Fatini sama sekali tidak berpuas hati dengan skrip dan olahan teater itu yang dihasilkan oleh Erma.
Beliau yang turut menghasilkan buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata adalah orang yang bertanggungjawab memberi nasihat kepada Erma selain sebagai tempat “rujuk” pengarah itu dalam menghasilkan pementasan berkenaan.
Erma membalas kritikan itu dengan lantang sekali. Menurutnya, pementasan tersebut merupakan sejarah milik masyarakat dan bukannya hak milik peribadi Fatini atau adaptasi daripada novel tulisannya.
Dalam pada itu, Erma mengakui sejak pementasan pertama, Fatini telah menunjukan rasa kurang senang terhadap skrip yang ditulisnya, malah tidak bersetuju dengan simbolik yang cuba ditunjukkan oleh Erma.
Lantaran daripada itu, dia mengalu-alukan Fatini untuk mengarah pementasan teater kali kedua tersebut pada 25 November sehingga 5 Disember ini. Jadi, tunggu dan lihat sama ada Erma atau siapa yang akan mengarahkan teater Natrah nanti.
No comments:
Post a Comment