Tuesday, March 15, 2011

Hans Isaac Gerun 'Diburu' Wanita Fanatik


PETALING JAYA: Pelakon dan penerbit kacak, Hans Isaac, 39, membuat pengakuan mengenai kebimbangannya apabila diganggu menerusi telefon bimbit oleh seorang peminat wanita fanatik.

Jelas pengarah teater muzikal LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal (LKBSM) itu, wanita tersebut akan menghubungi atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak kira waktu dan tempat.

"Sejujurnya, saya takut dan gerun dengan gangguan seperti ini. Saya pun tidak pasti sejak bila gangguan ini bermula tapi sudah lebih setahun rasanya saya menerima gangguan daripada orang yang sama.

"Bukan setakat cuba menghubungi atau menghantar SMS sahaja. Lebih teruk lagi, dia juga pernah menghantar gambar-gambar yang tidak elok untuk 'memancing' saya," akuinya dalam satu pertemuan bersama mStar Online.

Walaupun pengarah filem Cuci itu tidak menganggap gangguan tersebut sebagai satu ancaman serius, Hans mengakui tetap berasa rimas dan letih dengan perkara tersebut.

"Saya pun tidak faham mengapa dia tidak pernah putus asa untuk mengganggu saya. Sedangkan saya tidak pernah sekalipun membuka ruang untuk membalas panggilan atau SMS yang dihantar," katanya.

No comments:

Post a Comment