Get widget

Saturday, March 12, 2011

Seri ibu Sazzy


“BUKAN satu, tetapi dua!,” demikian cerita yang diterima berhubung kandungan Sazzy yang dikhabarkan teman-teman baiknya.

Dynaz, Yasmin Hani, Daphne Iking, Aishah Sinclair, Atilia dan Serena C menerima berita bahagia itu menerusi pesanan BlackBerry. Pastinya kesemua rakan Sazzy yang digelar ‘Celepets’ itu berasa gembira menerima berita bahawa dia mengandungkan bayi kembar perempuan.

Sazzy mahu merahsiakan nama anak-anaknya yang mahu dijadikan kejutan buat rakan-rakan serta para peminatnya.

Aktres kecil molek ini mendirikan rumah tangga bersama Nazril Idrus pada 8 November 2006. Mereka pernah dinamakan sebagai Pasangan Selebriti Paling Diminati oleh majalah Eh! hasil undian pembacanya pada Julai 2010.

Buat Sazzy, keterujaannya berlipat ganda kerana ini merupakan cucu pertama keluarganya.

Bersempena dengan sambutan kelahiran puteri-puteri pasangan ini, satu acara ‘Lil’ Divas Baby Shower’ diadakan pada 6 Mac lalu di The Pink Sage, Solaris Duta Mas.

Dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat, kedua-dua pasangan yang pernah bergelar Naib Juara program Sehati Berdansa ini mendapat pelbagai hadiah berupa barangan bayi sebagai tanda cenderahati dan persediaan teman-teman untuk turut menyambut bayi-bayi kelahiran mereka.

Semuanya bagaikan tidak sabar menanti kelahiran ‘diva-diva’ kecil ini yang dijadualkan lahir pada 24 Mei kelak.

Pesan rakan-rakan buat Nazril yabg mesra dipanggil Nash; “Anda bakal menjaga bukan satu, bukan dua tetapi tiga diva!”.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More