Monday, February 14, 2011

Permohonan Norish Karman Ditolak


SHAH ALAM: Permohonan interlokutari (permohonan dalam permohonan) yang difailkan oleh dramatis Singapura, Norish Karman berhubung tuntutan hak penjagaan anak terhadap bekas suaminya ditolak oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Isnin.

Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin menolak permohonan tersebut dengan kos, yang akan ditafsirkan oleh Pendaftar Mahkamah kelak.

Keputusan itu sekali gus membenarkan bantahan awal yang difailkan oleh Datuk Hishamuddin Abdul Kadir untuk membatalkan permohonan interlokutari itu.

Pada penghakimannya, Zainor Rashid berkata, tidak wajar untuk mahkamah melayan permohonan tersebut kerana ia akan mengakibatkan berlaku ketidakadilan memandangkan ia akan melewatkan proses induk, iaitu permohonan hak jagaan kekal di mahkamah.

Mahkamah juga berpendapat, keputusan berkaitan pendidikan anak adalah terletak di bawah keputusan permohonan induk, apabila kes tersebut selesai dibicarakan.

Turut ditolak ialah tuntutan pelakon drama Spa Q itu untuk mendapatkan sebuah kereta jenis Nissan Murano untuk kegunaan anak-anak.

“Mahkamah berpendapat anak-anak tersebut tidak mempunyai kepentingan dalam perkara tersebut

“Adakah benar dengan usia anak yang tidak sampai 10 tahun memerlukan kenderaan tersebut dan benarkah bapanya juga berkemampuan untuk menyediakannya?,” katanya.

No comments:

Post a Comment