Monday, February 14, 2011

Chap Goh Meh: TV2 Tampilkan Program-Program Terkini


PETALING JAYA: Semarak sambutan Tahun Baru Cina yang diraikan pada 3 dan 4 Februari lepas diteruskan dengan sambutan Chap Goh Mei sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.

Justeru itu, sempena dengan sambutan tersebut, Radio Televisyen Malaysia (RTM) meraikannya dengan menyiarkan dua program menarik iaitu Muzikal Khas: Chap Goh Mei 2011, pada pukul 12.30 tengah hari dan sebuah filem menghiburkan bertajuk Market's Romance (10.00 malam) pada 17 Februari 2011 menerusi Saluran Dunia Ria, TV2.

Program Muzikal Khas : Chap Goh Mei 2011 menampilkan pengacara Cindy Chen dan Johnson Wee ini menariknya bakal mengajak penonton berkongsi pendapat dengan beberapa orang awam akan ditanya beberapa soalan tentang sambutan itu.

Lagu-lagu daripada artis popular yang menghiburkan serta permainan sketsa yang disediakan di dalam rancangan ini untuk menyambut perayaan hari Chap Goh Mei seperti diselitkan beberapa lagu MTV kanak-kanak dari Rabbit 2, Teen Angels, MV oleh Fish Leong, Elaine Kang, 988Dj, Micheal dan banyak lagi. Ada juga diselitkan ucapan khas dari selebriti Jay Jay, Elaine Kang, Will, Woo Jia Hui dan Rynn. Menyusul kemudiannya filem tayangan khas sempena Chap Goh Mei bertajuk Market's Romance lakonan Ellen Chan, Loletta Lee Lai – Chun, Elle C Ronald Cheng, Edmond Cheng dan Lui Fong.

Kisahnya berlegar watak seorang penjual ikan bernama Kudzu yang mempunyai harapan besar untuk adiknya, Bean. Dia mahukan adiknya menjadi seorang yang terkenal. Akan tetapi Kudzu sangat kecewa apabila mendapati adiknya telah jatuh cinta pada seorang penjual daging di pasar yang sama.

Apakah yang terjadi apabila Kudzu cuba untuk memisahkan Bean dengan kekasih hatinya itu? Ikuti kisah selanjutnya yang bakal disiarkan meraikan Chap Goh Mei ini.

No comments:

Post a Comment