SEJAK lagunya yang berjudul Friday menjadi popular di dunia maya, si penyanyi, Rebecca Black tampil membaut kenyataan dnegan menzahirkan rasa sedih dan kecewa terhadap kritikan yang dilemparkan pendengar terhadap lagu tersebut.
"SEmua komen yang pedas-pedas dilemparkan kepada lagu Friday itu membuatkan saya terkejut dan sedih. Kadang-kadang saya rasa dijadikan bahan umpatan di dunia maya," ujar Rebecca yang dipetik dari The Daily Beast.
Sebelum ini, lagu tersebut dikatakan sangat tidak berkualiti dan mempunyai lirik yang buruk. Bagaimanapun, Rebecca menyatakan bahawa dirinya sama sekali tidak terlibat dalam pembikinan lirik lagu Friday itu.
"Lagu-lagu yang berkaitan cinta-cinta dewasa yang lain saya belum mengalaminya, jadi saya memilih menyanyi lagu friday yang menceritakan tentang kehidupan remaja.
Biarpun, Rebecca diberi pilihan untuk mengeluarkan video tersebut dari laman Youtube, namun dia memilih untuk membiarkan sahaja dan beranggapan sukar untuk memuaskan hati semua pendengar.
Sebahagian pengkritik memberikan komen yang mengatakan lagu tersebut sangat bodoh.
No comments:
Post a Comment