Saturday, April 16, 2011

Kim Kardashian Tak Sabar Akhiri Status Janda


HUBUNGAN cinta Kim Kardashian dan Kris Humphries semakin serius dan wanita itu tidak sabar untuk segera mengakhiri status jandanya.

Kim pernah berkahwin pada tahun 2000 dengan penerbit muzik, Damon Thomas. Namun perkahwinan kedua-duanya gagal diselamatkan empat tahun kemudian.

Sejak Disember 2010, Kim mula bercinta dengan Kris.

"Saya tak sabar untuk berkahwin dan telah memilih gaun pengantin yang telah difikirkan sejak sekian lama," ujar Kim menurut Showbiz Spy, Sabtu.

Bukan hanya perkahwinan, kawan baik Justin Bieber itu juga telah memikirkan tentang anak-anak.

"Saya ingin keluarga besar dengan tiga atau lima anak. Saya akan menamakan anak saya dengan huruf depan K untuk mempertahankan tradisi," jelas Kim.

No comments:

Post a Comment