Lady Gaga |
SELERA berfesyen Lady Gaga memang lain daripada yang lain. Saat cuaca panas, penyanyi berusia 26 tahun ini memilih pemakaian kostum berbulu yang tebal.
Menurut laporan Dailymail, penyanyi lagu Born This Way ini dilihat berjalan keluar dari hotel tempatnya menginap di Bulgaria pada Ahad lalu dengan mengenakan kostum bulu tebal.
Selain itu, pakaian berbulu tersebut dipadankan dengan tas tangan berwarna coklat, dengan gaya memegang seekor anak anjing kepunyaannya. Kasut tumit tinggi dan kaca mata hitam pula sebagai pelengkap gaya.
Tidak lama kemudian, Gaga menulis pada Twitter miliknya mengatakan bahawa kostum tersebut benar-benar daripada bulu binatang.
"Buat media atau sesiapapun yang bertanyakan tentang keaslian kostum saya, jangan lupa untuk berikan penghargaan kepada pereka Hermes. Terima Kasih!," katanya menerusi Twitter miliknya.
No comments:
Post a Comment