Get widget

Thursday, February 3, 2011

Barbie Hsu Tempah Pesawat Untuk Majlis Kahwin


AKTRES Taiwan, Barbie Hsu (gambar) merancang melangsungkan majlis resepsi perkahwinannya di Sanya, Pulau Hainan, China pada 22 Mac ini.

Pelakon siri Meteor Garden dan bakal suaminya, Wang Xiao Fei sengaja memilih tempat yang jauh untuk menghindari publisiti.

Untuk menerbangkan keluarganya, Barbie dipercayai terpaksa menempah pesawat dan mengeluarkan kos sehingga RM262,618.71.

Menurut Xin MSN, Rabu, keluarga kedua-duanya akan terbang dengan pesawat yang sama ke Sanya pada 21 Mac dan kembali ke Taiwan pada 24 Mac ini.

"Jika perlu menaiki pesawat, jadi kami akan naik pesawat tetapi jika perlu menaiki kereta, jadi kami akan naik kereta," kata ibu Barbie.

Ketika ditanya tentang berapa ramai ahli keluarga yang akan berangkat menuju Sanya, ibu pelakon itu hanya katawa.

Menurutnya tempoh perkahwinan tersebut masih lama dan Barbie belum memutuskan berapa orang yang akan mengikutinya ke sana.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More