PENGACARA Daphne Iking telah bernikah dengan ahli perniagaan Azmi Abdul Rahman atau dikenali sebagai Joe selepas memeluk agama Islam dengan nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking.
Majlis pernikahan tersebut berlangsung pada 8 Januari lalu di kampung halamannya di Penampang Sabah yang turut dihadiri oleh keluarga dan teman rapat sahaja.
Dira & Zizan pengganti Fara & Wahid
Pada Selasa lalu, pihak TV3 mengumumkan kebenaran pengacara Zizan Raja Lawak dan Dira Abu Zahar akan menggantikan pengacara Fara Fauzana dan Wahid (Senario) berkuatkuasa April ini.
TV3 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Selasa memberitahu, selari dengan tempoh tamat kontrak Wahid dan Fara Fauzana pada penghujung Mac ini, pihak TV3 dengan sukacita memperkenalkan gandingan Zizan dan Dira selaku pengacara ataupun pemangkin baru Melodi.
Menurut penerbit Melodi, Azman Abd Ghafar, pihak TV3 tidak menafikan keserasian dan kehebatan Wahid dan Fara selama hampir enam tahun memikul tanggungjawab sebagai pengacara Melodi.
Namun, selepas perbincangan dalaman dan berdasarkan sesi pemilihan calon pengantara yang telah dilakukan beberapa bulan sebelum ini, pertukaran pengacara Melodi adalah satu langkah strategik dan wajar dilakukan.
Sebelum dikenali sebagai pelakon, Dira telah pernah menjadi pengacara untuk program Beat TV, Pulus Mania dan Jom Ronda.
Dia juga pernah menjadi penyampai radio Xfress FM pada tahun 2007 manakala Zizan merupakan pengacara program Gelanggang Raja Lawak di Astro Prima (saluran 105).
Bapa mertua belum restu Raisuddin Hamzah sebagai menantu
Walaupun peristiwa penyanyi popular tahun 80-an, Raisuddin Hamzah bernikah kali kedua di Selatan Thailand telah empat tahun berlalu, bapa wanita terbabit masih tidak merestui perkahwinan itu yang dibuat tanpa pengetahuannya.
Suberi Abdullah, 51, berkata, Raisuddin yang dikenalinya sejak tahun 2002 apabila sering datang ke kedai makan yang diusahakannya juga tidak pernah memaklumkan hasrat untuk berkahwin dengan anaknya, Siti Fatimah.
No comments:
Post a Comment