Saturday, April 2, 2011

Preity selesa mengacara


SI manis Bollywood, Preity Zinta yang beralih angin menjadi pengacara, kini selesa dengan dunia barunya itu.

Mengenakan gaun pendek berwarna merah, Preity mengambil masa selama 10 minit untuk menghilangkan perasaan gementarnya mengacarakan rancangan Guinness World Records versi India, Ab India Todega.

Bercerita tentang pembabitan Preity dalam pengacaraan, pemilik lesung pipit menawan itu dikatakan berehat buat sementara waktu daripada dunia lakonan kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap sukan kriket.

"Selama dua tahun saya berehat daripada dunia lakonan kerana ingin menumpukan perhatian pada pasukan kriket. Saya harus bertanggungjawab atas pengurusan pasukan kriket saya.

"Ia tidak boleh dilakukan sambil lewa atau separuh masa sahaja, lebih-lebih lagi liga kriket di India akan kembali beraksi dalam masa terdekat," kata Preity dalam satu kenyataan.

Tambah Preity, dia juga mempunyai sedikit kelapangan untuk muncul sebagai pengacara.

"Saya tidak boleh menguruskan pasukan kriket dan berlakon pada masa yang sama. Menjadi pengacara okey sebaliknya berlakon memerlukan komitmen yang tinggi," jelasnya yang masih mencintai bidang lakonan.

No comments:

Post a Comment