Monday, April 18, 2011

Konsert Rihanna tak laku


POPULARITI yang dikecapi Rihanna tidak bermakna penyanyi tersebut mempunyai banyak peminat sejati. Ini terbukti apabila jualan tiket konsert jelajahnya yang diberi nama Loud di Amerika Syarikat dilaporkan tidak laku.

Lebih parah, mantan kekasih Chris Brown itu didesak untuk membatalkan sejumlah konsert dalam senarai yang ada.

Menurut laporan New York Post, pihak pengurusan konsert jelajah Loud itu telah meminta penyanyi yang berasal dari Barbados itu membatalkan beberapa konsert yang telah ditetapkan.

“Penjualan tiket Rihanna terutama di Boston cukup menyedihkan. Pihak pengurusan telah meminta pihak radio memberi tiket percuma kepada pendengar,” kata satu sumber.

Setakat ini, sebanyak 3,700 tiket sahaja terjual berbanding 15,000 seperti yang disasarkan untuk konsert di Boston yang dijadualkan berlangsung pada Julai ini.

Isu tiket konsert penyanyi itu bukan pertama kali berlaku. Ini kerana pada tahun lalu, Rihanna mengalami nasib serupa apabila konsert Last Girl On Earth Tour turut tidak mendapat sambutan.

No comments:

Post a Comment