Sunday, November 21, 2010

Rossa Tidak Berasa Sunyi Sekarang

MENJALANI kehidupan secara bersendirian merupakan perkara biasa bagi penyanyi Rossa. Setelah bercerai dengan Yoyo Padi, dia mengaku lebih banyak menyerah kepada Allah dalam menjalani kehidupannya kini.

Rossa turut memberitahu dirinya tidak berasa terlalu kesunyian ketika menjanai hidup sebagai ibu tunggal.

"Tidaklah, kalau saya katakan yang saya sepi ia seperti saya tidak percayakan takdir. Jodoh pertemuan sudah diaturkan tuhan, saya terima sahaja jalan yang diberi oleh Allah," ujarnya seperti dipetik Kapanlagi.com.

Biarpun Rossa mengaku banyak pihak termasuk orang tuanya sering kali bertanya tentang kekasih dan pernikahan, namun perkara tersebut tidak menjadi masalah besar bagi penyanyi lagu Pudar ini.

“Jika terlalu banyak fikir tentang itu penat juga. Bagi saya masalah peribadi dan percintaan saya tidak mahu dihebohkan tapi bukan bermakna saya menyembunyikannya,” katanya.

No comments:

Post a Comment