Sunday, February 13, 2011

Julie Woon dan Qi masih bercinta?


Sejak Julie Woon bergandingan dengan Qi didalam drama bersiri Blogger Boy yang sedang ditayangkan di 8tv, mereka nampaknya mula membuahkan bibit-bibit cinta diantara mereka.

Gosip yang mengatakan Julie Woon dan Qi bercinta tak dapat lagi diselindung oleh mereka, Julie Woon juga mengaku yang Qi menepati kriteria lelaki idamanya. Memangla.. tengah hangat bercinta ni memang semuanya sempurna. Jom kita dengar pengakuan Julie Woon tentang Gosip yang mereka sedang bercinta ini.

“Saya tidak menafikan kami berada dalam fasa saling mengenali. Saya tidak pernah mengimpikan keluar dengan ahli pemuzik. Selain berlainan bangsa, dia juga lelaki yang tinggi lampai.

“Moga-moga kami ditakdirkan bersama-sama… dia mempunyai segala-gala kriteria yang tidak pernah saya fikirkan.

“Segala-galanya bergantung kepada jodoh dan kemajuan dalam perhubungan kami,” akui Julie sambil senyum tersipu-sipu dan mengerling ke arah Qi yang menemaninya.

“Saya tidak takut perhubungan kami diketahui.. asalkan kami tidak mengambilnya dari perspektif negatif atau mengganggu kerja-kerja lakonan kami dalam Blogger Boy musim kedua nanti,” dedah Julie.

Apakah keistimewaan Qi di mata Julie? “Qi sangat merendah diri. Dia menegur semua orang dan tidak pernah memburuk-burukkan orang lain.

“Qi ialah jenis orang yang ‘rare’. Dia percaya pada karma iaitu buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Misalnya, jika dia melihat orang lain tertekan, dia akan cuba berjenaka,” ujar Julie.

Julie turut mendedahkan Qi ialah seorang yang romantis. Menurutnya, Qi akan bermain gitar, dram dan menyanyi untuk menghiburkan hatinya.

- wah! taniah buat buat pasangan yang sedang hangat bercinta ni, berlainan bangsa bukan penghalang buat mereka. Kami berharap hubungan mereka ni bakal berjaya sehingga ke jinjang pelamin.

No comments:

Post a Comment