Wednesday, November 24, 2010

Fabrizio meriahkan Anugerah Nagaswara

Penyanyi lagu Cari Jodoh versi bahasa Inggeris, Fabrizio Faniello akan menghangatkan Nagaswara Music Awards 2010 di Jakarta Comvention Centre, Jakarta, Indonesia pada 7 Disember ini. Semestinya lagu itu bakal dipersembahkannya nanti.

Fabrizio akan berada di Indonesia mulai 3 hingga 12 Disember untuk mempromosikan lagu tersebut serta sebuah lagi lagu popular kumpulan Wali Band yang turut dialihbahasa ke Bahasa Inggeris iaitu Baik Baik Sayang.

Adakah Fabrizio akan duet dengan Wali Band?

Pengurus penyanyi kelahiran Malta dari syarikat Cap Sound, Manfred Holz memberitahu Mangga Online melalui BlackBerry Mesenger (BBM) pasal penglibatan penyanyi itu dalam acara anjuran syarikat rakaman yang semakin menyerlah itu. Adakah Fabrizio akan menyanyi secara duet dengan Wali? Tunggu saja nanti.

Wakil Mangga Online akan bersama-sama dalam acara itu dan akan membuat liputan menyeluruh dengan perkembangan terkini langsung dari Jakarta. Tunggu ya!

Nagaswara Music Awards (NMA) dengan moto Awarding Sesungguhnya itu adalah julung kali diadakan bagi mengiktiraf bakat seni artis yang bernaung dia bawah payung syarikat itu. Anugerah tersebut akan disiarkan secara langsung di kaca TV. Sesuai dengan kedudukan syarikat itu yang kini semakin gah pada usia 11 tahun.


Kacak

Sekarang Nagaswara memiliki 372 artis semestinya anugerah tersebut bertepatan sekali. Banyak juga artis naungan syarikat ituyang popular di Malaysia antaranya Wali, Kerispatih, T2, Hello, Tompi, Armada dan lain-lain.

“Di antara mereka akan kita beri award sesuai dengan kategori yang telah dinilai dan diputuskan oleh juri,” kata jurucakap Nagaswata Music Group, Rahayu K kepada media di Indonesia.

Dia juga berharap acara itu akan menjadi acara tahunan bermula tahun ini. Antara artis yang disenaraikan muncul pada acara itu ialah, Ruth Sahanaya, Titi DJ, Wali dan ramai lagi.

"Anugerah ini adalah penghargaan kita terhadap seniman muzik dan semua yang terkait dengan Nagaswara. Kita berharap dengan demikian, akan makin erat sinergi dan makin kuat semangat untuk terus mengembangkan industri dan produksi muzik,” tuturnya lagi.

No comments:

Post a Comment