Saturday, April 30, 2011

Ciuman 'maut' Lee Min Ho dan Park Min Young


PASTI ramai peminat pelakon Boys Over Flower, Lee Min Ho terkejut apabila mengetahui aktor itu dikehendaki pandai berkucup dengan seorang pelakon perempuan.

Lebih hebat, ciuman itu kenalah digayakan dalam tempoh yang agak lama.

Sebenarnya, ia adalah untuk satu adegan yang memerlukan aksi spontan Lee Min Ho mencium Park Min Young dalam sebuah drama bersiri bertajuk City Hunter.

"Adegan tersebut sangat penting kerana ia adalah titik perubahan dalam hubungan kedua-dua watak tersebut, ia perlu dipersembahkan dalam bentuk yang sangat harmoni dan cantik," ujar jurucakap produksi drama tersebut.

Babak tersebut hanya memerlukan ciuman yang pendek sahaja tetapi mereka dilaporkan merakam adegan tersebut selama satu setengah jam bagi mendapatkan yang terbaik.

No comments:

Post a Comment