Wednesday, December 29, 2010

Gambar Cium Tersebar, Julie Woon@Hoi Beri Penjelasan

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Julie Woon, 26, (gambar) menolak tuduhan kononnya dia mengamalkan hubungan sejenis lesbian berikutan penyebaran gambarnya sedang bercium dengan seorang wanita di internet.

Mengaku wanita dalam gambar tersebut adalah dirinya, pengacara 8TV Quicky itu malu dengan penyebaran gambar tersebut dan menganggap perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.

"Saya dapat tahu tentang gambar itu daripada rakan saya, Qi dan tak tahu siapa yang menyebarnya.

"Apa-apa pun diakui itu adalah saya dan gambar tersebut diambil ketika di zaman sekolah. Ia berlaku secara tidak langsung dan suka-suka sahaja bersama kawan-kawan wanita saya. Di sini saya ingin menegaskan yang saya bukan lesbian.

"Kerana gambar itu juga, saya sudah dicop sebagai wanita lesbian dan ramai wanita lesbian yang mula menghantar SMS kepada saya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Tambah Julie, dia kesal dengan perlakuannya itu dan ia sebagai peringatan untuknya lebih berhati-hati pada masa akan datang.

"Saya pun tak tahu apa yang saya fikirkan ketika perkara itu berlaku kerana ia agak melampau walaupun ia sekadar suka-suka sahaja.

"Perkara itu membuatkan saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang baik dari segi pemakaian, percakapan serta cara pengambilan gambar kerana sebagai seorang selebriti, masyarakat akan melihat baik buruk saya," jelasnya.

Sementara itu, Julie yang telah putus cinta dengan pelakon Blogger Boy, Qi atau Qushairi Razali, pada Mei lalu kini masih lagi belum menemui cintanya.

Katanya dia kini ingin fokus dengan karier pengacaraannya dan pada tahun depan, Julie akan aktif berlakon semula.

"Saya ada keluar dengan seseorang tetapi belum ke tahap serius lagi. Tapi saya masih berkawan baik dengan Qi. Tambah pula kami merupakan rakan perniagaan bagi syarikat kami, Popcorn Studio bersama seorang lagi rakan kongsi lain.

"Memang ada beberapa isu yang membuatkan kami tidak boleh bersama tapi kami mempunyai keserasian dalam berkawan," katanya.

Gambar Cium Tersebar, Julie Woon Beri Penjelasan

Gambar seksi hot Julia Perez







Syella Kamaruddin Panas Aksi Baju Dedah Dada, Seksi Terlampau


Aksi Cium Mulut Julie Woon Dengan Teman Lesbian




Sedikit masa dahulu, Julie Woon dikenali sebagai Julie Hoi pernahberaksi seksi untuk majalah kereta. Kredit penuh buat rakan media, Rotikaya. Kau terlampau awesome!

Layan gambar aksi ala lesbian Julie ni:

Tiz Zaqyah Di ASK 2010


Lisa Surihani Covergirl Cosmopolitan Edisi Pembuka 2011, Digelar Drama Queen!

Tuesday, December 28, 2010

Aku Masih Dara Filem Terbaru

DEK peredaran masa, perubahan gaya hidup dan pengaruh gejala sosial yang membelenggu golongan muda, reaksi segelintir anak gadis tentang isu dara telah banyak berubah.

Tidak dinafikan, masih ramai gadis yang berpegang teguh pada prinsip dan pegangan agama. Namun, tidak kurang juga yang memandang enteng isu tersebut. Dara atau tidak, perkara itu jatuh nombor dua.

Apa yang lebih penting adalah untuk menikmati zaman muda ini sepuas-puasnya. Lantas, ramai gadis yang mudah berkompromi mengenai kedaraan masing-masing serta kabur dalam menilai perkara yang buruk dan baik.

Atas kesedaran itu, penggiat filem Ahmad Idham tidak ketinggalan untuk menunjangi tanggung jawab sosialnya menerusi filem terbaru Aku Masih Dara (AMD).

Bukan saja untuk dijadikan wadah hiburan, malah filem ini turut bertindak sebagai platform bagi menyampaikan mesej dan pengajaran untuk renungan para gadis, keluarga dan anggota masyarakat.

Menerusi air tangannya kali ini, Idham memilih isu dara dan gejala sosial di kalangan remaja sebagai subjek penceritaan.

Namun, di sebalik subjek yang sarat dengan mesej ini, AMD lemah pada mutu skrip yang boleh disifatkan longgar dan pincang.

Pendek kata, dek kedangkalan skrip filem itu, persembahan visual AMD seakan berada pada takuk yang lama dan klise.

Paparan imej kelalaian remaja, budaya berpesta, pergaulan bebas, disko, dadah, seks dan segala macam gambaran negatif yang membelenggu remaja ini tidak dipaparkan dalam konteks yang lebih segar atau berbeza.

Bagi yang mampu memejamkan sebelah mata dan sekadar ingin berhibur, filem ini tidak 'memualkan' untuk ditonton. Jauh sekali untuk anda bangun dan meninggalkan pawagam.

Sebagai penonton yang matang, kita seharusnya menghargai dan merenungkan intipati yang tersirat di sebalik kekurangannya.

Ini kerana, secara kolektifnya persembahan AMD boleh dianggap seimbang pada konteks hiburan, lakonan dan mesejnya, meskipun ia terhasil pada gred sederhana saja.

Berkisar kepada masalah sosial yang membelenggu remaja hari ini, AMD memfokuskan kepada kehidupan tiga sahabat iaitu Aleesya (Yana Samsudin), Sofea (lakonan Raja Farah) dan Hani (Diana Amir) yang berlainan latar belakang serta hanyut dalam godaan hidup penuh ranjau.

Aleesya mempunyai asas agama yang kukuh. Namun persekitaran hidupnya yang serba moden dan sering bersosial menyebabkan dia leka pada tuntutan agama.

Hidup Sofea yang kosong, serba moden dan kebaratan tanpa didikan agama menjadikan dia kurang tenang dan sentiasa tercari-cari arah hidup yang sebenar.

Manakala, kehidupan Hani pula bertentangan dengan dua rakannya yang lain. Dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan, Hani hilang pertimbangan lalu mengambil jalan mudah dengan menjadi pengedar dadah secara kecil-kecilan bersama teman lelakinya Zachery (Farid Kamil).

Namun, semuanya berubah apabila Firdaus (Asyraf Muslim) iaitu sepupu Aleesya yang kuat agama muncul dalam kehidupan mereka bertiga.

Aku Masih Dara ditayangkan di pawagam bermula 16 Disember 2010.

Pintu Kedai Pecah, Peminat Serbu Justin Bieber

PENYANYI remaja popular, Justin Bieber (gambar) dikerumuni peminat ketika berada di sebuah pusat beli-belah di negara kElahriannya, Kanada.

Menurut femalefirst, dalam kejadian Sabtu lalu, Bieber yang popular menerusi lagu The Baby itu mahu meraikan hari Krismas dengan membeli belah di Fairview Mall, Kitchener, Ontario tetapi hasratnya itu terganggu apabila sekumpulan gadis mengerumuninya di sebuah kedai yang dikunjunginya.

Akibat keadaan yang tidak terkawal itu Bieber terpaksa meninggalkan kedai berkenaan dengan segera untuk mengelak kejadian yang tidak diingini.

“Keadaan peminat yang ramai itu membuatkan pintu kaca kedai berkenaan turut pecah sehingga Bieber diarahkan keluar oleh pihak keselamatan,” kata sumber.

Selain itu pengurs kedai berkenaan juga mengaku telah meminta Bieber supaya tidak berada di kedai tersebut agar kekacauan yang berpunca daripada peminatnya itu tidak terus berpanjangan.

Irma Hasmie Tak Mahu Terserempak Dengan Nabil

KUALA LUMPUR: Pelakon Irma Hasmie,28, tidak mahu terserempak dengan bekas kekasihnya, Nabil Ahmad buat masa ini.

Irma yang ditemui selepas majlis Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung pada 24 Disember lalu berkata, selama ini dia tidak pernah terfikir akan kemungkinan berhadapan dengan peristiwa itu.

“Kalau boleh tak naklah terserempak tapi kalau jadi juga, saya pun tak tahu nak buat apa,” katanya.

Hubungan Irma dan Nabil terputus di tengah jalan apabila pelakon wanita itu dikatakan memperoleh beberapa bukti kononnya Nabil turut menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Malah isu hubungan itu menjadi semakin panas apabila tersebar gambar yang dikatakan milik Nabil dengan seorang wanita sedang bercium.

Jelas Irma, selepas hubungan mereka putus beberapa bulan lalu, dia tidak pernah lagi bertemu atau terserempak dengan Nabil dalam mana-mana majlis rasmi.

Keterujaan Hansen, Joanne

SETELAH setahun menempuh kejayaan atau kegagalan, kesedihan mahupun kegembiraan, kini tiba untuk kita membuka kamus baru di dalam kehidupan seharian. Bak ungkapan, ‘tutup buku lama, buka buku baru’, begitulah setiap kali tahun baru menjelma.

Menjadi personaliti televisyen program The Breakfast Show di ntv7 tidak menghalang Joanne De Rozario,35, dan Hansen Lee, 29, untuk turut meraikan sambutan tahun baru 2011 yang bakal menjelma tiga hari lagi.

“Mungkin ini tahun bertuah buat kami kerana kedua-dua Hari Natal dan Hari Tahun Baru jatuh pada hujung minggu iaitu pada hari Sabtu.

“Saya akan bekerja pada malam sebelum tahun baru dan cuti pada keesokan harinya,” ujar Joanne.

Bagi wanita tinggi lampai ini, perancangan bagi acara peribadi tahun baru belum dirancangnya lagi. Tambahnya lagi, jika pada kebiasaannya Hari Natal adalah harinya bersama keluarga dan tahun baru pula akan disambut bersama teman-temannya.

“Saya belum lagi membuat perancangan di mana saya akan menyambut tahun baru saya. Tetapi, seperti sudah menjadi kebiasaan di dalam keluarga saya, Hari Natal adalah hari bersama keluarga, dan tahun baru pula, kami bebas melakukan aktiviti sama ada bersama rakan atau sebagainya,” tambah Joanne yang pernah muncul sebagai pembaca berita edisi Inggeris di ntv7.

Menurut Joanne, jarang bagi dirinya berkumpul ke kelab sosial bersama teman pada malam perayaan, kerana baginya lokasi tersebut semestinya akan sesak dipenuhi pengunjung dan secara langsung segalanya akan menjadi mahal.

“Mungkin semasa saya muda dahulu, aktiviti ini dipilih akan tetapi setelah umur meningkat, kebiasaannya saya akan berlepak di rumah rakan-rakan yang mana mereka akan meraikan majlis malam tahun baru untuk disambut bersama sahabat handai,” katanya yang setelah matang, dia lebih gemar menghabiskan masa yang berkualiti bersama rakan-rakan.

Bagi hos dan penyampai televisyen ini, sudak menjadi kelaziman tahun barunya disambut bersama teman-teman di luar negara. Sebelum ini juga, selama dua tahun berturut-turut tahun barunya disambut di Hong Kong.

Mengimbas kembali tentang sambutan Hari Natal kali ini, katanya: “Semestinya, setiap kali Hari Natal menjelma, beli-belah menjadi perkara perlu untuk dilakukan. Pada tahun ini, saya dapat membuat persiapan awal berbanding tahun lepas, saya agak kelam- kabut kerana kesuntukan masa.

“Hari Natal saya tahun kali ini akan disambut di rumah ibu bapa saya yang bertempat di Ampang, Selangor.”

Hansen diamkan diri

Mempunyai sedikit persamaan dengan Joanne, Hansen Lee juga belum punyai rancangan awal untuk menyambut malam tahun barunya. Akuinya juga, beberapa tahun lepas, dia seperti hanya ‘mendiamkan’ diri sahaja tanpa ke kelab untuk menyambut perayaan ini.

Pamela hampir muntah ketika aksi berbogel

RAMAI pastinya yang sudah mengetahui mengenai pelakon Pamela Anderson yang sudah berbogel banyak kali untuk majalah Playboy. Namun begitu, pelakon berkenaan mempunyai pengalaman menarik ketika mula-mula dia beraksi tanpa seurat benang untuk majalah tersebut.

Menurutnya, ketika kali pertama berbogel pada usia 22 tahun, dia hampir-hampir muntah di studio kerana merasa jijik dengan apa yang dilakukannya itu. Namun tidak beberapa lama kemudian, dia mula rasa selesa dan senang dengan pekerjaannya itu.

"Waktu itu saya rasa sangat bingung. Bila saya beritahu ibu tentang tawaran untuk berbogel dalam Playboy, dia menyuruh saya lakukan sahaja dan akhirnya saya menerima tawaran berkenaan. Tetapi sewaktu sesi fotografi, saya rasa malu dan mereka terpaksa menghabiskan banyak filem kerana banyak gambar yang tidak jadi," ujarnya.

Namun lama-kelamaan Pamela akhirnya berjaya mengatasi masalah tersebut sehinggakan kini dia pula merasa ketagih untuk berbogel. Malah, ada masanya dia terpaksa diingatkan supaya berpakaian sebelum keluar dari studio.

10 Fakta Menarik Tentang Lady Gaga


LADY Gaga (gambar) terkenal sebagai penyanyi yang mampu mencipta populariti menerusi lagu-lagunya. Selain itu kostumnya ketika di pentas juga menjadi perhatian.

Menurut Mademan, terdapat 10 fakta menarik tentang penyanyi Alejandro itu yang mungkin belum diketahui ramai:

1. Lady Gaga belajar cara bermain piano secara sendiri hanya dengan mendengar alunan muziknya ketika berusia empat tahun. Dia adalah seorang pemain piano klasik terlatih.

2. Gaga pernah menimba ilmu di Tisch School of Arts di New York University. Dia salah seorang daripada dua puluh orang yang mendapatkan pengiktirafan awal dari sekolah tersebut.

3. Joanne Stefani Angelina Germanotta merupakan nama sebenar Gaga. Dia mendapat nama 'Lady Gaga' daripada pengurusnya, yang diambil dari lagu Queen berjudul Radio Ga Ga.

4. Lady Gaga pernah muncul dalam program realiti MTV Boiling Point pada 2005 sebagai Stefani. Dia tampil dengan pakaian normal dan berambut perang. Namun Gaga gagal memenangi hadiah RM309 (AS$100) kerana tidak sanggup menahan amarahnya.

5. Gaga juga muncul di The Hills episod 2008. Sebelum pertunjukan, pakaiannya rosak namun sempat dibaiki oleh Whitney Port dan Lauren Conrad.

6. Pada 2006, Lady Gaga menjayakan sebuah konsert di kelab New York City dengan Stefani Germanotta Band, atau SGBand. Dalam konsert tersebut, Gaga hanya mengenakan kemeja biasa dan seluar, berbanding dengan penampilannya sekarang.

7. Gaga pernah belajar satu sekolah dengan Nicky dan Paris Hilton di sekolah swasta di Manhattan, Amerika Syarikat.

8. Pada awal kariernya, Gaga bernaung di bawah syarikat rakaman sebagai komposer untuk artis lain seperti Britney Spears, Pussycat Dolls, Fergie dan New Kids On The Block. Sekarang, dia lebih banyak menulis dan menghasilkan banyak lagu sendiri.

9. Gaga pernah mewarnakan rambutnya yang hitam menjadi perang kerana ramai orang yang tidak dapat membezakan dirinya dengan Amy Winehouse. Dia juga sering tampil mengenakan rambut palsu dengan berbagai warna.

10. Menurut sebuah wawancara dengan Rolling Stone, Gaga selalu berpakaian tak cukup kain dan sedikit aneh agar neneknya yang hampir buta boleh melihatnya di televisyen. Katanya: "Saya tetap dengan pendirian untuk tidak memakai seluar sehingga nenek saya boleh melihat saya di televisyen."

Gambar sensasi terbaru Rahma Azhari

JAKARTA - Pelakon sinetron Indonesia, Rahma Azhari, 29, sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila gambar yang menunjukkan wajah miripnya bersama seorang lelaki dalam sebuah kolam mandi tersebar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar itu menunjukkan seorang wanita mirip Rahma mencium seorang lelaki.

Sebelum ini, Rahma mencetuskan kontroversi apabila bergambar dalam keadaan intim dengan jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Filipina, Simon McMenemy.

Isu terbaru itu kini heboh diperbincangkan di jaringan kumpulan Blackberry Messengar (BBM) dalam kalangan peminatnya di negara itu.

Sehingga kini, tiada sebarang pengakuan yang dibuat oleh pelakon filem Pocong Kamar Sebelah itu berhubung isu terbaru tersebut.

Adik kepada pelakon terkenal Ayu Azhari itu juga tidak dapat dihubungi melalui telefon bimbit.

Monday, December 27, 2010

Sinetron bikin Maudy bosan

WALAUPUN polular dalam siri sinetron sehingga mendapat pendapatan melimpah-ruah, pelakon popular, Maudy Koesnaedi, 35, memutuskan untuk meninggalkan dunia drama.

Anak kelahiran Jakarta itu menjelaskan, dia tidak dapat membiasakan diri dengan jadual penggambaran sinetron yang panjang, ditambah pula waktu kerja yang tidak jelas.

"Dunia lakonan cukup memeningkan kepala saya. Tetapi itu bukan faktor utama saya mahu balik semula ke bidang perfileman. Terus-terang, saya masih tidak dapat membiasakan diri dengan cara kerja drama," jelas Maudy.

Isteri kepada Erick Meijer itu juga mahu memberi tumpuan terhadap kerja-kerja penerbitan filem. Setelah menerbitkan filem perdananya, 3 Hati 2 Dunia 1 Cinta, Maudy semakin teruja sementelah filemnya mendapat ulasan yang baik.

"Sudah tentu saya gembira kerana diberi kesempatan menjadi produser untuk projek berikutnya. Saya tidak boleh menghuraikan dengan lebih lanjut, yang pasti jalan ceritanya berkaitan isteri kedua Soekarno, Inggit Ganarsih," katanya.

Liyana miliki 50 seluar ketat

MENANGKAP perhatian selepas menjiwai watak gadis ketagihan dadah menerusi drama bersiri Castelle pada 2006, si kecil molek yang menjunjung nama Liyana Jasmay ini sampai ke garisan bintang besar apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22.

Mudah dibahasakan Nana sebagai nama timangan, lagu Aku Tak Percaya Cinta dan Aku Jatuh Cinta menjadi tiket untuknya beraksi pentas nyanyian. Namun, Nana tidak banyak dibantu oleh vokalnya.

Selepas bertahun melebarkan bakat mengisi permintaan pembikin sinema, namanya banyak terpacul di layar bergenre seram atau hantu.

Antara filem-filem seram yang pernah dilakonkan olehnya adalah seperti filem Syaitan, Histeria, Maut, Niyang Rapik, Misteri Jalan Lama dan terbaru filem Khurafat yang bakal ditayangkan pada 13 Januari ini.

Bercakap tentang perancangan 2011 yang sedang menyusul selang lima hari lagi, Liyana turut merancang untuk mengembangkan sayap dalam bidang penerbitan.

“Saya mahu menjadi seorang penerbit filem. Pada peringkat awal saya merancang untuk menerbitkan drama untuk televisyen. Saya juga akan menerbitkan single terbaru tidak lama lagi,” katanya tanpa surut perancangan.

KHURAFAT

Tajuk filem seram terbaru saya bersama Syamsul Yusof. Istimewanya dalam filem berkenaan saya melakonkan watak Aisyah, wanita bertudung yang menjadi isteri kepada Johan, lakonan Syamsul sendiri.

HANTU

Saya tak pernah nampak hantu, dan kalau boleh saya memang tak nak jumpa sebab saya memang takut dengan hantu. Saya juga tidak pernah diganggu perkara aneh sepanjang terlibat dalam filem-filem seram. Perkara yang paling menyeramkan adalah apabila menyebut tentang hantu langsuir, ngeri sebab ia boleh terbang.

JIKA DIGELAR RATU FILEM SERAM

Saya terfikir juga tapi pelik juga kenapa pengarah filem gemar mengambil saya berlakon filem-filem seram ini. Tidak mengapa, mungkin pada pandangan mereka saya sesuai membawa watak dalam filem bergenre seram, tapi saya berani jamin, setakat ini, filem seram terbaik saya adalah Khurafat. Sentuhan Syamsul kali ini berlainan.

PELAKON TEATER

Selepas watak kecil dalam Natrah, saya jadi teruja dan bangga sebab dapat menerajui teater kanak-kanak, Siti Di Alam Fantasi arahan Aminah Raphor yang dipentaskan di Istana Budaya bermula Rabu lalu. Sudah lama saya mahu ke dunia teater. Pengalaman berteater sangat menyeronokkan kerana kali ini ia sebuah teater kanak-kanak yang begitu menghiburkan.

SAMBUNG BELAJAR

Tengok dulu macam mana keadaannya. Tapi selepas menamatkan pengajian peringkat diploma di Kolej Universiti Sunway, Petaling Jaya tahun depan, saya merancang mahu ke luar negara untuk menyambung pengajian atau mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang seni persembahan dan media.

PENGGEMAR STOKIN DAN SELUAR KETAT (LEGGING)

Koleksi legging dan sarung kaki milik saya sangat banyak, rasanya mencecah lebih daripada 50 pasang, ada bermacam jenis dan warna tetapi warna yang paling banyak ialah hitam. Saya jatuh cinta dengan legging sejak dua atau tiga tahun lepas, rasanya lepas balik dari London. Di sana saya jumpa satu butik yang menjual bermacam-

macam jenis legging dan saya fikir itu satu fesyen yang hebat.

Hefner usia 84 tahun bertunang model 24 tahun

CHICAGO - Pemilik majalah bogel Playboy, Hugh Hefner, 84, mengumumkan bahawa dia akan berkahwin dengan teman wanitanya yang merupakan seorang model, Crystal Harris, 24, setelah mereka bertunang, lapor sebuah akhbar semalam.

"Selepas menonton filem malam ini (kelmarin), saya dan Crystal bertukar-tukar hadiah. Saya memberinya sebentuk cincin. Hari menjelang Krismas yang penuh bermakna," kata Hefner melalui Twitternya kelmarin.

Komen terbaru melalui Twiiternya mengenai lamarannya itu menyatakan: "Ketika saya memberi cincin itu kepada Crystal, dia menitiskan air mata. Hari Krismas yang paling indah".

Tunang Hefner, Crystal turut meninggalkan komen ringkas di Twitter dengan menyatakan: "Krismas yang paling bermakna".

Hefner turut memberi penjelasan lanjut mengenai komen-komen yang dibuatnya dan Crystal di Twitter berkaitan pertunangannya itu.

"Ya, cincin yang saya berikan kepada Crystal adalah cincin pertunangan kami. Saya tidak berniat untuk menimbulkan tanda tanya. Selamat Hari Krismas kepada semua," kata Hefner di laman sosial Twitter.

Misha Omar Naik Pangkat

KUALA LUMPUR: Penyanyi Misha Omar mengibaratkan tawaran watak Tun Siti Hasmah remaja dalam teater Muzikal Tun Mahathir seperti naik pangkat konstabel kepada Inspektor.

Ini kerana sebelum ini dia hanya melakonkan watak kecil iaitu Datuk Rosnah Majid dalam teater yang sama.

Namun begitu semuanya bagaikan mimpi apabila menerima watak besar daripada watak kecil itu.

Malah jauh dihatinya merasakan belum layak menerima watak itu. Bagaimanapun, setelah memikir panjang, Misha menerima peluang tersebut untuk mendalami ilmu dan menyahut cabaran itu.

“Saya rasa cabaran untuk melakonkan teater ini semakin besar berbanding Muzikal Tun Mahathir musim pertama dahulu. Lagipun sesi latihan sangat singkat.

“Tetapi biasanya bila semua kerja dalam tertekan, hasilnya selalu baik kerana setiap orang dalam kumpulan akan menggali sebaik mungkin,” kata penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta dan Pulangkan ini.

Demi memudahkan Misha menjiwai wataknya, dia berharap agar dapat berjumpa dengan Tun Siti Hasmah sendiri.

Biarpun begitu, dia tidak terlalu menaruh harapan andai kata tidak sempat bertemu mata dengan wanita itu kerana memahami keadaan isteri Tun Mahathir yang mempunyai komitmen tersendiri.

Oleh sebab itu, dia mengaku menjadikan aktres Erra Fazira yang sebelum ini melakonkan watak itu sebagai rujukan.

“Selain bantuan pengarah dan penerbit, saya juga sudah menonton lakonan Erra. Tetapi saya tidak akan meniru bulat-bulat sebaliknya mengeluarkan kreativiti sendiri agar tidak dibayangi dengan lakonan Erra.

“Nanti penonton nampak seperti ulangan sahaja. Setakat ini, saya sudah dapatbayangkan dalam kepala bagaimana watak Tun Siti Hasmah setelah meneliti skrip yang diberikan serta pandangan yang diberikan oleh pengarah tentang wanita itu.

“Selepas ini saya cuma perlu mencari keserasian dengan Ezany yang melakonkanwatak Tun Dr Mahathir remaja kerana dia telah lama meninggalkan bidang teater,” ujarnya lagi.

Muzikal Tun Mahathir akan dipentaskan di Istana Budaya mulai 21 hingga 30Januari 2011.

Sunday, December 12, 2010

EHi 20 Yang Anggun Penuh Glamor



EH! 20 Yang Anggun sekali lagi tampil glamor memeriahkan acara kemuncak majalah terkemuka EH! bersama Lancome.

Bersesuaian dengan tema Glitz & Glamour, kelibat artis-artis popular menawan lebih 300 pembaca bertuah yang turut sama hadir.

Tahun ini, EH! 20 Yang Anggun menampilkan :

Aurora Salwa
Adira
Alyah
Ana Rafali
Diana Jalal
Faezah Elai
Juliana Evans
Julie Woon
Lisa Surihani
Liyana Jasmay
Mimie
Nadia Fly FM
Najwa
Raja Ilya
Scah Al-Yahya
Shila OIAM
Siti Saleha
Stacy
Yuna
Zizi




Miera Leyana


Pengarah yang sorang ni tersangatlah kontroversinya. Siapa? Shuhaimi Lua lah, si pengarah Chukang tu. Satu-satu masalah datang menimpanya. Terbaru berdepan dengan artis wanita yang tak ada disiplin dan menyusahkan orang.

Dah elok-elok janji sedia berlakon dalam sebuah drama bersiri, tiba-tiba menghubunginya (melalui abang sebagai wakil) sehari sebelum penggambaran di luar Kuala Lumpur bermula. Katanya tak dapat menerima tawaran tersebut. Boleh macam itu? Siapa pelakon tu? Bekas finalis Pilih Kasih musim pertama rupa-rupanya.

Macam ini ceritanya. Shuhaimi yang dilantik sebagai pengurus produksi terpaksa mencari seorang pelakon wanita bagi menggantikan tempat Sazzy Falak yang tidak dapat turut serta kerana ada hal tertentu. Setelah ditanya dengan rakan-rakan media yang rapat dengannya, nama pelakon baru itu yang naik.

Pada mulanya dia dah bersetuju. Tapi dek kerana produksi sudah mahu memulakan penggambaran untuk watak lain, maka tak sempat untuk bertemunya untuk menandatangani kontrak dan memberikan bayaran pertama.

"Adakah patut... abang dia mengatakan mereka tak mahu bekerja dengan saya kerana cara saya menguruskan tawaran itu tidak profesional. Saya dah uruskan banyak pelakon popular sebelum ini tapi tak ada masalah pun.

Memang kami tak sempat nak menyediakan kontrak sebab sedang sibuk menguruskan penggambaran. Saya dah suruh dia ke pejabat untuk menandatangani kontrak dan menerima bayaran pertama di pejabat. Tapi tiba-tiba saja dia tarik diri. Tak apalah saya tak rugi pun. Apatah lagi saya dapat pengganti yang lebih glamor dan berbakat daripada dia, iaitu Miera Leyana.

"Miera hanya dihubungi melalui telefon setelah saya mandapatkan nombor telefonnya daripada seorang wartawan majalah hiburan dan kebetulan dia tengah free. Dia terus datang ke lokasi untuk penggambaran satu babak sahaja. Selepas ini babak melibatkannya akan dijalankan di tempat lain.

"Di lokasi itulah Miera tandatangani kontrak dan menerima bayaran pertamanya. Sekarang siapa yang rugi? Saya puji cara Miera yang tidak banyak songeh itu walaupun namanya semakin popular," puji Shuhaimi.

Mentor 5: Erra Masih Wajah Ekslusif Astro


KUALA LUMPUR: Pelakon Erra Fazira mengakui masih lagi wajah ekslusif stesen televisyen Astro biarpun dipilih menyertai program realiti Mentor musim ke-5 terbitan TV3.

Jelasnya, peranannya sebagai wajah ekslusif adalah sebagai pelakon sahaja dan tidak melibatkan komitmen lain.

“Wajah Ekslusif ialah sebagai pelakon sahaja, yang mana komitmen saya hanya berlakon di stesen televisyen tersebut.

“Bagaimanapun, sebelum menerima tawaran sebagai mentor ini saya sudah berbincang dengan pihak Astro terlebih dahulu samaada ianya boleh atau tidak,” ujarnya yang ditemui di Majlis Sidang Media Mentor musim ke-5, di sini, Jumaat.

Selain itu, bercerita tentang bidang lakonan filem yang lama ditinggalkannya, Erra memberitahu dia masih menunggu watak yang benar-benar sesuai dengannya sekarang.

“Bukan saya tidak mahu berlakon filem lagi tetapi saya masih menunggu filem yang benar-benar memberi impak kepada penonton.

“Bukan tiada tawaran tetapi saya menolak kerana saya rasakan watak tersebut terlalu biasa dan jika saya tidak berlakon dalam filem tersebut pun tidak mencacatkan filme tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, dia tidak terkilan jika menolak tawaran yang dirasakan tidak sesuai buatnya.

Menyentuh bidang nyanyian, Erra memberitahu dalam perancangan untuk menerbitkan album sendiri pada tahun depan.

“Terlalu banyak kisah tentang album saya yang tidak keluar sampai sekarang, jadi saya ambil keputusan untuk terbitkannya sendiri.

“Sekarang masih lagi merancang dan saya harap tahun depan dapat kumpul metarial dan lagu yang betul-betul sesuai dengan saya,” katanya.

Sementara itu, Erra memberitahu kesanggupan dia menenrima tawaran menyertai Mentor kerana sudah bersedia untuk mencurahkan pengalaman yang dimilikinya kepada seseorang yang layak bergelar bintang.

“Program ini bagus kerana saya dapat berkongsi pengalaman saya kepada seseorang yang saya rasa layak untuk menjadi seorang anak seni.

“Saya juga tidak hanya menekankan aspek vokal semata-mata tetapi mencari seorang penghibur yang serba boleh,” katanya.

Saturday, December 11, 2010

Sarimah Terpengaruh Fesyen Jepun




Muncul comel dan bertenaga, Sarimah berpenampilan baru menerusi rancangan kelolaannya 1.2..3... tukar! Jauh berbeza dengan imejnya sebelum ini, Sarimah mengakui terpaksa menjelajah ke Jepun, Hong Kong dan Thailand demi memenuhi tuntutan fesyen yang terbit dalam dirinya.

Menolak imej seksi sesuai dengan peningkatan usia, bagi Sarimah fesyen dan budaya selalunya berkiblatkan Barat.

"Saya menukar gaya rambut dan fesyen untuk program terbaru Astro berjudul 1.2..3... tukar!. Program ini berkisarkan impian dan saya bertanggungjawab mengubah penampilan peserta dan menunaikan harapan mereka. Saya akan muncul bersama Fitri yang ditugaskan sebagai perunding imej dan kami mempunyai van sendiri.

"Imej ini diinspirasikan daripada pengalaman saya di Jepun. Banyak budaya menarik dan pelik di sana yang kebanyakannya mengenai kegembiraan. Jika kita lihat program mereka, semuanya ceria dan penuh bertenaga dan itu yang cuba saya bawa dalam program terbaru ini.

"Saya try mix and match fesyen Jepun yang sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Selalunya kita lebih melihat fesyen di barat yang kebanyakannya seksi. Apa salahnya jika kita alihkan pandangan dengan melihat fesyen masyarakat Asia yang dekat dengan budaya kita," ujarnya yang menggemari fesyen

Scha Al Yahya Minta Maaf




Belum pernah terdengar jelitawan seorang ini menimbulkan isu hangat atau reputasi buruk apabila berkaitan kerjayanya. Namun baru-baru ini kecoh apabila Scha dikatakan telah melabelkan wartawan hiburan sebagai monkey melalui laman twitter miliknya.

When a production run by a bunch of monkeys, you will get peanuts. Ayat itulah yang dikatakan Scha kepada wartawan. Terkejut dan terkilan atas apa yang berlaku, Scha mengakui ayat tersebut ditulis di laman twitter miliknya, namun menafikan ianya ditujukan kepada wartawan. "I'm so sorry. Memang Scha tweet ayat itu namun tak tahu bagaimana orang boleh kaitkannya dengan wartawan. Mana ayat yang menunjukkan Scha tuju perkataan tersebut kepada wartawan.

"Perkara ini terjadi kerana ada yang kata Scha retweet dan reply kepada pelakon wanita yang sedang marah kepada wartawan sedangkan Scha tak follow pun pelakon wanita itu.

"Pasti ada yang salah interpretasi dengan ayat tersebut. Scha tak berselindung di sebalik perkataan tersebut dan tak faham bagaimana perkara ini boleh berlaku.

"Mungkin orang yang menyebarkannya tak faham maksud Scha kerana ia tak sepatutnya menjadi isu. Tak mungkin Scha akan gali kubur sendiri dan bermusuh dengan wartawan kerana mereka yang menaikkan Scha.

"Tapi tak dinafikan hubungan Scha dengan mereka terjejas gara-gara perkara ini," jelasnya kecewa.

Nana-Sein 'Sehati Berdansa' Bercerai

Apakah benar Sehati Berdansa ada badi? Bukan sedikit pasangan yang pernah beraksi bersama dalam Sehati Berdansa memutuskan untuk membawa haluan masing-masing.

Terbaru pasangan Sein dan Nana, juara Sehati Berdansa musim ketiga disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam.

Difahamkan pasangan tersebut berpisah secara baik selepas tidak mempunyai persefahaman dalam rumah tangga yang dibina Julai 2006 dan hak penjagaan anak diserahkan kepada Nana atau nama sebenarnya Noor Diyana Muhammad. Pasangan ini dikurniakan dua anak, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1.

Emma Watson Bingung Terlalu Banyak Wang

PELAKON Emma Watson mengakui bingung dan tidak tahu bagaimana untuk menghabiskan wang hasil pendapatan kutipan filem Harry Potter.

Katanya sudah banyak barang keperluan yang dibeli dari hasil pendapatannya sejak berlakon dalam filem tersebut.

“Saya punya terlalu banyak wang sehinggakan tidak tahu untuk dihabiskan ke mana. Saya sudah membeli sebuah komputer riba dan kereta Toyota Prius selepas mendapat lesen memandu.

"Selebihnya saya gunakan untuk perbelanjaan kuliah,” ujar gadis yang sedang menuntut di Brown Universiti, Amerika Syarikat ini.

Selain bingung dengan wang yang ada, Emma juga mengakui tidak biasa berada di tempat umum kerana sering diperhatikan.

“Lucu bila orang memandang sambil bercakap tentang saya sebagai gadis Harry Potter, namun beberapa orang lain pula menganggap ia tidak benar kerana tidak mempercayai saya akan menggunakan pengangkutan awam.

Sarimah Ibrahim Mengaku Tidak Boleh Menyanyi Lagu Sendiri

PETALING JAYA: Pengacara dan penyanyi Sarimah Ibrahim mengakui tidak boleh menyanyikan semula lagu-lagu dari album pertamanya berjudul Kini Kau Tiada.

Menurut Sarimah, setelah 10 tahun meninggalkan bidang nyanyian suaranya kini sudah berubah menjadi lebih matang.

“Saya tidak boleh membawa lagu-lagu lama kerana suara saya kini sudah berubah menjadi lebih besar. Lagu-lagu lama memerlukan saya menjerit dan bernada tinggi

“Mungkin dengan peningkatan umur menyebabkan suara saya turut berubah. Jika ada permintaan menyanyi saya lebih selesa membawakan lagu-lagu nyanyian penyanyi lain,” ujarnya.

Jelas Sarimah, dia juga sedang mengikuti kelas vokal daripada Siti Hajar bagi mendapatkan teknik nyanyian yang betul.

“Saya juga ada mendapat undangan nyanyian dari situ saya rasa perlu menghadiri kelas vokal. Justeru saya mengikuti kelas vokal dari cikgu Siti Hajar.

“Dari situ juga saya mengetahui teknik nyanyian yang betul dengan suara kini,” katanya yang sedang dalam perancangan untuk kembali menyanyi.

Bagaimanapun, Sarimah memberitahu ramai peminatnya yang mahu dia kembali semula ke bidang nyanyian. Malah dia sendiri sedang dalam perancangan ke arah itu.

“Walaupun sudah 10 tahun berlalu, masih ada yang meminta saya menyanyikan lagu-lagu seperti Kini Kau Tiada dan Damai.

“Peminat juga sering bertanyakan tentang lagu baru saya, tapi sejak 10 tahun lalu saya rasakan terlalu banyak penyanyi baru yang muncul dan rezeki saya bukan di bidang tersebut.

“Namun Insya-Allah saya akan keluar dengan lagu baru bagi mengubati peminat dan secara tidak langsung saya juga boleh menyanyikan lagu sendiri apabila menerima undangan nyanyian,” katanya.

Diusik dengan pertanyaan mengenai jodoh, Sarimah memberitahu dia kini lebih selesa bersendiri.

“Saya rasa saya bukan seorang yang bertuah dalam sebuah hubungan percintaan. Bukan saya tidak mahu tetapi ada sahaja dugaannya.

“Buat masa ini biarlah saya bercinta dengan diri sendiri dan kerjaya sahaja,” jelasnya.

Fesyen Show GUESS Hebat!










Glamor dan seksi, itulah yang dapat ManggaOnline (MO) ungkapkan di majlis fesyen show GUESS yang mula bertapak di Malaysia sejak 1992. Gemerlapan model dan bintang ternama memeriahkan lagi majlis yang berlangsung di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur pada 6 Disember lalu.

Diterbangkan khas dari New York semata-mata memenuhi jemputan jenama terkenal ini, aura Shontelle Layne memenuhi segenap ruang. Suara gemersik cukup memukau dan sikap mesra Shontelle nyata memuaskan hati. Menghiburkan hadirin dengan lagu popular seperti T-Shirt, Impossible, Perfect Nightmare dan Say Hello To Goodbye.

Mizz Nina turut tampil dengan gaya lincah membawakan What You Waiting For. Hadir di pentas catwalk, Amber Chia mendapat tepukan gemuruh peminat yang nyata terpaku dengan tubuhnya yang kembali langsing walau baru melahirkan anak. Tidak ketinggalan, Erra Fazira, Nurul, Tengku Azura dan Elaine Daily turut memeriahkan pentas catwalk pada malam itu.

Turut serta di pentas catwalk, bekas ratu cantik Hong Kong 2004, Kate Tsui tampil jelita dan elegan dengan persalinan Guess.