PETALING JAYA: Pelakon Nadiya Nissa akhirnya menamatkan 
tugasnya sebagai pegawai perhubungan awan di sebuah jabatan kerajaan dan
 ingin memberikan fokus kepada bidang lakonan.
Nadiya, 27, berkata, dia tidak menyambung kontrak untuk jawatan itu 
selepas memikirkan minatnya dalam bidang lakonan serta tawaran yang 
tidak putus-putus diterimanya.
"Saya perlu mengorbankan salah satu kerana buat masa ini tidak 
mungkin saya mampu mengalas dua tanggungjawab secara serentak dan saya 
memilih untuk meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan.
"Secara jujur bukan mudah untuk membuat keputusan ini tetapi atas 
dorongan daripada suami dan keluarga saya teruskan hasrat," katanya 
kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Nadiya mengakui persaingan dalam industri perfileman 
sangat hebat dan menjelaskan sudah bersedia untuk menghadapi cabaran 
itu.
Sebagai pelakon dia peercaya selain persaingan perkara utama yang 
perlu diberi perhatian untuk terus kekal dalam industri seni adalah 
disiplin.
Sementara itu, ditanya mengenai kegagalan filem lakonannya iaitu Jiwa Taiko
 yang kurang mendapat sambutan di pawagam, Nadiya berkata daripada aspek
 seni dan produksi karya Osman Ali itu tidak pernah gagal dan menganggap
 perkara itu sebagai lumrah.
Nadiya telah melunaskan tanggungjawab walaupun sedikit kecewa dengan penerimaan masyarakat terhadap filem itu.
"Kecewa memang kecewa tetapi ia perlu dilihat daripada banyak faktor 
kerana tidak mendapat sambutan bukan bererti jalan cerita dan sudut 
teknikalnya juga gagal," ujarnya.

No comments:
Post a Comment