KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz dinobatkan sebagai juara pada konsert akhir Mania di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini, malam Sabtu.
Hafiz atau nama sebenarnya, Hafiz Suib , 22, mendapat undian
tertinggi iaitu sebanyak 28 peratus sekaligus menerima wang kemenangan
sebanyak RM500,000 beserta trofi.
Menurut bekas juara program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh
(AF7), dia bersyukur dengan kemenangan yang diperoleh walaupun tidak
menyangka mampu mengalahkan empat lagi peserta saingannya iaitu Stacy,
Jaclyn Victor, Hazama dan Aril.
"Saya terkejut dan pada masa sama gembira dengan anugerah ini.
"Semoga hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 ini dapat saya
manfaatkan dengan sebaik-baiknya," katanya pada sidang akhbar selepas
konsert berlangsung.
Dalam pada itu, produser yang dipertanggungjawabkan sebagai penerbit
Hafiz iaitu Ahmad Dhani turut menerima habuan sebanyak RM300,000.
Sementara itu, Stacy mendapat tempat kedua dengan mengumpulkan
undian sebanyak 22 peratus menerima wang tunai sebanyak RM200,000 dan
trofi.
Manakala Jaclyn Victor berada di tempat ketiga, setelah berjaya
mendapat hasil undian sebanyak 22 peratus, sekaligus memperoleh wang
tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi.
Hadiah-hadiah tersebut telah disampaikan oleh Naib Presiden
Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh diiringi Pengurus Saluran
Premium Astro, Nizam Sani.
Pada pembukaan konsert tersebut, peserta-peserta yang telah di
singkir seperti Adira, Shila Amzah, Akim, Awi Rafael dan Atilia telah
membawakan beberapa lagu medley.
Bagaimanapun, kehangatan konsert lebih dirasai dengan kehadiran Datuk Siti Nurhaliza dan kumpulan Wings.
Konsert Akhir Mania disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Astro Prima.
No comments:
Post a Comment