Sejak mendirikan rumahtangga dengan pengarah,
penyanyi serta pelakon, Yusry Abdul Halim, pelakon cantik, Lisa Surihani
nampaknya tidak putus-putus menerima tawaran lakonan. Baru saja selesai
penggambaran filem ‘Dendam Orang Mati’, Lisa hari ini bakal menjalani
pula penggambaran sebuah drama siri 15 episod, ‘Di Manakah Juwitaku’,
untuk Astro Ria.
“Lisa memegang watak sebagai Anggun, seorang gadis kampung yang naif. Walau bagaimanapun, Anggun sanggup membuat sesuatu di luar kemampuan dia dalam misi untuk mencari adiknya, Juwita. Bagi drama bersiri, watak ini sangat berbeza dengan watak yang saya terima sebelum ini.”
Ketika ditemui, pelakon filem ‘Papa I Love You’ ini mengejutkan ramai apabila membuat kenyataan, “Kemungkinan selepas drama ini, ia akan menjadi drama siri saya yang terakhir. Saya hanya mahu buat filem dan itupun saya akan lebih memilih. Saya hormat orang yang buat drama siri sebab ia memerlukan komitmen yang tinggi serta tuntutan masa yang lama,” ujar Lisa menafikan suami kesayangannya itu menyekat kerjayanya selepas berkahwin.
“Ini bukan atas permintaan Yusry kerana dia sendiri lagi menyokong dan menggalakkan Lisa berlakon. Ini adalah atas keputusan Lisa sendiri kerana Lisa pun nak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri juga. Walau bagaimanapun, tengok pada keadaan dan rezeki. Jika sudah tertulis untuk buat, saya akan jalankan tanggungjawab saya.”

No comments:
Post a Comment