Antara perkara yang dirungkai termasuklah ‘penyanyi lupa lirik... terkucil’, ‘artis bukan Melayu yang berjaya ke AJL’, ‘penyanyi ganti di AJL’, ‘gaya di pentas AJL’, ‘props paling menarik’ dan ‘antara rock dan indie di AJL’.
Program yang dihoskan oleh pengacara Faizal Ismail itu akan disiarkan sebanyak empat episod mulai 4 Disember, 11 Disember, 18 Disember dan 1 Januari menggantikan slot Muzik Muzik pada setiap Sabtu, pukul 5 hingga 6 petang.
Selain rakaman temubual bersama para artis, Revolusi AJL25 turut menyiarkan rakaman persembahan yang telah dirakamkan pada 23 November lalu di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Antara artis dan lagu yang terlibat adalah Ramlah Ram (Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu), Jaclyn Victor (Gemilang), Ezlynn (Hi Hi Bye Bye), Francissca Peter (Sekadar Di Pinggiran), Meet Uncle Hussain (Lagu Untukmu), Noraniza Idris (Hatinya Tak Tahan & Awallah Dondang), Hazami (Kata), Datuk Siti Nurhaliza (Nirmala) dan Adibah Noor (Terlalu Istimewa).
Turut serta adalah komposer Adnan Abu Hassan dan Aidit Alfian.
Penerbitnya, Hamsiah Biri berkata program ini dibuat sempena dengan 25 tahun ulang tahun AJL.
“Kandungan program ini lebih kepada perjalanan AJL dengan menampilkan juara AJL dan juara bagi setiap kategori. Jadi, kami telah memilih klip-klip AJL terdahulu yang terbaik untuk disiarkan kepada penonton.
“Bagaimanapun, kami mengalami sedikit kesukaran untuk mencari semula dan meneliti satu-persatu klip tersebut. Walaupun begitu kesukaran itu tidak mengganggu proses pembikinan program ini,” katanya semasa sidang media di Sri Pentas, di sini.
Debaran AJL25 akan disiarkan pada sehari sebelum Malam Kemuncak AJL25 serta Detik AJL25 selang 20 hari sebelum itu, pada setiap hari untuk satu minit.
No comments:
Post a Comment