SEBELUM ini berita pernikahan pasangan Saif Ali Khan dan
Kareena Kapoor menimbulkan spekulasi apabila kedua-dua mereka enggan
mendedahkan butiran mengenai hari bahagia mereka.
Namun kini khabar tersebut disahkan sendiri oleh Kareena dan mendedahkan beberapa butiran mengenai persiapan perkahwinannya.
Portal One India melaporkan, bintang Bollywood itu menegaskan
bahawa persediaan majlis tersebut sedang berjalan dan sekaligus
menyangkal dakwaan bahawa mereka telah berkahwin tanpa pengetahuan umum.
"Tidak mungkin kalau saya sudah berkahwin orang tidak tahu kerana
jika perkara itu berlaku saya akan memberitahu kepada umum," katanya.
Selain itu, Kareena juga memberitahu kesal dengan laporan media yang
mensensasikan berita pernikahannya sehingga ia menjadi kecoh.
No comments:
Post a Comment