Saturday, April 30, 2011

Panggilan Seru di layar


AKHIR-AKHIR ini banyak cerita seram atau hantu di pawagam. Tajuk-tajuk dan poster bagai menghantui dan melambai khalayak.

Sama ada kebetulan atau sebuah musim yang menyinggah khalayak,

genre ini sudah sememangnya punya peminatnya yang tersendiri. Golongan yang gemar mencabar diri melawan ketakutan dan berimaginasi dengan makhluk halus yang menyapa lewat filem. Melihatkan pencapaian filem seram, genre ini semakin diangkat khalayak dengan kutipan tertinggi dalam sejarah industri filem Malaysia melalui filem arahan Jangan Pandang Belakang yang meraih kutipan RM6.4 juta di Malaysia manakala kutipan keseluruhannya termasuk tayangan di Singapura, Brunei dan Manila berjumlah RM7.5 juta

Terbaru, sebuah filem bergenre seram iaitu Seru tampil dengan kelainan. Filem terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd. (TUSB) dan Hanamia Services Sdn. Bhd ini diarahkan oleh dua sutradara muda iaitu Pierre Andre dan Woo Ming Jin yang pertama kali berkolaborasi mengarahkan filem seram.

Penggambaran filem yang mengambil masa 20 hari itu dilakukan di beberapa lokasi menarik di Hulu Langat dan Lanchang, Pahang. Mengambil pelakon-pelakon muda seperti Sharnaaz Ahmad, Awal Ashaari, Nisha Dirr dan Khatijah (Kat) sebagai pemeran, filem yang menelan belanja sebanyak RM1.48 juta ini telahpun menemui peminat filem tempatan di 54 pawagam di seluruh Malaysia mulai Khamis lalu.

Menariknya, sebelum ditayangkan filem ini mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila terpilih mewakili Malaysia ke Far East Film Festival (FEFF) ke-13.

Kopitiam bersembang dengan dua pelakon muda yang sebelum ini banyak terlibat dengan drama dan kali ini diberi peluang menjanakan bakat mereka di layar filem.

Bagaimana pengalaman bekerja dengan dua orang pengarah iaitu Pierre Andre dan Ming Jin dalam filem Seru ini?

Sharnaaz Ahmad (SA): Sangat menyeronokkan kerana saya diberi ruang untuk berkarya. Mereka memberi saya kelonggaran dan kebebasan untuk berlakon dengan sepenuh jiwa. Pierre, orangnya sangat relaks tetapi sangat serius tentang lakonan dan saya sempat dicuci . Ming Jin pula lebih kepada aspek teknikal. Saya pernah bekerja dengan Ming Jin dan ini kali pertama bekerja di bawah arahan Pierre. Kedua-duanya bijak memperhalusi karakter dan pandai mengambil sudut terbaik bagi menghidupkan cerita.

Nisha Dirr (ND): Sepanjang penglibatan saya dalam filem ini, saya lihat Pierre sangat menjaga aspek lakonan manakala Ming Jin pula sangat teliti dengan perkara teknikal. Satu kombinasi yang bagus. Pierre banyak membantu saya daripada segi mood. Sangat mengujakan kerana dapat berlakon di bawah dua pengarah yang teliti dan bagus.

Untuk pelakon yang boleh dikatakan baru, mungkin terlibat dengan cerita hantu atau seram boleh mempamerkan lagi ekspresi dan menjangkau kepada skil yang sedikit ekstrem?

SA: Dalam filem ini saya memang bercakap seorang diri. Tahap ekstremnya terletak di situ, sedikit liar. Tapi kalau mengeskpresikan rasa takut sebenarnya tidak dengan hanya cara menjerit. Dalam filem ini, ekspresi saya lebih kepada marah, terhadap hantu yang mangganggu saya sedangkan saya tidak mengacau dia. Sampai satu tahap karakter saya berdepan dengan putus harapan kerana sudah tidak ada jalan penyelesaian.

Ini kepelbagaian ekspresif yang saya mainkan mengikut jalan ceritanya yang cukup bagus.

ND: Saya tidak pernah bawakan watak sebegini. Sari tidak mempunyai dialog dan dia bunuh semua orang! Jadi saya perlu bermain dengan kekuatan emosi. Malah saya juga tidak pernah dirasuk, jadi perlu lakonkan sebaik mungkin. Ke tahap ekstrem, saya keluarkan segala yang ada dalam diri saya. Karakter yang banyak mengerang dan merengus. Sangat sukar pada mulanya kerana banyak juga bermain dengan pergelutan. Namun saya suka dan sejauh ini, banyak respons positif yang saya terima.

Biasanya filem hantu akan berkisar tentang sebuah pengembaraan. Adakah ini klise di mata kalian ?

SA: Hantu berada di mana-mana terutamanya dalam hutan atau tempat yang sudah lama tidak dikunjungi. Kita pergi ke tempat dia, dan ini yang menyebabkan ada pengembaraan. Kena pandai jaga mulut di tempat-tempat tertentu. Biasanya ia begitu. Maka ia memang melibatkan pengembaraan.

ND: Kalau melihat daripada sudut filem Seru, ia bukan sebuah filem pengembaraan tetapi berlaku di tempat penggambaran. Malah pertama kali filem tempatan menggunakan teknik kamera seperti filem Quarantine. Saya rasa ini pertama kali dibuat di Malaysia. Sepanjang pemerhatian saya belum ada lagi teknik kamera begini. Jalan cerita juga berbeza dengan filem seram yang pernah ada. Kalau sama mungkin kebetulan tapi saya boleh katakan ini sebuah filem lain daripada yang lain. Secara umum, filem hantu kita tidak klise malah ada kepelbagaian.

Bagaimana mencapai kepuasan berlakon untuk filem bergenre seram?

No comments:

Post a Comment