Get widget

Saturday, February 5, 2011

Berhenti Berlakon, Zizie Ezette Rancang Terbit Filem


PETALING JAYA: Dramatis Zizie Ezette yang tidak lagi aktif berlakon kini merancang untuk menerbitkan sebuah filem hasil kerjasama dengan ahli keluarganya pula.

Kata isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Mokhtar itu, meskipun tidak lagi aktif berlakon, minat yang mendalam terhadap bidang lakonan tidak menghalang Zizie untuk menerokai bidang penerbitan filem pula.

"Saya memang sudah tidak aktif berlakon sejak berkahwin tetapi kini sedang merancang untuk menerbitkan sebuah filem pula. Ia akan melibatkan kerjasama kami sekeluarga sebagai tulang belakang kepada produksi itu," katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Tambah Zizie, projek filem bergenre seram komedi itu bakal diterbitkan dengan menggunakan skrip tulisan ibunya yang juga aktres Khaty Fauziah, selain turut melibatkan adiknya aktor Shaheizy Sam dan suami selaku penerbit bersama.

"Projek filem ini adalah kerjasama kami anak-beranak. Buat masa ini, saya sedang menunggu ibu siapkan skripnya, manakala Sam dan suami saya mungkin akan bertindak sebagai penerbit.

"Bagaimanapun, semuanya masih terlalu awal untuk diumumkan. Apabila tiba waktunya, saya akan hebahkan perkara ini," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More