JAKARTA: Menjelang hari pernikahan pasangan Anang Hermansyah 
dengan Ashanthy Siddiq pada 12 Mei depan, kedua-dua pasangan itu melalui
 ujian getir apabila sering berselisih faham.
Ashanthy berkata, sejak dua minggu kebelakangan ini, dia dan bekas 
suami Krisdayanti itu sering berkelahi kerana berbeza pendapat selain 
terlalu sensitif.
“Saya dengan Anang selama ini jarang benar untuk bermasam muka. Tapi 
apabila detik perkahwinan semakin dekat, kami menjadi semakin sensitif,”
 katanya seperti dilaporkan portal detikhot.com.
Tambah wanita itu, fikiran mereka menjadi stres tatkala membilang 
hari bahagia yang semakin hampir sehinggakan perkara kecil yang berlaku 
tidak dapat ditangani dengan sebaik mungkin.
Menurut Ashanthy ibunya banyak memberi nasihat agar tidak terlalu 
mengikut perasaan kerana pengalaman itu adalah peristiwa biasa bagi 
mereka yang ingin ke gerbang perkahwinan.
“Saya banyak beristighfar, melakukan solat untuk mengelak macam-macam perasaan yang tidak baik sebelum menjadi suami isteri.
"Malah saya juga ragu-rahu untuk mendirikan rumah tangga,” katanya.

No comments:
Post a Comment