Thursday, March 17, 2011

Nurul Syuhada Akan Maklumkan Tarikh Kahwin


PETALING JAYA: Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, 27, masih berahsia tentang tarikh perkahwinannya walaupun sering ditanya oleh para wartawan.

Bagaimanapun, jelitawan itu berkata, dia akan memaklumkan perkara tersebut apabila masanya sudah tiba.

“Insya-Allah, kalau ada berita baik, saya akan kongsi bersama dengan anda semua. Itu semestinya," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun Avon yang ke-125, di ibu pejabat syarikat kosmetik itu di sini Selasa.

Nurul Syuhada ialah jurucakap produk Avon.

Ditanya sama ada hari bahagianya itu pada tahun ini, Nurul Syuhada berkata; “kita tunggu dan lihat."

Dia pernah dikaitkan dengan calon angkasawan negara Mejar Dr Faiz Khaleed sebelum ini.

Sementara itu, Nurul Syuhada yang juga bekas pengacara Nona berkata, dia berasa cukup bertuah kerana diberi kepercayaan oleh syarikat kosmetik itu untuk tampil sebagai wajah Avon.

"Saya rasa menjadi jurucakap set mekap Avon Colours amat serasi. Ini kerana saya turut terlibat dalam banyak aktiviti luar serta menghadiri acara-acara lain.

"Dengan penawaran set mekap ini, ia bermakna saya tidak mempunyai alasan lagi untuk tampil cantik di mana sahaja. Sama ada kita panjat gunung, mengembara dalam hutan, hadir ke majlis rasmi, kita akan tampil cantik, segar dan menawan dengan produk kosmetik Avon," jelasnya.

Mengenai perkembangan kerjayanya, Nurul Syuhada berkata, dia masih mengacarakan Majalah TV3, bergelar wartawan penyiaran stesen televisyen itu serta menjadi pengacara Misi Hari Ini yang ke udara seminggu sekali.

"Apa-apa pun, prioriti masih kepada Majalah Tiga," katanya.

No comments:

Post a Comment