Sunday, February 13, 2011

Kilafairy suntik bibir?

MACAM-MACAM cerita tentang anak dara penyanyi Rohana Jalil, si Kilafairy ni sekarang. Baru-baru ini pelakon baru itu sibuk digosipkan dengan pengarah dan pelakon kacak, Yusry KRU. Tapi nampaknya mereka berdua berdiri di atas nama profesional dan mengaku bersahabat dan perhubungan itu terjalin atas dasar kerja. Yelah, si Kila merupakan pelakon filem Karak arahan Yusry. Mungkin jadi rapat sewaktu di lokasi.

Tetapi ini bukan cerita pasal gosip cinta. Baru-baru ini Diva dapat e-mel daripada seseorang. Siap dengan gambarlah di e-melkan sebagai bahan bukti. Dia terus bercerita tentang ketidakpuasan hatinya.

"Va, aku ni bukan nak menyibuk tetapi aku ni dapat sumber yang sah daripada seorang teman. Katanya si Kilafairy tu buat suntikan bibir di sebuah spa di Melawati. Kalau kau amati gambar yang aku kirimkan, pasti kau nampak perbezaannya. Aku cuma nakkan kepastian sebab aku nampak bibirnya tu seksi sangat," kata teman Diva yang meletup juga.

Diva mahu mendapatkan Kila tetapi baru diingatkan oleh seorang teman bahawa dia sekarang sedang enak bercuti di Perancis. Nanti dia balik, Diva terus nak carilah. Nak tanya rahsia bibir mungil pelakon siri drama Hotel Mania ni.

Diva: Senyum Diva seksi, bukan bibir.

No comments:

Post a Comment