PERCINTAAN yang melibatkan lelaki yang lebih muda daripada pasangan bukanlah satu perkara yang cukup asing, terutamanya yang membabitkan segelintir golongan artis di negara ini.
Itu yang dialami oleh pelakon Nasriah Ngasri atau lebih dikenali sebagai Anne Ngasri yang mengakui kini sedang menjalin hubungan cinta dengan penyanyi dari Singapura iaitu Aliff Aziz.
Menurut bekas isteri kepada Abdul Wafi Hassan itu, statusnya sebagai seorang janda dan usianya yang lebih tua berbanding Aliff, bukanlah satu halangan besar untuk mereka bercinta.
Dia mengaku keserasian merupakan faktor utama mereka kekal.
Anne kini berusia 28 tahun, manakala Aliff baru mencecah usia 21 tahun.
Ketika ditemui sewaktu penggambaran filem Pengapit di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur baru-baru ini, Anne memberitahu hubungan mereka turut direstui keluarga kedua-dua belah pihak.
Kosmo!: Setakat ini sudah sejauh mana hubungan antara Anne dan Aliff?
ANNE: Apa yang boleh saya katakan memang kami berdua sedang bercinta sejak awal tahun ini setelah berlakon bersama dalam drama Antara Kita. Walaupun kami sudah tujuh bulan bercinta, namun perancangan untuk mendirikan rumah tangga belum ada lagi. Kami masih selesa dengan keadaan sekarang. Biarlah kami tumpu kepada kerjaya masing-masing terlebih dahulu.
Bagaimana pula hubungan Aliff dengan anak-anak anda?
Hubungan ketiga-tiga anak saya iaitu Abdul Warits Abdul Wafi, 6, Abdul Wafri, 4, dan Nazhakah Afroza, 1, dengan Aliff juga agak rapat. Malah, Warits dan Wafri memanggil Aliff dengan panggilandaddy.
Tidak berasa kekok bercinta dengan lelaki yang lebih muda?
Biarpun usia saya sudah 28 tahun dan Aliff baharu sahaja berusia 21 tahun, saya tidak pernah berasa kekok, kerana sebagai anak sulung dia merupakan seorang lelaki yang matang berbanding usia sebenar. Itu merupakan salah satu faktor yang menyebabkan saya terpikat dengannya sehingga kami menjalinkan hubungan cinta. Selain itu, dia dapat menerima ketiga-tiga anak saya dalam hidupnya.
Setelah berlakon bersama dalam drama bersiri Antara Kita, ada drama lain yang menggandingkan kalian berdua?
Selepas drama tersebut, kami berdua telah digandingkan menerusi drama Cinta Velog dan Sepai.Terkini, kami baru selesai menjalani penggambaran drama Spy terbitan syarikat Darling iaitu NS Star Sdn. Bhd.
Pada tahun ini anda sekeluarga akan menyambut Lebaran di mana?
Kalau sebelum ini kami sekeluarga akan pulang beraya ke kampung di Larkin, Johor, kali ini kami akan turut menyambutnya di Singapura bersama keluarga Aliff. Ini merupakan kali pertama keluarga kami menziarah keluarga Aliff di hari raya. Mengenai persiapan pula, saya lebih men
No comments:
Post a Comment