PETALING JAYA:Pelakon Sharifah Shahirah mengaku sejak menjadi ahli keluarga Suria FM, jadualnya semakin padat.
Kata Shira, dia yang turut berlakon dalam filem terbaru Afdlin Shauki berjudul Ponti vs Ommi mengaku pernah tidak tidur selama tiga hari.
“Jadual saya sangat padat, sehinggakan pada minggu lepas tiga hari saya tidak dapat tidur kerana selepas balik saja penggambaran terus ke konti Suria FM.
“Biasanya saya tidak sesibuk ini tetapi pada bulan ini sahaja jaduah saya agak padat dengan penggambaran dan Anugerah Bintang Popular,” katanya.
Shira memeggang watak ratu Pontianak dalam filem yang dijangka keluar tahun hadapan.
Bagaimanapun, kata Shira dia terpaksa membahagikan masa secara adil kepada keluaraganya.
“Dengan kesibukan sekarang saya terpaksa membahagikan masa antara kerja dan keluarga sebaik mungkin.
“Suami saya juga banyak membantu menguruskan hal rumah tangga walaupun dia juga sibuk dengan penggambaran drama,” katanya.
Ketika ditanya tentang keserasian sebagai penyampai Breakfast@Suria bersama Halim Othman dan Zizi, Shira mengakui dia semakin selesa mengendalikan segmen pagi tersebut.
“Sudah sebulan lebih saya bersama Breakfast@Suria dan Alhamdulilah semuanya berjalan lancar.
“Kalau dulu agak sukar untuk mengawal percakapan, sekarang semakin selesa ditambah dengan bantuan kedua-dua penyampai itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment