PETALING JAYA: Juara program Mentor musim keenam, Caroline semakin terikut-ikut dengan Ella yang lebih gemar duduk di rumah jika tidak melakukan sebarang aktiviti.
Caroline atau nama sebenarnya Puteri Caroline Mohd Kamel berkata, dia yang kini tinggal bersama mentornya itu turut terpengaruh dengan sikap dan personaliti penyanyi popular tersebut.
"Kak Ella gemar menghabiskan masa di rumah apabila dia tidak mempunyai sebarang aktiviti dan saya mula terbiasa dengan tabiatnya itu.
"Bagaimanapun kami sering melakukan pelbagai aktiviti di rumah bagi mengelakkan daripada kebosanan," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Caroline berkata, walaupun personaliti Ella kelihatan manja tetapi sebenarnya penyanyi lagu Permata Biru itu sangat bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap orang lain.
Ia merupakan sifat tersembunyi ratu rock negara itu yang mungkin tidak diketahui oleh masyarakat dan peminatnya.
"Mungkin apa yang orang nampak mengenai dirinya bukan mewakili siapa dia yang sebenarnya kerana Ella adalah seorang wanita yang sangat sensitif dan sentiasa mengambil berat terhadap orang lain," katanya.
Sementara itu, Caroline sedang menunggu untuk single pertamanya yang berjudulMelawan Arus Cintamu dimainkan di stesen radio tempatan dalam masa terdekat ini.
Dia juga tidak sabar untuk melihat reaksi pendengar terhadap lagu ciptaan komposer terkenal, Ajai itu.
No comments:
Post a Comment