SUATU ketika dahulu, gadis ini begitu ligat dihambat kontroversi. 
Tidak sudah dengan cerita mengenai gambar-gambar hangat bersama kekasih 
hati, tersebar pula khabar angin dia dibelasah sang buah hati, Ammar 
Alfian.
Tidak terhenti di situ sahaja, cerita-cerita negatif terus menjadi asam garam buat Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.
Serik dengan cerita yang dia sendiri berasa tidak masuk akal, Puteri 
Sarah Liyana mengambil keputusan untuk lebih berhati-hati dalam setiap 
tindakan.
Cerita-cerita mengenai gadis berusia 27 tahun itu sedikit demi 
sedikit menjadi sejuk, begitu juga namanya yang semakin tidak sensasi. 
"Memang tidak dinafikan saya kini lebih low profile. Sudah serik 
dengan cerita yang bukan-bukan kerana tidak mahu orang mengenali saya 
dengan cerita-cerita kontroversi.
"Saya berasa lebih selesa dengan keadaan sebegini dan lebih baik kerana tidak tertekan dengan tohmahan orang," ujarnya lagi.
Biarpun kurang tampil di dada-dada akhbar, namun rezeki Puteri Sarah 
tidak pernah susut. Dia yang mengambil masa setahun menamatkan pengajian
 peringkat ijazah kedua pada tahun lalu itu sentiasa menerima rezeki 
mencurah.
Setelah tampil menerusi filem Lu Pikirlah Sendiri the Movie serta 
drama seperti Na O Mei, Asmaradana dan Putera Katak, Puteri Sarah kini 
muncul menerusi drama terbaharu di dalam slot Aksi di TV3 berjudul 
Indera Joned.
Drama baharu tersebut ditayangkan setiap hari Isnin pada pukul 9 malam.

No comments:
Post a Comment