WASHINGTON: Sumber rapat kepada penyanyi dan pelakon Justin Timberlake menegaskan aktres Mila Kunis bukan punca perpisahan penyanyi itu dengan kekasihnya Jessica Biel, seperti mana yang kecoh diperkatakan.
"Mila langsung tiada kena-mengena dengan perpisahan mereka (Justin dan Jessica) seperti yang didakwa. Malah, ia juga bukan disebabkan oleh kehadiran orang ketiga.
"Mereka menganggap sudah tiba waktunya untuk berpisah dan meneruskan kehidupan masing-masing," katanya seperti dipetik People Magazine.
Menjelaskan dakwaan terbaru yang mengatakan Timberlake kini menjalin hubungan dengan Kunis, sumber itu berkata: "Perkara itu adalah tidak benar. Mereka tidak bercinta.
"Sebaliknya, mereka sama-sama berlakon dalam filem Friends with Benefits dan hanya berkawan biasa. Itu sahaja."
No comments:
Post a Comment