SELEPAS sekian lama berdiam diri akhirnya penyanyi unik, Nicky Minaj
telah mengeluarkan kenyataan tentang insiden dirinya yang bercium dengan
penyanyi veteran sensasi, Madonna pada persembahan separuh masa
kejohanan Super Bowl di New York pada Februari lalu.
Nicky, 29, mengakui dia agak terkejut apabila dicium oleh bintang tersohor berusia 53 tahun itu.
"Saya tidak merancang untuk bercium dengan Madonna pada persembahan
itu," ujarnya ketika muncul dalam program bual bicara The Graham Norton
Show baru-baru ini.
"Saya sungguh terkejut apabila Madonna tiba-tiba mencium saya
sedangkan saya tidak menciumnya semula. Saya tidak menjangka itu akan
berlaku dan saya sungguh terperanjat seperti juga semua penonton yang
menyaksikan persembahan tersebut," ungkapnya.
Tambah Nicky: "Saya menggeletar dan terdetik dalam hati, 'Adakah ini
(dicium Madonna) benar-benar berlaku, kenapa dia buat begini?' Ia
sesuatu yang pelik dan bibir Madonna sangat lembut."
No comments:
Post a Comment