Wednesday, April 20, 2011

Justin Bieber & Kekasih Tiba Di Malaysia


PETALING JAYA: Penyanyi remaja sensasi, Justin Bieber,17, dikatakan bakal mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2.30 petang Khamis (petang ini) bersama kekasihnya, penyanyi Selena Gomez.

Kehadiran mereka bersempena konsert Justin Bieber My World Tour di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, 8.30 malam ini.

"Ya, dia (Bieber) akan tiba dari Singapura pada esok (hari ini)," kata seorang pegawai Jabatan Imigresen di KLIA kepada portal berita berbahasa Inggeris terbitran The Star, Daily Chilli, Rabu.

Bieber yang dijadualkan tiba di ibu negara semalam bagaimanapun terpaksa menangguhkan penerbangannya ekoran masalah kesihatan selepas mengadakan konsert di Singapura, Selasa lalu.

"Justin tidak berapa sihat. Jadi, dia berehat di hotel untuk satu hari lagi," dedah satu sumber dari hotel penginapan rasmi penyanyi itu di Marina Bay Sands, Singapura

Lebih menggemparkan, kunjungan Bieber ke Kuala Lumpur turut ditemani kekasihnya Selena Gomez yang sama-sama mengiringi siri konsert jelajah penyanyi itu di rantau Asia Pasifik.

"Ya, Selena menemani Justin tetapi tidak mahu gambar mereka bersama dirakamkan," akui satu sumber terdekat penganjur rasmi konsert itu, Tune Talk.

Fenomena Bieber terbukti luar biasa apabila tiket-tiket konsert yang berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 sudah habis dijual.

Pintu pagar Stadium Merdeka akan mula dibuka pada pukul 7 malam Khamis sebelum konsert sebenar berlangsung pada pukul 8.30 malam.

Ribuan peminat khususnya remaja dijangka menyaksikan sebuah konsert daripada artis yang mencetuskan fenomena seluruh dunia itu.

No comments:

Post a Comment