembali bergelar suami isteri. Ia akan diadakan di Dewan Bakti, Taman Tun Dr Ismail, pada 2 April ini, pukul 9 malam.

Nana yang dihubungi berkata majlis tersebut sebagai tanda syukur kerana hubungan mereka terjalin semula pada 11 Mac lalu selepas berpisah selama tiga bulan.

"Majlis kenduri doa selamat dan kesyukuran ini dibuat secara sederhana sebagai tanda syukur kepada penyatuan semula hubungan kami.

"Diharap selepas ini semua akan kembali berjalan seperti biasa dan hubungan kami akan diberkati Allah," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Nana berkata, majlis itu juga bertujuan untuk dia dan suami menjelaskan keadaan sebenar kepada semua pihak termasuk keluarga yang masih bertanya tentang kesahihan berita mereka rujuk semula.

"Kami juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan perkara yang menjadi tanda tanya oleh semua pihak selama ini.

"Kalau boleh kami mahu beri kenyataan secukupnya dan tidak menjadikan ia sebagai sebuah persoalan kepada peminat," katanya.

Tambah Nana sepanjang tiga bulan menjadi ibu tunggal dia merasakan hidupnya terumbang ambing dan penceraian tersebut banyak mengajarnya erti kehidupan.

"Saya bersyukur mungkin perpisahan sementara ini merupakan jalan terbaik daripada Allah untuk menunjukkan bahawa kami masing-masing tidak boleh hidup berasingan.

"Saya rasakan hidup sangat kosong dan tidak stabil selama tiga bulan tersebut begitu juga suami sehingga akhirnya kami membuat keputusan bersatu semula," katanya.

Dalam pada itu, Nana tidak menolak faktor anak-anak menjadi salah satu punca ikatan jodoh mereka masih kuat.

"Anak-anak kami masih kecil dan tidak faham perkara ini, sepanjang tiga bulan itu mereka sering bertanyakan tentang ayahnya.

"Begitu Sein yang tidak dapat berjumpa anak-anak seperti selalu," katanya yang kini kembali menjalankan rutin harian sebagai seorang isteri dan ibu.

Pasangan tersebut, sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor, pada 8 Disember tahun lalu.

Sein dan Nana mendirikan rumah tangga pada Julai, 2006 dan mempunyai dua orang cahaya mata, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, yang berusia setahun.

Miera tidak sengaja

FOTO pelakon remaja, Miera Leyana Kasmi, 18, tiba-tiba beredar dengan pantas dan menjadi bualan hangat di Internet selepas dia menghadiri majlis Malam Gala Rafflesia dan Mandalay di ibu negara baru-baru ini.

Apa tidaknya, gaun rona emas rekaan Wan Huzairil Wan Hussein, 38, yang membaluti tubuh pelakon utama Kamelia Katrina itu menjolok mata sehingga menampakkan sebahagian daripada isi payu daranya.

Secara tidak langsung, ia menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan sesetengah pihak dan peminat.

Justeru itu, Wartawan telah menghubungi Miera bagi mendapatkan pengesahan lanjut berhubung kisah sebenar di sebalik busana itu.

Soalan: Bagaimana boleh setuju untuk menyarungkan busana itu?

MIERA LEYANA: Sebenarnya gaun itu siap pada saat-saat akhir kerana Wan Huzairil baru sahaja pulang dari Bangkok, Thailand pada hari yang sama majlis berlangsung.

Saya sendiri mencuba gaun itu tiga jam sebelum majlis dan Wan Huzairil hanya sempat mengubah saiz gaun itu kerana ia sedikit longgar.

Bagaimana perasaan anda semasa menyarungkan gaun itu?

Pada mulanya saya rasa okey dan tidak terlalu seksi sebab tiada orang yang perasan. Namun sewaktu jurugambar meminta saya untuk memberikan pose, para tetamu lain sudah mula memperkatakan tentang gaun saya yang kelihatan seksi di bahagian tepi.

Selepas itu, saya dengan segera berjumpa dengan Wan Huzairil dan meminta dia melakukan sesuatu agar bahagian tepi itu boleh ditutup. Malangnya selepas melakukan pengubahsuaian, situasi itu masih sama (kelihatan seksi).

Apa yang cuba anda lakukan untuk menutup bahagian yang terdedah itu sepanjang majlis berlangsung?

Saya akui berdepan dengan kesukaran sepanjang majlis, malah sudah sedaya upaya cuba untuk menutup bahagian tersebut dengan sebaik mungkin menggunakan tangan dan beg tangan, namun ia tidak membantu.

Jalan terbaik ialah saya perlu tampil yakin seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Adakah anda sengaja ingin mencuri perhatian dengan memakai gaun tersebut meskipun sedar ia kelihatan seksi?

Saya akui tidak sengaja untuk mengundang sebarang kontroversi dan tidak mahu dilabel sebagai pelakon yang seksi. Saya lebih senang jika orang mengenali saya melalui bakat lakonan yang saya paparkan.

Bagaimana reaksi keluarga tentang isu ini?

Alhamdulillah keluarga saya okey. Mereka sentiasa menyokong dan pada masa yang sama menegur saya bahawa insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Bagaimana penampilan anda di luar?

Saya sebenarnya seorang yang ringkas. Kalau keluar hanya menyarungkan jean dan baju T.

Jadi apa pengajaran yang anda pelajari?

Pertama sekali saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang kurang senang dengan penampilan saya pada majlis itu. Saya tidak boleh puaskan hati semua pihak. Lagipun tiada siapa yang bersalah dalam hal ini dan insiden itu berlaku secara tidak sengaja.

Pada masa akan datang, saya akan lebih berhati-hati dan cuba elakkan untuk mencuba pakaian pada saat-saat akhir.

Saturday, March 19, 2011

Bradley Cooper dan Renee Zellweger Putus Cinta

PASANGAN selebriti Hollywood, Bradley Cooper dan Renee Zellweger (gambar) dikhabarkan putus cinta.

Bradley dan Renee yang sudah menjalin hubungan selama dua tahun itu pisah secara baik.

Menurut majalah US Weekly, Sabtu, Bradley dan Renee mulai menjalin hubungan saat keduanya diserbu kamera ketika sedang menikmati makan malam romantis di New York pada Julai 2009. Mereka juga dilihat berciuman saat berada di Sepanyol.

Semenjak kejadian itu, Bradly merahsiakan hubungannya dengan bintang filem Bridget Jones's Diary itu.

Setelah dua tahun menjalin hubungan secara 'diam-diam', desas-desus melaporkan kedua-duanya telah putus hubungan sewaktu Bradly muncul di majlis Inside the Actors Studio.

Sumber dekat kedua-duanya mendakwa pasangan tersebut sudah tidak bersama lagi. Namun begitu, Bradly mahupun Renee tidak bersedia memberikan sebarang tentang hubungan mereka.

Sebelum bercinta dengan Renee, Bradley pernah berkahwin dengan aktres Jennifer Esposito. Namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama enam bulan.

Faezah nikah hujung tahun

DALAM panas sensasi, gaduh sana, gaduh sini kemudian dikaitkan pula dengan suami orang, pelakon cantik Faezah Elai rupa-rupanya sedang bersiap sedia untuk berkahwin pada hujung tahun ini.

Mulanya Diva cuma dengar-dengar, tapi lepas Faezah sendiri membuka mulut kepada seorang teman, sahlah dia akan menamatkan zaman bujang.

Diva tanya lagi, siapa calon suami Faezah? Kata kawan Diva, Faezah mahu simpan perkara itu sebagai kejutan, yang penting lelaki pilihannya itu bukan daripada kalangan orang seni, bukan pelakon, pengarah atau penerbit. Nyatanya, bukan si pengarah suami orang yang digembar-gemburkan ada skandal dengannya.

Baguslah kalau macam tu, Diva tumpang gembira. Lepas ni, mai pakat ramai-ramai turun Pulau Pinang, pekena nasi kandar sempena kenduri kahwin Faezah!

Gadis Playboy masuk Bollywood

GADIS cantik dengan nama Candice Boucher bukanlah selebriti terkenal. Malah dia tidak pernah terlibat dengan mana-mana filem sebelum ini.

Namun gadis majalah Playboy yang berasal dari Afrika Selatan ini berani untuk mencuba nasib dalam industri filem Bollywood.

Sebelum ini hanya gambar-gambar berahi Candice boleh dibelek dalam majalah tetapi kini dia mahu mencuba kelainan.

Kemunculan perdana Candice boleh disaksikan melalui filem Aazan.

Candice diberikan watak seorang seniman pasir dalam filem bergenre thriller ini.

Tidak pernah terlintas untuk menjadi pelakon, Candice punya sebab tersendiri untuk memecahkan rekod dirinya.

"Saya tidak pernah berangan-angan mahu berlakon dalam filem Bollywood, tapi saya sekarang tidak sabar menunggu tarikh pelancarannya. Saya sukakan negara ini dan saya ingin meneroka India dengan lebih banyak lagi," ujar Candice.

Irma Hasmie Nekad Bertudung Selepas Pulang Umrah

KUALA LUMPUR: Pengalaman mengerja umrah selama dua minggu di Mekah pada bulan Februari lalu membuatkan pelakon Irma Hasmie tertarik untuk terus bertudung litup.

Bekas kekasih Nabil Raja Lawak ini pergi ke sana dengan ditemani ibunya. Seperti orang lain, dia juga berniat untuk menjadi seorang insan yang lebih baik selepas pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci.

Menyentuh tentang karier lakonannya selepas ini, Irma masih terbuka menerima apa sahaja watak yang diberikan asalkan dia dibenarkan bertudung dan menutup aurat.

“Alhamdulillah, walaupun bertudung saya masih ditawarkan berlakon dalam beberapa drama dan tidak menganggap perubahan ini akan menutup rezeki saya.

“Saya tidak kisah dengan watak yang diberikan asalkan tidak melanggar keperibadian saya sekarang,” katanya dalam satu temubual.

Seminggu selepas pulang dari umrah, terus Irma menerima tawaran berlakon telefilem Mencari Bidadari untuk RTM. Kebetulan karakter dalam telefilem itu merupakan seorang wanita bertudung.

Selain itu, dia turut menerima tawaran beberapa drama lain termasuk untuk TV9 dan drama Kelab Wau.

Irma akui ramai peminat yang memberikan reaksi positif kepadanya selepas tiga minggu mengenakan penampilan muslimahnya itu.

“Saya buat perkara elok, jadi sudah tentu ramai yang gembira. Saya minta Allah memberkati peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan saya.

“Saya menolak perkara negatif yang mungkin akan berlaku selepas ini. Perubahan ini dilakukan untuk mencapai kesempurnaan dan merupakan perkara yang dituntut dalam agama.

“Jika kita ingat Allah, jadi Dia juga akan dekat dengan kita,” ujarnya yang turut pernah ditawarkan menjadi model tudung.

Bagaimanapun dia terpaksa menolak tawaran tersebut sebelum ini atas sebab masih terlalu awal dan belum bersedia.

KD kini Kris Lemos

RAUL Dos Reis Lemos. Sukar benar menyebut nama lelaki pilihan jiwa Kris Dayanti (KD) ini. Mungkin sesukar itu juga wanita berusia 36 tahun itu meyakinkan khalayak bahawa lelaki yang berasal dari Dili, Timor Leste itu merupakan insan terbaik sebagai suaminya.

KD kini sah menjadi rusuk kiri lelaki yang terkenal dengan panggilan Raul Lemos dalam satu majlis akad nikah di Masjid Sahid Nurul Iman, hari ini.

"Saya bersedia menjadi isteri buat Raul Lemos di sebalik pandangan skeptikal serta penghinaan yang ditujukan kepada hubungan ini," kata KD sewaktu ditemui selepas majlis khatam al-Quran dan tazkirah perkahwinan yang diadakan di rumahnya.

Tidak mahu ketinggalan berkongsi bahagia yang terpancar di wajah ayunya, KD mempelawa penulis menyaksikan sendiri hari bahagianya itu.

Diva ini bakal mengikut suaminya jauh ke Timor Leste, membiasakan diri bergelar nona kepada seorang usahawan hebat negara itu.

Lebih romantik, pasangan yang berencana menghabiskan tempoh bulan madu di Lisbone, Portugal ini bakal berkongsi hidup di sebuah banglo di tepi pantai di Dili. Bunyinya indah dan bahagia, mungkin itu yang dicari-cari selebriti kelahiran program realiti Asia Bagus ini.

"Raul itu orangnya jujur. Dia terima saya seadanya sebagai wanita biasa dan bukan seorang figura ramai. Malah lelaki tersebut berlapang dada menerima keluarga saya," ujar Kris berbunga bahasa cinta.

Sebelum ini ramai peminat KD sangsi tehadap Raul. Keretakan rumah tangga Raul dengan bekas isterinya, Atha, membuahkan pelbagai gosip liar dan menjadi cerita hangat di Indonesia.

Senang bercerita, penyanyi lagu Aku Wanita Biasa ini mengaku banyak dididik melalui tunjuk ajar dan pandangan serta teguran oleh lelaki berusia pertengahan 40-an itu. Enaknya emosi dan keghairahan dirinya sebagai anak seni tidak pernah disekat-sekat suaminya.

"Cuma kini saya perlu membiasakan diri menjadi suri buat seorang usahawan yang disegani ramai," bicara ibu kepada Titania Aurelie Nurhermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah itu.

Bernikah pada pukul 8 pagi di Masjid Sahid Nurul Iman, Jakarta Selatan, bapa Kris iaitu Trenggono diterbangkan khas dari Bali untuk menjadi wali kepada anak perempuannya. Cinta anaknya ditalikan restu dan pengharapan seorang bapa yang selama ini menjadi pemerhati suka duka yang datang bersilih ganti dalam hidup penyanyi tersebut.

"Saya tidak mahu dia gagal kali kedua. Saya sentiasa mendoakan semoga perkahwinannya kali ini akan dirahmati Allah sehingga ke akhir hayatnya," kata Trenggono yang sudah berpisah dengan ibu Kris, Rochma Widadiningsih.

Ini merupakan pernikahan kedua buat Kris dan Raul. Kedua-dua mereka memiliki dua cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu.

Perkahwinan pertama Kris dengan komposer dan penyanyi Anang Hermansyah berakhir pada 2009 selepas 13 tahun hidup sebagai suami isteri.

Tutup buku kisah kontroversi pasangan terkenal Kris-Raul, perkahwinan membawa mereka ke dalam dunia baru dan bahtera inilah yang harus mereka lalui atas pilihan yang telah berakar di hati dan bermula di pelamin.

Juliana digelar badut

PEMILIK nama penuh Juliana Sophie Johari Evans ini semakin meniti di bibir peminat. Berwajah 'Pan Asia' dan petah pula bila mengalunkan bicara, Juliana atau lebih mesra dipanggil Ju kini sedang sibuk menghadapi semester akhirnya dalam bidang komunikasi di Kolej Sunway, Petaling Jaya.

"Saya sedang sibuk dengan kuliah semester akhir disebabkan itu jarang muncul di kaca televisyen. Dalam masa yang sama, saya ada juga terbabit dalam rakaman fotografi dengan beberapa majalah dan hadir ke acara-acara seperti Anugerah Bintang Popular (ABP)," katanya ketika dihubungi Sensasi Bintang baru-baru ini.

Selain sibuk dengan kuliah, Ju yang dipercayai sedang bercinta dengan Zizan Raja Lawak akan ke lokasi penggambaran iklan coklat Cadbury dan Nestle.

Ditanyakan mengenai kriteria lelaki idaman, bekas kekasih Sam Bunkface itu memberitahu, lelaki pilihannya perlu lucu dan mampu mencetuskan ketawa.

"Saya tidak suka lelaki yang terlalu serius. Bonus bagi saya kalau antara kami ada tarikan kimia. Dia juga kena terima Ju yang kadangkala selamba dalam penampilan dan karakter," katanya mengenai kriteria lelaki idaman yang secara tidak langsung dimiliki oleh Zizan.