HENDAK seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Jika mahukan sesuatu,
siapa-siapa pun sanggup berusaha berubah jadi baik. Diva percaya itu.
Jadi bila Sharnaaz kata dia nekad nak berubah daripada cepat nak
panas baran kepada orang yang lebih cool demi kebaikan diri, Shila dan
keluarga, itu satu hijrah yang baik. Alah, bab panas baran ni, Diva
sendiri memang ratu panas baran. Nak-nak, kalau tengah deadline.
Jadi, tak perlulah nak kecoh-kecoh, semua orang ada perasaan yang
penting kena bijak kawal nafsu. Bab Shila cakap benda yang dia tak suka
pasal sikap Sharnaaz, Diva rasa itu pun cerita lama. Sebab dah tak ada
cerita baharu, Shila bercerita pasal lelaki bagaimana yang dia suka dan
tak suka, tapi sebelum dia kenal Sharnaaz. Ikutkan hati semua nak yang
sempurna.
Satu lagi, Diva rasa, suara sumbang gesa Sharnaaz dan Shila supaya
segera berkahwin daripada duk bercinta lama-lama, ada juga nampak macam
tak bijak. Bukan nak galakkan supaya ramai lagi pasangan bercinta
teruskan agar bercinta lebih sakan, tapi sebab kahwin bukan perkara
boleh main petik jari sahaja.
Sharnaaz memang dah umur 27 tahun tapi Shila baru 22 tahun, baru
kenal rasa bercinta itu apa. Tapi, dah namanya artis, kalau dah bercinta
tu, soal kahwin memang wajib ditanya. Diva percaya, ibu bapa kedua-dua
belah pihak sudah ada perancangan dalam hati. Sebab itu bila ND Lala,
ayah Shila tak kata 'ya' dan tak kata 'tak' dengan episod cinta anak
gadisnya, dia sebenarnya tengah perhati dan tunggu masa yang sesuai
sahaja. Kerja jodoh tu kan rahsia Tuhan.
No comments:
Post a Comment