Thursday, August 4, 2011

Farawahida Hasilkan Lagu Hari Raya


PETALING JAYA: Penyanyi Farawahida mengakui teruja apabila impian untuk mempunyai lagu Hari Raya nyanyiannya sendiri terlaksana selepas siap merakamkan lagu berjudul Hayati Raya Sejati.

Menurut Fara, rezeki untuk merakamkan lagu tersebut datang tanpa disangka apabila komposer bernama Tot meminta untuk dia menyanyikan lagu tersebut.

"Saya sudah lama inginkan mempunyai lagu Hari Raya sendiri dan tanpa disangka Tot meminta untuk merakamkan lagu berkenaan.

"Pada awalnya saya hanya mahu mendengar sahaja lagu itu tetapi selepas itu saya rasa tersentuh dan setuju untuk merakamkannya," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Tambah Fara, proses rakaman berserta klip video telah siap dan bersedia untuk dikeluarkan kepada umum.

"Proses pembikinan telah siap sepenuhnya pada bulan lepas termasuk menghasilkan klip video sekali.

"Sementara dari segi promosi sempat saya nyanyikan ketika rakaman-rakaman program Hari Raya untuk tahun ini," katanya.

Jelasnya lagi, dia gembira dan tidak sabar untuk menyanyikannya pada majlis Hari Raya nanti dan tidak perlu menyanyikan lagu artis lain.

"Sebelum ini jika dijemput ke program hari Raya tentu masalah utama saya untuk menyanyikan lagu orang lain, tapi sekarang saya tidak sabar untuk menyanyikan lagu sendiri," katanya yang baru keluar dengan “single” Jangan Tanya Aku Lagi dan lagu tema Supermak berjudul Kuasa Wanita.

No comments:

Post a Comment