Monday, February 14, 2011

Lisa Surihani Berkempen Untuk Walk For Children: 1 Malaysia Goes Green


Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (ISKL) menjemput seluruh rakyat Malaysia menyertai Walkathon Amal yang dinamakan “Walk For Children: 1 Malaysia Goes Green” bagi mengumpul dana untuk kanak-kanak kurang bernasib baik. Walkathon ini akan diadakan pada hari Ahad, 13hb Mac 2011, bertempat di Dataran Merdeka pada jam 9.00 pagi. Semua dana yang bakal dikumpulkan akan diderma sepenuhnya kepada Shelter Home Petaling Jaya dan Rumah Kasih Sayang Rawang.

“Walk For Children: 1 Malaysia Goes Green” dinaungi oleh Yg. Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia manakala aktres terkenal Malaysia iaitu Cik Lisa Surihani telah dilantik sebagai duta untuk program ini.

Bakal menampilkan tiga laluan berbeza iaitu : 3km, 5km dan 1km untuk peserta kurang berupaya, acara ini menjanjikan pelbagai bentuk hadiah yang menarik untuk para pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

“Walk For Children: 1 Malaysia Goes Green” dijadualkan bermula jam 8.30 pagi manakala pendaftaran akan bermula seawal jam 6.30 pagi. Pelbagai aktiviti sampingan telah diatur bagi memeriahkan acara ini.

Bayaran yang dikenakan untuk menyertai “Walk For Children : 1 Malaysia Goes Green” adalah sebanyak RM15 untuk pra pendaftaran manakala RM20 jika mendaftar pada hari berlangsungnya acara. Para peserta akan menerima bag cenderahati dan kemeja-T eksklusif “Walk for Children: 1 Malaysia Goes Green”.

Sementara itu, ISKL turut mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai dan badan koprat untuk menjayakan acara ini. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi Pengarah Pemasaran ISKL Puan Hilda Alposilva di talian +603.4259.5623.

No comments:

Post a Comment